BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, May 5, 2015

Seminggu di Jepun - Harap Belum Basi

Seminggu di Jepun awal Mac lalu, kami banyak berjalan kaki ke mana-mana. Sejak dari hari pertama lagi menapak berkilo-kilometer. Lewat malam pun berjalan kaki jugak. Kalau kamu-kamu yang perempuan ni berjalan kaki malam-malam pun selamat gila kat Jepun. Antara negara yang paling sedikit berlaku jenayah. Cuma kena tahan sejuk angin bertiup je lah.

Hari kedua, awal pagi lagi kami dah naik train ke Koto-ku. Destinasi kami adalah Shibaura Institute of Technology Toyosu Campus. Kat SIT, kami dengar sedikit perkongsian daripada pensyarah kat sana tentang projek penyelidikan yang diorang buat. Ade jugak wakil dari rombongan kami yang bagi perkongsian tentang projek yang dibuat di Malaysia. Makan tengahari kami dibelanja oleh Prof. Tsuneo. Koh koh. Disebabkan masing-masing tak tahu nak makan apa, semua ambik aje makanan yang sama dengan orang lain. Haha. Oh, ade notis berbahasa Melayu tau kat kafetaria SIT ni! Bangga kejap! Nampak sangat banyak students Malaysia kat sini. :p

Shibaura Institute of Technology, Toyosu Campus, Jepun

Yang best bila lawat kampus-kampus kat Jepun ni, adalah lab diorang. Seronok tengok lab penuh dengan equipment. Lagi satu, setiap lab ni diorang bubuh nama under nama supervisor. So, setiap supervisor ade lab khas untuk students dia. Belah petangnya, lepas lawat lab semua, kami pergi solat jamak takhir. Ade satu bilik khas kat SIT yang dijadikan surau untuk students Muslim. Tapi kena kongsi lelaki perempuan. Jadi kena bergilir bila nak solat. Biliknya pun kecik aje. Sementara tunggu grup lelaki solat, kami berlegar-legar cari cahaya matahari kat luar bilik tu. Sejuk tau walaupun ada cahaya matahari. Sebab angin sangat kuat. Masa tengok langit dan menikmati deruan angin ni lah mata saya tertangkap satu pemandangan indah.

Ume Blossoms di Shibaura Institute of Technology, Toyosu Campus, Jepun

Ume Blossoms. Ume ni rupanya lebih kurang sama dengan Sakura. Tapi Ume takde daun. Bunganya pun tumbuh dekat-dekat dengan ranting tanpa tangkai yang panjang. Kelopaknya pun tak selembut kelopak Sakura. Kembangnya pun lebih lama daripada Sakura yang kembang hanya seminggu, dan mekarnya lebih dahulu daripada Sakura yang musimnya hujung-hujung Mac atau awal-awal April. Tapi kami ambil juga gambar dengan Ume ni sebab konon-konon dapat berjumpa adik-beradik Sakura lah! Alhamdulillah, puas hati!

Petang tu, lepas singgah sekejap kat Shinjuku, kami terus balik check in hotel kat Hon Atsugi. Malamnya, dah tak larat nak keluar balik. Makan mi segera aje kat bilik. Hoho. Boleh la berehat semahunya sebab dah penat menapak ke sana ke mari selama dua hari. Haha. Esoknya kami ke TOKAI University dan NTT Research Lab pulak. Sempat juga kami meratah strawberry gergasi yang dijual kat kedai-kedai kecik sekitar Tokaidaigaku-mae Station sementara tunggu bas dari Tokai University datang amek. Amek gambar sekitar station pun boleh ha. Kat Jepun ni, susah nak jumpa pokok tinggi-tinggi kalau kat tetengah bandar. Selalunya diorang tanam bunga dalam pasu camtu ha. Comel kan? 


Konsep lab kat kampus sama macam SIT, seronok tengok projek-projek diorang. Tengahari kat TOKAI U kami dibelanja bento. Sedap! Sempat jugak kami tengok budak-budak berlatih kendo hasil ajakan Prof. Mikami. Petangnya kami naik bas ke NTT Research Lab, kitorang masuk exhibition room diorang untuk dengar perkongsian projek penyelidikan. Lab NTT ni lab baru juga, masih banyak renovation. Dan projek diorang agak confidential, susah sikit kalau nak buat attachment kat sini.
Kenangan di Tokai University, Japan dan first bento super sedap kat sini

Rombongan MyIPS bersama Prof. Mikami dari Tokai University..
saya pegang kamera -_-"

Petang tu, lepas balik ke hotel, kami keluar balik jalan-jalan sekitar Atsugi. Tengok-tengok kedai baju, kasut, makan kat seafood restaurants. Seperti biasa, kalau makan kat Jepun ni, pastikan lah bahan ramuan yang digunakan. Tanya kat pelayan dia sama ada makanan tu ada mengandungi bahan-bahan daging, mirin, sake etc. Susah jugak sebenarnya nak makan kat Jepun ni, better bawak banyak-banyak makanan segera dari Malaysia kalau nak datang sini. On the way balik ke hotel, sempat singgah Lawson beli air kotak VanHoutten Coklat. Ok, yang ni students Malaysia kat SIT yang rekemenkan. Dia kata memang halal dan sedap. Rugi kalau tak rasa. Saya akui, memang sedappp! Sejak pertama kali beli, tiap malam beli. Haha! Cuma lupa nak amek gambar je. Pfftt.

