Ticker

6/recent/ticker-posts

Bolehkah Wanita yang Istihadhah Mengerjakan Solat Sunat Tarawih?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam 2 Ramadhan.

Macam mana puasa uols? Dah start buat amalan-amalan sunat? Semoga lebih banyak amalan-amalan sunat yang kita sama-sama buat sepanjang bulan mulia ni. Mudah-mudahan diterima segala amal ibadah kita oleh Allah swt, insya'Allah.

Antara fadhilat solat sunat tarawih. Kredit gambar: Sumarz.com

Semalam, saya tiba-tiba terfikir hal mengenai tajuk di atas. Boleh ke wanita yang mengalami istihadhah mengerjakan solat sunat tarawih dalam bulan Ramadhan? Wanita yang istihadhah mempunyai haid yang panjang melebih 15 hari, berbanding haid normal sekitar 7 hari. Untuk menunaikan solat fardhu, wanita yang istihadhah wajib mengambil wudhuk hanya apabila setelah masuk waktu solat yang hendak dikerjakan, dengan syarat faraj telah dibersihkan dan dilapik dengan kain atau pad untuk menahan aliran darah berlebihan. Jika telah masuk waktu solat fardhu seterusnya, wajib mengambil wudhuk semula jika darah telah keluar, tapi tidak perlu mengambil wudhuk lagi jika yakin tiada darah yang keluar dari faraj. Manakala niat wudhuknya juga berbeza, iaitu niat untuk mengharuskan solat. Kerana solat itu hanya boleh dikerjakan hanya jika telah mengambil wudhuk.

Macam mana pulak kalau nak solat sunat tarawih yang banyak rakaatnya? Terfikir saya, takkan setiap kali nak start dua rakaat berikutnya, kena ambil wudhuk lagi? Pernah tak terfikir soalan ni? Maka, saya pun start membelek google.

Ini jawapan yang saya jumpa dari blog Ummu Abdillah.

Jawapan : Dia boleh mengerjakan solat sunat selepas Isyak dan solat sunat Tarawih dengan wudhuk solat Isyak tadi tanpa perlu memperbaharui wudhuknya. Dengan syarat sebelum solat Isyak tadi, dia telah membersihkan farajnya dan mengenakan pad/kain dengan kemas dan ketat serta berwudhuk. Disyaratkan juga tidak berlaku sebarang perkara yang membatalkan wudhuknya selepas solat Isyak tadi seperti buang air kecil, kentut dan sebagainya.

Penjelasan : Asal bagi hukum seorang wanita yang istihadhah itu adalah sama seperti hukum wanita yang suci kecuali mereka ini perlu berwudhuk setiap kali solat. Oleh itu, mereka itu boleh bersolat, berpuasa, membaca al-Quran, beriktikaf dan melakukan ibadah-ibadah lain sepertimana wanita yang suci.

Seperti yang disebut di atas, sekiranya wanita yang istihadhah itu hendak menunaikan solat fardhu, maka dia hendaklah berwudhuk. Dan sebelum itu, dia perlulah membersihkan farajnya dan mengenakan kain atau ‘pad’ padanya. Ia juga perlu diperkemas dan dikenakan dengan ketat untuk menghalang darah daripada mengalir keluar dengan banyak. Al-Imam al-Nawawi menyebut perihal mengenakan dan memperkemaskan kain untuk menutup faraj ini (atau disebut sebagai at-talajjum) adalah wajib bagi wanita yang istihadhah sebelum mengerjakan solat fardhu. Kemudian barulah dia berwudhuk. Perlu diingatkan di sini bahawa at-talajjum mesti mendahului wudhuk.

Hamnah radhiyallahu ‘anha datang bertemu Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam mengadu mengenai istihadhahnya yang banyak. Lalu Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam menyuruhnya supaya meletakkan kapas di tempat keluar darah. Hamnah memberitahu bahawa ia lebih banyak dari itu, darah tersebut berterusan mengalir keluar dan banyak. Lalu Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam menyuruhnya untuk meletakkan kain di tempat tersebut untuk menghalang darah. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah. al-Albani berkata : Hasan)

Sekiranya darah keluar selepas dia membersihkan faraj dan mengenakan pad serta berwudhuk, ia tidak membatalkan wudhuknya dan solatnya. Dia boleh bersolat fardhu dan mengerjakan solat sunat sebanyak mana yang dia mahu selepas solat fardhu tersebut. Namun begitu, jika dia tidak mengenakan pad dengan baik lantas mengakibatkan darah mengalir keluar, maka dengan itu terbatallah wudhuknya dan solatnya. Jika ini berlaku selepas solat fardhu maka dia tidak boleh mengerjakan solat sunat.

Menurut Mazhab Syafie, wanita istihadhah tidak boleh mengerjakan 2 (atau lebih) solat fardhu dengan satu wudhuk kerana wajib berwudhuk sebelum solat disebabkan sesuatu yang keluar dari faraj (dan dalam kes ini darah).

Fatimah binti Abi Hubaisy didatangi istihadhah, lalu Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata kepadanya : “Sesungguhnya darah haid itu adalah hitam dan ia dikenali oleh wanita. Jika ia demikian maka janganlah solat. Tetapi jika ia lain dari itu, maka berwudhuklah dan solatlah. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Nasa’ie dan disahihkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim dan al-Baihaqi. Al-Hakim berkata : Sahih atas syarat Muslim)

Tetapi dia boleh mengerjakan solat sunat dengan wudhuk solat fardhu tadi sebanyak mana yang dia kehendaki. Ini kerana solat sunat itu banyak, jika dia perlu berwudhuk setiap kali hendak solat sunat maka itu pasti akan membebankan.

Wallahu’alam.

Haa. Jelas dan mudah difahami kan? Dapat ilmu baru, harus kita sebarkan.

Rujukan : Al-Nawawi, al-Majmu’, 2/492-493 & Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal, 1/172.


Post a Comment

7 Comments

  1. Jelas sangat kann..
    Dulu pernah ajukan soalan begini masa kelas fardhu ain, sama jawabannya seperti yang di terangkan ni Sunah..

    Akhamdulilah..tanpa was-was..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, perkongsian yg bermanafaat Sunah dan amat sesuai dgn masanya

    ReplyDelete
  3. Sunah, link blog sis tu, Sunah kena edit masukkan balik.
    Sebab sebelum ni pakai https, sekarang Sis dh pakai balik lama http jer...hehehe sbb tu tak muncul-muncul atas..

    ReplyDelete
  4. klau solat sunat subuh pulak macam mana?..cth kita bangun pastu ambik wudhuk..then solat sunat subuh..pastu boleh ke solat fardhu subuh terus ke kena basuh dulu lps solat sunat tu baru solat fardhu..boleh bagi penerangan?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau solat sunat subuh, lepas tu terus solat fardhu subuh, tak perlu..macam dalam perenggan keempat terakhir..tapi jangan dilengah-lengahkan, dikhuatiri istihadah dah keluar..

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com