Selamat Pengantin Baru

February 07, 2016

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sempena cuti Chinese New Year ni, ramai betul kawan-kawan dan sedara mara yang melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah, bahagia bila tengok orang lain bahagia. Rasa syahdu aje bila tengok kawan rapat naik ke jinjang pelamin. Tapi rasa sedih bila takde rezeki untuk berada di samping mereka dan tengok depan mata mereka diijab-kabulkan.

Untuk kawan-kawan saya dan sedara mara saya tu:

Azien Wasli dan Saifolambia Hj Adenan
Hari ni birthday Azien, ini hadiah paling indah
Pasti
Rosmanifah Rosli dan Muhammad Safwan Ahmad Kamal
Kedua-duanya sahabat JKM KTC UTM
(Lelaki dukung anak tu Pengerusi JKM kami dulu)
Jodoh insya'Allah pasti bertemu, kan Mawar?
Nurshahira Roslan (Yang) dan Azhar
Ini dua pupu sebelah encik suami
Maaf Yang, tak dapat datang tolong kenduri
Tak sampai hajat nak setup candy table

Selamat mendirikan masjid! Semoga masjid yang dibina diberkati oleh Allah hingga ke jannah. Semoga kalian berbahagia dan bertabah mengharungi alam rumahtangga. Jika sebelum ini kalian mengenali pasangan kalian dari luaran, selamat mengenali suami atau isteri kalian dari dalaman pula. Mungkin saja ada pelbagai ujian dan ranjau dalam perjalanan, tetapi ingatlah semua itu jambatan menuju bahagia di sisi Allah. Jadikan rumahtangga yang dibina itu sebagai medium untuk kalian semakin mendekat kepada Yang Menganugerahkan Cinta. Cintailah Dia lebih daripada suami atau isteri kalian, maka kalian akan lebih memahami erti sebuah pernikahan, insya'Allah.

Daripada: Yang bernikah baru dua tahun.

You Might Also Like

1 Comments

  1. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com