Selepas Kahwin

May 18, 2015

Saya tak pasti lah kalau lelaki macam mana.

Yang saya pasti, perempuan ni bila hampir semua kawan-kawan dah kahwin, bila berubah dunianya dari hidup seorang kepada hidup berdua, topik gossip pun dah ikut sama berubah.

Bila berjumpa atau berborak dengan kawan-kawan perempuan yang baru berkahwin tak sampai setahun, banyak isu berkaitan suami, mak mertua, anak-anak, lauk apa nak dimasak, cara kumpul duit sampingan, cara spend duit untuk barang dapur dan diri sendiri serta sebagainya yang berkaitan dengan keluarga akan jadi topik paling utama.

Mungkin ada juga lah topik lain macam tempat makan best, kucing dah beranak ke belum atau drama Akasia TV3 pukul 7 petang, tapi dah kurang sikit dan kalau ada pun bila topik tentang keluarga dah habis. Haha.

Elok sebenarnya kalau saling bertukar-tukar pandangan dan tips tentang keluarga. Terutama dengan kawan-kawan yang sama-sama dah kahwin. Sebab mungkin kawan kita tu pengalaman dia lebih lama dan jauh dari kita. Belajar dari pengalaman orang lain, ambil iktibar mana yang perlu dan bersesuaian dengan kita.

Tapi jangan lupa, tak semua kisah kahwin orang lain sama dengan kisah kahwin kita. Jadi, don't expect too much, malah jangan expect macam dalam novel-novel atau drama Akasia TV3.

Bak kata seseorang, just let things happen. Let life flow. Don't force it.

You Might Also Like

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com