Tempura Tendon Tenya Asakusa Tokyo
Student Malaysia kat Jepun kata, jangan makan miso sup dia, non-halal

Esoknya kami ke NICT Koganei. Suami pensyarah kami, Encik Wan sewa mpv. Dia dah biasa jalan kat Jepun, faham GPS Jepun dan fasih berbahasa Jepun sebab dulu dia dan isteri belajar dan kerja kat Jepun sekejap. Jauh jugak perjalanan nak ke Koganei tu, kami sempat makan sushi 100 yen yang pengunjung Muslim selalu datang makan. First time saya melahap sushi dengan begitu berselera! Sedap okay!!! Tak sangka sushi ni sedap betul, mula-mula tu ragu-ragu jugak boleh ke tekak ni telan sushi. -_-"

Sushi 100 Yen..haha..tak tahu restoran nama apa!

Jangan lupa main gashapon kat Jepun ye...
kalau bertuah dapat la keychain comel macam ni! :p

Lepas makan, kami ke NICT. Jumpa labmate kat sana dan lawat lab diorang. Masa ni lah mata hati ni semakin terbuka luas. Patut lah Jepun negara maju. Teknologi-teknologi diorang sangat maju berbanding kita sebab diorang perlu akan teknologi-teknologi macam tu. Keadaan negara diorang yang selalu dilanda bencana gempa bumi dan tsunami menyebabkan diorang perlu mengkaji lebih banyak teknologi untuk menangani bencana alam. Sebab tu lah, dari sekecil-kecil perihal mengasingkan sampah ikut kategori plastik, botol dan kertas sehingga ke bab-bab disaster management pun semuanya sangat penting bagi diorang. Subhanallah...

NICT Koganei, Japan - Pusat Japanese Standard Time

Balik  malam tu kami singgah makan kat restoran area Atsugi, tak tahu lah apa namanya. Haha! Tapi makanan dia sedap dan portion dia besar. Kebanyakannya kat Jepun ni, kami makan menu yang seafood aje macam tempura dan ikan bakar. Yang lain-lain tu tak berani lah nak sentuh. Miso sup pun kadang-kadang meragukan.

Makan tempura aje lah kat Jepun ni

Esoknya, kami bertolak ke Enoshima pagi-pagi. Perjalanan agak jauh juga. Sempat tengok tol dan penjaga tol yang sangat ceria menyambut duit yang kita hulurkan. Haha. Kat Enoshima, baru lah saya jumpa neko-chan. Banyakkk sangat kucing kat sini berbanding tempat lain. Mungkin ni pulau kucing kot? Haha. Saya beli beberapa cenderahati kat sini untuk dibawa pulang. Tempat dia lebih kurang macam Asakusa Nakamise Street tu. Banyak kedai cenderahati, harga pun lebih kurang je dengan Asakusa bila kami tengok esoknya. Kat Enoshima ni, bunga Sakura dah mengembang tau!! Tapi saya tak naik ke atas bukit pun untuk tengok. Kawan saya je yang naik dan amek gambar banyak-banyak dengan Sakura. Siap petik sekuntum lagi nak kasi bukti kat saya. Huhu. Terima kasih. Lain kali, boleh pergi!

Nampak Fuji-san dari kejauhan
Tak ada jodoh...insya'Allah lain kali!

Susah nak jumpa kucing di Jepun
Kami jumpa neko kat 'pulau' Enoshima

Enoshima hill..banyak cenderamata kat sini

Tengahari macam tu, kami ke Yokohama City. Bandar ni agak maju binaan dia tapi still nampak lapang. Takde la penuh sangat dengan bangunan pencakar langit. Datang situ kononnya nak makan seafood buffet, tapi bila dah duduk rasa ragu-ragu pulak sebab pelayan dia kata ada guna alkohol dalam makanan diorang. So, kami keluar dari situ, amek-amek gambar dan balik ke Atsugi aje. On the way balik, kami solat kat area parking kat satu taman tak tahu nama tu je. Bila kat tempat orang yang Islam bukan agama rasmi dan susah nak cam mana satu masjid, mana satu rumah orang, kawasan lapang yang diyakini bersih lah jadi alternatif bagi yang bermusafir. Kena tahan sikit masa amek wudhuk sebab air sejuk, masya Allah! Balik Atsugi kami makan kat restoran semalam lagi. Alkisahnya semalam Encik Wan tertinggal kameranya kat restoran ni. Bila tanya cashier, alhamdulillah memang ada kamera Encik Wan dan diorang masih simpankan! Subhanallah, indahnya pekerti masyarakat Jepun!

