BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, December 30, 2015

Sembelih Ayam

Penyembelihan ayam. Gambar dari Google.

Rasanya kalau umur-umur baya saya ni, mesti tak ramai yang pernah ada pengalaman sembelih ayam kan? Kalau gitu keadaannya, mesti generasi akan datang pun makin ramai yang tak pernah dan tak reti sembelih ayam. Tiba-tiba aje saya gigih baca cara-cara menyembelih ayam mengikut syariat hari ni. Semua pasal isu ayam tak sembelih kat salah satu pasaraya Padang Serai tu.

Kalau diingat-ingat dan difikirkan, arwah atok je yang pernah buat penyembelihan ayam kat rumah kitorang masa kecik-kecik dulu. Ayam yang nak disembelih tu diasingkan dan dibagi makan kenyang-kenyang dulu, kemudian atok asah pisau tajam-tajam. Atok siap ada pisau khas untuk sembelih ayam. Bila atok da meninggal, seingat saya, masa kemas-kemas, ada jumpa pisau tu dalam bilik atok. Tapi sekarang ni, tak pasti lah ada lagi ke tak.

Bila nak start sembelih, kami adik-beradik dan sepupu-sepapat akan berkumpul duduk ramai-ramai keliling atok dengan bapak dan pak cik yang nak menyembelih ayam. Bapak dan pak cik tolong pegangkan kaki dan badan ayam supaya ayam tak bergerak-gerak, nanti menyukarkan proses penyembelihan. Atok akan baca bismillah sebelum pegang bahagian bawah leher ayam dan mula menyembelih. Lepas aje putus urat-urat tu, memancut darah keluar! Atok cepat-cepat masukkan ayam bawah besen besar. Kami adik-beradik dan sepupu-sepapat duduk mencangkung merata-rata dengar ayam meronta-ronta dalam besen, semakin lama semakin lemah kemudian senyap tak berbunyi.

Bila ayam da senyap, mak angkat besen dan cuci darah ayam bersih-bersih. Mak cakap kena cuci bersih-bersih terutama yang bersepah-sepah mengalir atas lantai beranda dapur, nanti jin datang makan. Haha. Ok, itu betul ye! Lepas tu, mak jerangkan air dalam kuali besar untuk rebus ayam tu supaya senang nak cabut bulunya. Kami adik-beradik dan sepupu-sepapat la yang akan jadi pembantu tukang cabut bulu ayam. Haha. Bulu ayam tu pulak batangnya kalau dibersihkan betul-betul dan dibuang segala bulu, boleh buat lidi penunjuk untuk mengaji al-Quran! Hihi.

Gitu la kisah menyembelih ayam kami. Bila da besar ni, baru nak refresh balik hukum dan syarat sah menyembelih. Belek-belek google, jumpa satu link yang bermanfaat ni. Halal: Cara Sembelihan yang Sah Mengikut Hukum Syarak. Haaa..kalau kamu-kamu semua dah lupa macam mana cara menyembelih yang betul, boleh la pergi jenguk link tu ya, best baca balik benda ni.

Menyembelih tu kan fardhu kifayah. :)


2 comments:

Mr. Doctor said...

Dulu kat sekolah ada la ajar cara sembelihan semua ni.. Tapi sampai sekarang tak berani.. Sebab jenis cepat kesian.. Adehh.. Apapun Selamat tahun baru.. Somoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya inshaAllah.. MD singgah follow sini..

Farahain ZFA said...

hai , ain datang singgah sini dan follow awak.
salam perkenalan :)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.