BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, January 6, 2015

Percutian ke Lombok: Hari Kedua - Air Terjun Benang Stokel dan Benang Kelambu

ENTRI SEBELUM INI:

Disebabkan kebizian yang melanda dalam lebih seminggu yang lepas, sambungan cerita Lombok terlewat sedikit saya publish. Dah rasa malas dah nak update sebenarnya, tapi tiba-tiba hari ni terindu pulak Lombok. Alang-alang hati masih bertaut, marilah kita bersemangat berkongsi pengalaman!

Untuk hari kedua, saya dan encik suami pepagi dah keluar ke pantai. Nak tengok matahari naik kononnya. Tapi bila sampai pantai kat seberang jalan, eik? Mana matahari? Takde pun? Langit da terang sikit. Dalam pukul 6 gitu. Rupa-rupanya kitorang tersilap arah. Matahari terbit dari arah bertentangan dengan pantai. Sebenarnya dari belah seaside hotel ni boleh tengok matahari terbenam. Alahai, tersilap rupanya. Takpe lah, petang kang boleh tengok sunset. Itu pun, kalo nampakkkk dari sini. Semalam tak nampak ape pun!

Comel kan kami? Koh koh koh!

Kitorang da merajuk dengan matahari, lalu encik suami mula beroperasi amek gambar di sekitar hotel. Alah, kat gazebo je! Sebab gazebo dia menarik sangat, berkeping-keping gambar encik suami amek sampai dah tak tau nak posing macam mana! Hahaha~ Lepas penat berposing dan memandangkan jam belum pukul 7 pagi, breakfast kat hotel pun belum siap, kitorang amek keputusan untuk balik ke bilik. Sampai bilik, encik suami macam biasa lah kerja dia. Transfer gambar, edit-edit, upload kat Instagram, balas-balas komen Facebook, scroll-scroll berulang kali. WiFi free kan! Saya baring je la sambil bermalas-malasan selama beberapa minit. -_-"

Lepas da puas hati scroll-scroll, encik suami pun pergi mandi. Dia siap mandi, saya pulak mandi. Sementara saya bersiap-siap, encik suami dah turun dulu jumpa guard jalanraya depan hotel. Dia nak tanya pasal tour yang ditawarkan oleh supir-supir kat Lombok ni. Bila saya dah turun, kitorang gi breakfast dulu. Cakap pasal breakfast, Sunset House Lombok ni tak banyak sangat choice breakfast dia. Ade nasi goreng, satay ayam, ulam-ulam bertempe, sambal, buah-buahan, roti dengan butter, then air dia sirap oren, air kosong, kopi atau teh. Tu je. Berbaloi dengan harga lah kan? Tapi tak amek gambar pulak makanannya. Haish! Apepun nasi goreng dia super sedap! Tak tanya pulak resepi...koh koh koh!

Lepas breakfast, kitorang jumpa supir yang guard tu rekemenkan. Supir tu memula nak bawak kitorang ke Kuta. Yang mana, kalau ke Kuta, kita boleh pergi banyak tempat lain juga yang berdekatan, iaitu Sasak Village, Mawun, Selong Blanak, etc. Tapi encik suami teringin nak pergi tengok air terjun. Kat Lombok ni ada banyak air terjun. Yang femes kat Senaru, tapi kalau pergi situ memakan masa agak lama dan tak banyak tempat lain yang kita boleh singgah. Supir tu berusaha betul nak bagi encik suami dapat tengok air terjun dan boleh singgah banyak tempat juga. Maka, dia suggest untuk bawak kitorang pergi Benang Stokel. Hoh? Ape tu? Encik suami blur. "Tu air terjun lah abang, ade budak-budak cite kat blog!" Owhhh! Kalau amek tour ke Benang Stokel, supir tu boleh bawak kitorang ke Sukarare dan Banyumulek pulak. Tapi tak boleh ke Kuta sebab akan memakan masa. Ok, boleh lah! Lepas tawar-menawar, supir tu nak bawak kitorang dengan bayaran Rp.500,000. Dalam RM 140 lah. Naik kereta macam Avanza tu ha.

Perjalanan ke air terjun tu memakan masa sejam jugak. Jauh woo! Tapi sepanjang perjalanan langsung tak jemu, tengok cidomo-cidomo, sawah padi, masjid-masjid yang banyak gila tengah dibina dan macam-macam lagi. Bila sampai kat kawasan air terjun tu, supir kitorang - Pak Atus, bawak kitorang jumpa pihak yang jaga air terjun tu. Rupa-rupanya kat sini bukan ada satu air terjun aje, ade tiga air terjun! So, kalo nak masuk kena amek pakej-pakej dia. Pakej 1 boleh tengok Air Terjun Benang Stokel aje, pakej 2 boleh tengok Air Terjun Benang Stokel dengan Air Terjun Benang Kelambu, manakala pakej 3 boleh tambah lagi satu air terjun yang agak tersembunyi dan masih terpelihara daripada tangan-tangan kotor manusia. Kiranya hidden waterfalls lah tu. Saya tak berapa ingat harga pakej-pakej dia, tapi yang kitorang amek adalah Pakej 2 untuk tengok dua air terjun berharga Rp.180,000.

