BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, December 21, 2014

Percutian ke Lombok: Hari Pertama 1 - Sunset House Lombok

UNTUK TIPS SEBELUM BERANGKAT KE LOMBOK, KLIK SINI

Tanggal 18 Disember 2014, awal-awal pagi saya dan encik suami dah berada di Lapangan Terbang Senai, Johor untuk berlepas ke Lombok. Flight kami pukul 6.50 pagi. Awal pagi tu dalam pukul 5.30, memang penuh gila airport dengan penduduk-penduduk Lombok. Kalau nak kira orang Malaysia, boleh guna jari ajeee~ Hewhewhew. Mungkin diorang balik kampung bercuti atau da habis permit kerja di Malaysia.

Untuk keluar Malaysia, macam biasalah kena ada Passport Antarabangsa yang belum luput tarikh dan masih berbaki lebih 6 bulan dari tarikh tamat tempoh passport tu. Disebabkan pagi tu ramai penduduk Lombok, kena berbaris agak panjang juga untuk buat scanning passport. Tapi bila da setel tu, alhamdulillah boleh pergi solat Subuh sesiap dan masuk perut pesawat Air Asia untuk terbang ke Lombok.

Penerbangan ke Lombok mengambil masa 2 jam 50 minit. So, dalam flight kalau tak nak makan, boleh tidur sepuas-puasnya. Koh koh koh! Dalam sejam nak sampai Lombok, pemandangan kat luar tingkap pesawat dah begitu menarik dah! Subhanallah, cantik sangat laut dan pulau-pulau kecik sekitar Indonesia bila tengok dari langit. Saya perasan bila da nak masuk area Lombok, awan kumulonimbusnya berkepul-kepul cantik. Encik suami memang suka la kalau tengok awan-awan macam ni. Hihi. Bila da sampai kawasan udara Lombok, nampak petak-petak hijau kat bawah dengan pokok bulat-bulat kecik. Teringat apa yang saya baca dari pengalaman orang lain, airport Lombok terletak di antara kawasan sawah padi. Tapi, ruginya takde amek gambar lak dari dalam flight. Huhuhu.

Dalam 9.40 pagi gitu, alhamdulillah kami tiba di Bandar Udara Internasional Lombok. Airportnya kecik aje. Boleh muat 3-4 pesawat je dalam satu masa. Bila sampai kat sana, ada pegawai kat airport tu yang akan approach kita dan tanya sama ada kita orang Indonesia atau bukan. Penumpang yang datang dari luar Indonesia kena isi Kad Ketibaan/Perlepasan Republik Indonesia. Kadnya macam dalam gambar kat bawah ni. Isi details yang sama macam dalam passport. Then berbaris untuk pemeriksaan imigresen. Cop cop cop, lepas tu kena berbaris lagi untuk scan beg pulak. Sebelum tu kena isi borang declaration beg/barangan yang kita bawak bersama. Baru boleh keluar airport.

Kad Ketibaan/Perlepasan Republik Indonesia yang kena isi masa sampai airport Lombok

Dekat luar, ade banyak kaunter bas dan teksi. Ade jugak kaunter sim card telefon kot-kot korang nak guna sepanjang kat Lombok. Encik suami dah target awal-awal nak naik bas DAMRI ke hotel. Sebab dari pembacaan dia, naik bas lebih murah dari semua transport yang lain. Mulanya kami nak ke bas terus kat luar, tapi alhamdulillah terjumpa kaunter DAMRI kat luar tu. Pengangkutan bas ke Senggigi tambangnya Rp.35,000 seorang. Lebih kurang RM 9 sahaja untuk perjalanan sehala. Jadi, untuk saya dan encik suami, kena bayar Rp.70,000 lah. Orang kat kaunter tu suruh bagitahu driver yang kita nak turun kat Sunset House Lombok. Memang bas DAMRI lalu kat situ.

Harga tiket dari airport ke Senggigi untuk seorang

Bas nye pendek aje...tapi bas ada aircond ok!

Bila bas dah penuh, baru la driver start enjin. Hewhew. Bermulalah pengembaraan kami! Sepanjang perjalanan memang nampak sawah padi ajeee. Lagi penuh dari kat Kedah! Erk! Sawah padinya pulak bertingkat-tingkat. Ada yang rendah, sederhana rendah, tinggi sikit. Nampak cantik pulak sawah padi macam tu. Hihi.

