Ticker

6/recent/ticker-posts

PM Facebook

Hurmm.

Kadang-kadang kita rasa macam eh ah eh ah sangat bila baca iklan-iklan kat Facebook yang nak kita PM dulu baru tahu harga. Ramai juga yang komplen, lebih baik peniaga-peniaga pamerkan aje harga barangan tu daripada minta PM. Bakal pelanggan just nak tanya aje harganya. Lepas fikir-fikir baru la beli. Susah nak survey harga kalau macam tu, kata pelanggan.

Tapi di sebelah peniaga, sebenarnya meminta pelanggan PM dulu sebelum keluarkan harga adalah satu langkah perlindungan produk. Ye lah, mana lah tahu ade peniaga lain yang jual lagi mahal, bila tahu dia jual lagi murah, ada jugak yang kecik hati dan kata dia rampas pelanggannya. Dan bila ada pelanggan PM, peniaga tu bole tahu at least ada lah sedikit 1-15% kemungkinan pelanggan tu betul-betul serius nak beli produk diorang. Dengan berPM, boleh la kot cuba tarik lagi bagi lebih 20% keinginan pelanggan tu pada produk sampai betul-betul jadi.

Kot?

Sebenarnya ok je pun nak suruh PM. Kalau tak minat, tak payah PM kan. Kalau tak suka kena PM-PM, cari peniaga yang lain yang tak payah PM-PM harga. Haaa. Tu saya selalu buat lah. Hahaha!

Tu belum lagi yang peniaga da mention "PM untuk yang berminat", bakal pelanggan tu pi komen kat public jugak, segala perbincangan mak nenek kat public. Last-last, peniaga yang ada beribu PM tu jugak la yang kena PM pelanggan tu dulu. Mungkin dia tak perasan kot kat status tu minta PM kalau berminat. 

Mungkin lah.

Pelanggan macam ni, selalunya akan terlepas produk sebab da ada yang lain PM terlebih dahulu. Ha, siapa suruh kau eh ah eh ah kat public. Kan da melepassss. Kui kui kui.

Selain daripada tu, yang jadi masalahnya bila peniaga dah pamerkan segala details dan harga produk, tinggal nak tempah dan proses payment serta maklumat lain, sila PM untuk yang berminat. Ada pelanggan hantar private message: "PM". Blur sekejap kita dibuatnya. Nak PM apa?? Bila ditanya, dia kata PM tentang produk. Aik, terfikir jugak nak tanya kat diorang ni, "nak tahu pasal ape lagi ye?" Semua dah tertulis kat situ, tinggal pilih je yang mana satu. Maka, kita reply lah segala yang kita da pamerkan sebelum tu sekali lagi. Haha.

Tapi lebih pilu bila kita da reply PM, terus diam membisu menghilang tanpa jejak. Errr. APTB.

Post a Comment

1 Comments

  1. PM. hehehe

    lama betui tak blogwalking ke blog Dr. jeneral Sakura ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com