Yokohama City, Japan

Saba grilled fish..yang putih tu bawang putih kisar ye

Sebelah malamnya, kami ke Ginza dan singgah kedai elektronik. Sambar earphone sony sebijik kaler pink. :D Masa kat sini jenuh jugak naik turun tangga masuk kedai ni, keluar kedai sana, haiyooo. Sebab kami ikut Encik Wan, takut tersesat! Haha. Balik malam tu kami terus ke Edogawa. Ke Kasai guesthouse yang masa mula-mula kami datang. Tidur kat sini pula malam ni.

Esoknya pagi-pagi kami keluar ke Nippori Textile Town. Kali ni kena naik train sendiri dan cari semuanya sendiri sebab takde da ahli rombongan yang tahu berbahasa Jepun. Kat Nippori Textile Town kami singgah kedai kain Tomato yang ada banyak kedai dia kat situ. Beli kain kotton Jepun beberapa helai untuk cenderahati ahli keluarga terdekat. Harga kat kedai ni average dalam RM 65 gitu untuk 4 meter. Murah lah daripada yang orang selalu jual kat Malaysia hingga beratus ringgit. Dari Nippori kami ke Akihabara. Tapi takde ape nak cari kat situ, kami naik train ke Asakusa pula. Kat sini baru lah banyak benda nak cari. Tu pun pusing-pusing jugak cari Nakamise Street nak beli cenderahati, dan pusing-pusing jugak cari subway station. Hahaha. Saya beli juga sebijik beg tarik kat sini, harga dia lebih kurang kat Malaysia juga bila masuk tax 8%. Budaya orang kat Jepun ni suka bawak beg tarik kecik ke mana-mana saya tengok. Mungkin lebih mudah dan tak membebankan kalau diorang nak bergerak jauh.

Nippori Textile Town, Japan

Akihabara & Asakusa town, Japan

Sebelah malamnya kami ke Hard Rock Tokyo kat Roppongi sebab suami kawan ada pesan belikan t-shirt. Menjelajah la kami guna Google Maps kat sini. Haha.  Sangat membantu ok! Then bila dah siap membeli apa yang patut (saya belikan encik suami topi Hard Rock Tokyo sebab tak tahu dah nak belikan apa..haha), kami singgah restoran kebab tak jauh dari Hard Rock tu. Kebab dia besar mak ai, tapi sedap! Harga kebab kat sini 500 yen. Dalam RM 15 ye. Sekian terima kasih. Hahaha. Makan kebab sambil tunggu train pergi Harajuku pulak. Memula konon-konon nak berjalan kaki, tapi tak tahu nak ikut jalan mana dan dah penat sangat. So, tunggu lah train. Bila dah sampai, Google Maps lagi carik Daiso Harajuku. Ape, carik Daiso??? Malaysia bukan ade ke???

Hard Rock Shop Tokyo, Roppongi

Turkish Kebab, Roppongi, Jepun

The Daiso, Harajuku, Japan

Ahaha. Sebenarnya ni kawan yang kirim cenderahati. Katanya ni Daiso terbesar kat Jepun. Barang kat Daiso sini tak sama dengan kat Malaysia dan harganya pulak lagi murah. Memang ade cenderahati khas Jepun kalau nak belikan untuk kawan-kawan dan ahli keluarga. Saya belikan uncang dan cermin mini with Japanese pattern pouch. Harga pun dalam 100 yen gitu. Dalam RM 3 aje setiap satu. Dah selesaiii membeli segala yang patut, kami pun balik lah ke Kasai. Mengemas-ngemas beg malam tu, esok pagi naik bas dari Kasai Bus Station terus ke Narita International Airport Terminal 2.

Toilet Jepun
Tak tahu nak letak gambar ni kat mana..kat sini boleh? Hahaha.

Alhamdulillah, pengalaman yang sangat-sangat menarik dan bermakna bagi saya bila diberi peluang untuk melawat negara matahari terbit ni. Banyak sangat benda baru, terutamanya budaya, yang saya belajar dan membuka mata saya. Malah, pengalaman sepanjang bermusafir sambil mengenali rakan-rakan dalam permusafiran pun banyak mengajar saya untuk meraikan kepelbagaian. Tak keterlaluan kalau saya cakap, saya nak sangat ahli keluarga saya, saudara mara saya, kawan-kawan saya diberi peluang yang sama macam saya untuk melihat sendiri Jepun dan masyarakatnya satu hari nanti. Saya pun, insya'Allah menanam niat untuk ke sana lagi pada masa akan datang dengan encik suami pulak. Terima kasih Allah, terima kasih IEEE Photonics Society Malaysia Chapter, terima kasih ahli rombongan cik kiah!


2 comments:

Cik Puan Eka said...

Assalamualaikum kak. Lama tak masuk sini. Tertunggu gak akak update pasal Jepun hihi. Menarik sungguh.

Macy Humaira said...

Salam :)
Seronoknya ke Jepun. Teringin nk ke sana. Sana bersih kan. Tengok cuaca redup2 ala bestnyaa

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.