Sawah padi di Lombok

Bagi uols yang first time datang ke sini, mungkin agak terkejut dengan budaya menekan hon sepanjang perjalanan. Ahahaha! Saya mula-mula rasa rimas sangat. Driver asyik nak hon orang lain aje. Tapi lama-lama saya boleh terima, rupanya memang budaya diorang macam tu. Diorang hon untuk bagitahu diorang nak minta berikan laluan. Hon sebagai amaran supaya ke tepi sikit bagi kenderaan-kenderaan kat depan. Tapi saya perhatikan, walaupun diorang banyak bagi hon, mulut diorang senyappppp aje. Takde mencarut macam kita ni kat Malaysia. Haha! Terkagum sekejap dan insaf. Kat sini, diorang banyak pakai motorsikal gak. Lepas tu suka bawak tetengah jalan, sebab tu la kena hon suruh ke tepi. Then diorang bawak motor ke kereta ke, lagi worst dari Malaysia kot. Main aci redah aje kebanyakannya. -_-" Eh, ada kereta kuda jugak tau! Diorang panggil "Cidomo". Kudanya kecik aje. Tapi saya dan encik suami tak naik pun masa kat sana. Rasa kesian lak kat kuda tu. Huhu.

Kuda - "Cidomo" di Lombok

Kalau naik bas DAMRI, dia akan berhenti dekat terminal DAMRI juga di Mataram. So, ada yang turun kat sini dan naik kat sini juga untuk ke point-point perhentian DAMRI (Mataram, Senggigi, Selong). Perjalanan ke hotel mengambil masa hampir dua jam bila dia duk berhenti-henti dan mengambil kira jalan yang sesak jugak. Tapi jangan risau, tak sesesak KL ok, jangan pening dulu. Koh koh koh! Sampai area Senggigi, mata dah terpesona tengok laut. Subhanallah, seronok sangat tengok pantai. Pantainya hitam. Pantai volkanik katanya. Bas berhenti betul-betul depan hotel! Phewww~ Driver pesan kat encik suami, kalau nak naik bas ke airport masa balik nanti, boleh tunggu kat sini juga. Ok!

Pantai Senggigi, Lombok, Indonesia

Kami turun dari bas dan masuk ke kawasan hotel. Tak ambik pulak gambar depan hotel. Pfft! Terlampau gembira la tu sampai lupa. Krik krik krik. Sampai depan kaunter, bagi dokumen maklumat booking kat receptionist. Bilik standard yang kitorang booking tu letaknya kat seberang jalan dan masa kami sampai, kamarnya belum siap dikemas dong. Ye le, sampai kat hotel nak dekat pukul 1. Check in time pukul 2 petang. Tapi kami rasa gembira sebab ada welcome drinks dari pihak hotel. So, sementara tunggu bilik siap dikemas, kami ke restoran hotel untuk menikmati welcome drinks. Restorannya dua tingkat, saya dan encik suami naik ke tingkat atas walaupun banyak meja kosong kat bawah. Saja nak ambik view tinggi dan rasa angin lagi kuat. Hewhewhew.

Welcome drinks di Sunset House Lombok

Disebabkan tadi dalam flight tak makan ape-ape, breakfast pun tak sempat, maka kami decide nak makan sekali. Belek-belek menu hotel, ada Nasi Ayam Taliwang yang disebut-sebut kesedapan dan kepopularannya. Nasi Ayam Taliwang ni antara makanan tradisional masyarakat Lombok, tapi asalnya dari Sumbawa. Ayam seekor tapi saiz kecik je, dihidangkan bersama nasi putih, sambal dan sayur dia. Saya order juga nasi putih lagi sepinggan dan air mineral sebotol. Total semuanya termasuk tax 10% adalah Rp.80,300. Lebih kurang RM 22.56.

Encik suami yang gembira dapat makan Nasi Ayam Taliwang

Lepas makan, kitorang lepak-lepak kejap. Sempat borak-borak dengan customer hotel yang lain kat atas tu. Sempat ambik gambar berkeping-keping gak, tapi semua dalam kamera dekat encik suami. Hahaha! Then tengok jam lagi 15 minit nak pukul 2. Kami ke kaunter semula. Ok, bilik dah siap! Yeay! Kami diiringi ke hotel oleh pekerja dia. Diorang sangat nice, kita lintas jalan ke seberang sana pun siap ada guard lagi yang tolong berhentikan kereta dan motor. Hewhewhew.

Bilik kitorang tingkat 2, ada balkoni tapi menghadap courtyard je. Saja ambik yang ni sebab kalo nak seaview, hari-hari boleh nampak seaview kat sini, poolview? Err...takyah la. Kang terskodeng orang mandi lak. Eh! Hihi. Dalam bilik ade katil, meja, kerusi, peti ais, almari, bilik air dan bilik mandi serta aircond yang tak berapa nak sejuk maybe sebab cuaca memang da panas kat luar. Hoho. Sterika, water heater tak disediakan, ok? Kena mintak kat kaunter kalau nak. Dannnn, plug kat sana tak sama dengan Malaysia ye... Kena mintak jugak kat kaunter adapter dia untuk matchkan dengan plug 3 pin kita. Takde gambar dalam bilik pun sebab boleh google, kan?

