BLOG ENCIK SUAMI

Monday, November 2, 2015

Frog Hill @ Bukit Katak, Tasek Gelugor

Pernah dengar Frog Hill?

Bukit Katak?

Saya pun mula-mula dengar macam tak berapa dapat nak hadam (padahal diri sendiri kisahkan Broga Hill je..bukit lain mana nak tau! Hahahaha!) Tapi adik saya lah ni, time dia balik ke rumah saya beberapa minggu lepas, dia sebut-sebut Tasek Gelugor cantik.

Cantik macam mana tu? Ade tasik ke kat situ?

Dia tunjuk la gambar kawan dia pergi ke Tasek Gelugor tu. Ooo...rupanya macam kolam bekas lombong tu. Orang kata la. Google punya google, tempat tu dekat dengan Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Bergerak la saya, encik suami dan adik saya ke Kampung Guar Petai yang tak berapa jauh dari Padang Serai. Guna waze je time tu.

Sampai Kampung Guar Petai kitorang blurr dan hilang arah tuju. Tak tahu nak ke mana sebab maklumat sangat terhad. Berpusing-pusing kitorang kat pekan Tasek Gelugor tu sampai banyak kali lalu tempat sama. Takde la banyak kali, 2-3 kali je. Haha. Lastly, encik suami tanya kawan FB dia yang pernah pergi Bukit Katak tu. Adik pulak tanya kawan dia.

Ooo...macam ni sebenarnya. Untuk cari Bukit Katak, berpandukan waze, cari Kampung Guar Petai sampai korang nampak signboard Kg. Guar Petai. Kalau signboard tu sebelah kiri jalan korang, dah betul dah tu. Kalau dia duk sebelah kanan, pergi la buat U-Turn sesuka hati kat tengah jalan tu supaya signboard tu berada di sebelah kiri. Hahaha. Ok, bila dah jumpa signboard tu, korang akan nampak kilang batu bata tak jauh kat depan tu sebelah kiri. Lorong ke kilang bata tu tanah dia tanah merah. Kalau tak perasan kilang, korang akan nampak lori mengangkut bata keluar masuk dari lorong tu.

Masuk lorong ke kilang bata tersebut sebelah kiri tak jauh dari signboard Kg. Guar Petai tadi. Jalan terus aje sampai kilang bata tu. Jangan masuk kilang tu, tapi ambil jalan kecik sebelah kolam air ke bendang tu, terus je sampai hujung. Korang akan nampak kawasan berair yang sangat banyak kaler hijau-hijau. Kalau tak jumpa, keluar balik cari jalan lain tau. Aha, korang boleh ke Bukit Katak ni naik kereta. Ade parking kat kawasan tu, jangan risau.

Parking Area - Frog Hill, Tasek Gelugor

Bila da sampai, selamat mengambil gambar ye! Hahaha. Subhanallah, serius cantik tempat tu. Tak terlalu curam pun bukit dia kalau nak memanjat. Broga lagi thrill dari Frog Hill ni, ok! Nikmatilah gambar-gambar kat bawah ni.

Selamat Datang ke Frog Hill

Kolam-kolam air di Frog Hill, Tasek Gelugor

Cik adik pun nak bergambar 

Kami pun masuk frame juga, boleh?

Kolam paling hijau dan paling dalam di Frog Hill, Tasek Gelugor

Macam biasalah, kita photoshoot bebanyak

Ini puncak Bukit Katak, tapi jangan risau, tak tinggi mana pun

Kami pergi time tu pagi-pagi, panas sikit bila nak tengahari. So, jangan lupa bawa air kalau nak ke sini. Tapi kalau tak bawak pun, ade gerai jual air kat bawah bukit tu. Bukit Katak tu rasanya budak-budak je yang bagi nama, bukan nama asal dia pun. Tempat ni kalau nak buat photoshoot wedding pun cantik. Then hati-hati kalau hari meremang senja, elok lah balik cepat sebelum Maghrib.

Orang-orang kampung kata, tempat buang saka! Oops!

Gerai Air di Bukit Katak, Tasek Gelugor

Ade peraturan juga kalau nak naik Frog Hill ni

Dan sebenarnya bukan lah bekas lombong pun kolam-kolam tu. Tapi bekas kilang bata korek tanah nak buat batu bata. Bila korek makin dalam, terhasil lah kot kesan kimia yang buat air jadi hijau termasuklah pertumbuh-biakan segala jenis alga dalam kolam tu. Haa...gitu kisahnya.

Ok, selamat berphotoshoot!


8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

syoknya

Ana Fatihah said...

Subhanallah. Cantikkknyaa! Tak pernah sampai lagi kat sini.

David Lim said...

Thanks for the info, it's very helpful. Besok I pergi... Huhu

yanie yusuf said...

wahh 1st time dgr.. dan cantikk

adiba rusli said...

wahh. sy yg student kat Ppenang ni pun belum smpai lagi tasik gelugor tu.bestnyaaa. btw, sy follow awaa. such a nice blog#2964

Nur Lyaaa said...

Pagi takleh naik ka?

Sunah Sakura said...

@Nur Lyaaa - boleh je, kitorang pergi pukul 10 pagi

Sheva Kristin said...

So amazing ...
Beautiful place...
And so very2 unique ....

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.