Untuk ke air terjun pulak, kena sewa motor bersama penunggang! Sebabnya, kalau nak jalan kaki sangatlah jauh. Nasib baik ada penunggang perempuan, kalau tak, tertinggallah saya kat kaunter tu! Phewwww~ Satu motor bersama penunggang sewanya Rp.50,000. So kalau dua motor, Rp.100,000, ok? Sepanjang menuju ke air terjun, mohon beranikan jiwa raga sebab pakar-pakar motorsikal ni tersangatlan expert dan extreme bawak motor sampai dalam hati ni dah rasa nak terlompat dalam gaung! Pffttt~ Tapi jangan risau, diorang agaknya dah bertahun bawak motor area sini, siap boleh tunjuk pokok koko yang banyakkk tumbuh area situ. Tapi takde yang masak elok, banyak yang buruk sebab masa ni tengah musim hujan.

Koko di air terjun, Lombok

Perjalanan ke air terjun yang pertama amek masa tak sampai 10 minit gitu. Kalau jalan kaki, mahu setengah jam juga. Air terjun pertama yang kitorang pergi nama dia Air Terjun Benang Kelambu. Mak ai, memula pelik jugak dah kenapa berbenang-benang, lepas tu ada kelambu lagi. Hew hew~ Rupa-rupanya nama tu memang sesuaiiiiiiiiiiiiiii sangat dengan pemandangan air terjun tu! Subhanallah! Tak pernah tengok depan mata kasar, air terjun seindah Benang Kelambu! Air terjunnya luas, airnya sejuk dan masih suci bersih sebab dia memang jatuh dari gunung terus, takde sungai kat atas tu. Siap ada saluran buluh untuk pengunjung minum air terjun tu. Sejukkk tekak tau! Encik suami begitu gembira bila tengok air terjun ni sebab dia duk google gambar sebelum ke Lombok, memang terjumpa gambar Benang Kelambu, tapi tak tahu pun nama dia. Kitorang amek banyak gambar kat sini, boleh lah tengok sekeping-dua kat bawah ye?

Air Terjun Benang Kelambu yang suci bersih airnya dan boleh diminum

Air Terjun Benang Kelambu, Lombok
Air Terjun Benang Kelambu, Lombok
Encik suami yang terlampau gembira sebab dapat tengok air terjun... :p
Do always hold my hand, lead me to the right path, and help me get up if I fall

Lepas puas amek gambar dan main air, tapi tak bawak baju untuk tukar pun (sebab tah nape tah terlupa!), kitorang naik motor balik dan kembali ke pintu depan. Turun dari motor, pemandu air terjun kitorang tu bawak ke air terjun yang kedua pulak. Yang ni nama dia Air Terjun Benang Stokel. Jangan tanya saya apa maksud dia, saya pun tak tahu! Hahaha! Dengar ceritanya, air terjun ni ada 3 penjuru punca air yang terjun serentak bila musim hujan lebat. Tapi disebabkan time kitorang pergi tu malam tu hujan tak berapa nak lebat, satu punca air je yang turun, yang tetengah. Air terjun dia sangat la tinggi, tapi tempat mandi dia tak banyak. Setempat aje dan sungguhhhh tak ramai orang! Kalau macam ni la rupa air terjun, boleh lah saya  mandi air terjun hari-hari tanpa jemu! Ahahaha~

Air Terjun Benang Stokel, Lombok

Di samping aktiviti mandi di air terjun, ada jugak aktiviti diving secara semulajadi! Hahaha~ ok, ok. Maksudnya, kalau ada pengunjung yang teringin nak buat terjunan, ade satu tempat terjun depan Benang Stokel yang mana kolam semulajadi kat bawah dia sangatlah dalam. Masa kitorang pergi tu ada sorang mat salleh terjun. Perghhhhh! Seramnyaaaaaaaa tengok haaa! Nasib baik dia hidup lagi bila sampai kat bawah. Tapiii serius muka dia seronok gila dan terjerit-jerit sebab dapat terjun! Tapi tak amek video atau gambar pun! Huhuhu~ Encik suami lak macam nak, macam tak nak, macam nak, macam tak nak je terjun, last-last, dia tak terjun. Kikiki~ Takpe lah dear, lain kali eks? Kite risau lak kalau jadi ape-ape walaupun awak tau berenang!

Ok, lepas puas tengok air terjun, kitorang pun menapak semula ke pintu depan. Pak Atus dah menunggu. Kitorang lak basah! Maaf lah Pak Atus... T_T. Pak Atus pun baik aje bagi kitorang naik walaupun basah. Hahaha~ Ok, kita ke Sukarare pulak! Tunggu entry seterusnya!

ENTRI SETERUSNYA:
Percutian ke Lombok: Hari Kedua - Sukarare dan Banyumulek


4 comments:

nur anis said...

Wahhh..cantiknyaaaaaaa...sejuk je mata tengok.

Amanina Mads said...

Subhanallah.. cantiknya air terjun

Cik Puan Eka said...

SubhanaAllah air terjun kelambu tu memang cantikkkk sgt Akak... gerammnyaaa

Madihah Norman said...

Salam. Nak minta share contact number supir boleh? Nak pegi lombok next month. Hehe

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.