Rating untuk Sunset House Lombok by TripAdvisor & Booking.com

Waktu solat kat sini lagi awal dari kat Semenanjung Malaysia, lebih kurang sama dengan waktu solat di Sabah dan Sarawak. Zohor pukul 12.15 camtu. Lepas siap-siap solat dan mandi, kitorang rehat kejap. Saya sempat tidur dan terjaga bila dengar bunyi sudu keletang-keletung. Oh! Encik suami makan mee Indomie rupanya! Haha~ Kesian encik suami lapar. Saya bangun je dia terus suruh habiskan mee Indomie yang dia buat. -_-" Dalam pukul 4 camtu, lepas Asar, kami keluar berjalan-jalan ke arah Senggigi. Jalan kaki je, survey-survey tour jugak kat area hotel tu. Agak mahal bagi kalau nak ikut tour. Ke pulau-pulau Gili boleh cecah Rp.700,000-1,200,000. Ke Gunung Rinjani pun Rp.700,000 seorang. Ok, tak jadi kami nak ke pulau Gili. Sebab memasing takde la nak diving or mandi sangat. Nak ambil gambar tempat cantik aje. Maka, kami sambung berjalan lagi sampai nampak bebudak surfing. Berhenti kejap, turun bawah bukit & encik suami amek berkeping-keping gambar budak-budak surfing. Hoho!

Budak-budak Lombok yang surfing. Gambar kita tak cantik la awak, gambar henset je ni, nanti encik suami kita update entri, kita suh tengok gambar dia k!

Lepas tu kitorang berjalan je sepanjang pesisir pantai, then naik balik ke jalan raya. Jumpa kedai runcit, nampak ada jual mee Indomie. Encik suami teringin Indomie perisa Cabe Ijo. Saya teringin Indomie perisa Dendeng Berlado. Hahaha. Sambil menambah jajan dan membeli syampu serta minyak rambut, kesemuanya berjumlah Rp.26,500. RM 7.40 aje, k!!! Ceh...lebih kurang harga Malaysia je. -_-"

Menapak balik ke hotel, kitorang lepak-lepak kat swimming pool sambil makan jajan. Amek-amek gambar jugak berkeping-keping. Masa ni la penjual-penjual mutiara & baju datang approach kitorang. Dah terbeli kerongsang mutiara 10 biji (Rp.100,000) dengan 2 helai t-shirt Lombok (Rp.80,000). Phewww~ Disebabkan dah tak nak dipujuk rayu membeli, maka kitorang pun balik ke bilik. Boleh rehat-rehat, mandi dan solat~

Encik suami memang pandai tawar-meanawar ni, berbahasa Indonesia pun dia fasih sekali dong! Haha
Belanja wefie sikit...koh koh koh!

Nanti saya sambung lagi untuk aktiviti di malam hari, ok?

ENTRI SETERUSNYA:
Percutian ke Lombok: Hari Pertama 2 - Jalan-jalan Cari Makan

7 comments:

zarulfarhana said...

mcm cntik kerongsang tu...

Sunah Sakura said...

zarulfarhana: aha, cantik-cantik..tapi esoknya kami dapat tahu kerongsang yang jual tepi pantai ni bukan mutiara betul pun...sebab tu murah...mutiara plastik je..

Kira Sakura said...

pegi sarawak ritu pun dapat sekeping mcm "passport sarawak" kalau nak balik nanti kena bg kt imegresen kalau tidak tak dapat balik.

mcm murah je pulak kan bercuti kat sana hewhewhew

Jard The Great said...

aku mungkin akan ke lombok untuk naik gunung rinjani.. tapi blom jumpa tiket murah lg. hehehe

melancong_murah _baloi said...
This comment has been removed by the author.
Lombok Fun Travel said...

info dan fotonya nice cik!
Jom yang mahu ke Lombok. Ditunggu,
WA: +62-878-6000-1036
Mobile: +62-813-5307-9161
Email: info.lombokfun@gmail.com | Web: www.lombokfuntravel.com

Arimba Arya said...

Halo saya Ari travel agent dari lombok, saya ingin menawarkan pakej percutian murah dan boleh juga hanya sewa kereta.
untuk maklumat lebih lanjut atau tanya - tanya tentang lombok boleh hubungin saya:
Whatssap +62 87852953230
Ig: Lombok_trip
blog: pakejpercutianlombok.blogsport.co.id

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.