Buka Puasa Dinner @ Passionfood Cafe & Bakery, JB

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 8 Ramadhan 1439H!

Nak berbuka apa petang ni? Dah fikir ke dari lepas sahur pagi tadi? Nak pergi bazar ke, masak sendiri ke, cari buffet ramadhan kat hotel ke, atau berbuka kat mana-mana?

Bagi penduduk sekitar Johor Bahru, apa kata cuba kelainan sikit suasana buka puasanya berbanding kebiasaan. Passionfood Cafe & Bakery, Taman Pelangi, JB ada menyediakan menu berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan ni. Baru dua hari lepas kawan saya kongsikan pengalaman makan kek coklat lava di sini, tiba-tiba Allah bagi rezeki pula semalam untuk datang sendiri ke kafe ni mencuba juadah yang disediakan.

Passionfood Cafe & Bakery. Kredit gambar: Sis Lin

Passionfood Cafe & Bakery ni letaknya di No. 71, Jalan Serampang, Taman Pelangi, berdekatan dengan Pelangi Leisure Mall, JB. Lokasinya yang terletak di antara kawasan perumahan mula-mula agak mengelirukan, tapi percayalah kepada waze korang tu ye, insya'Allah memang akan sampai! Kawasan letak kereta agak terhad sebab macam laman rumah kan, tapi boleh saling bertolak-ansur. Beringat-ingat je time makan tu, kalau-kalau ada customer lain nak keluarkan kereta.

Konsep English style menyerikan wajah kafe. Kredit gambar: Sis Lin

Kafe dengan konsep English style ni menyediakan pelbagai jenis juadah bertemakan masakan barat dan juga pemanis mulut. Serius jatuh hati tengok macam-macam rupa kek dan macarons dalam peti desserts diorang. Bertahanlah ya bila datang sambil menunggu waktu berbuka.

Aneka pencuci mulut di Passionfood Cafe & Bakery, JB

Untuk menu berbuka pula, Passionfood Cafe & Bakery menyediakan variasi pilihan menu yang menarik dan menyelerakan. Kalau tak percaya, boleh tengok gambar-gambar kat bawah.

Set appertizer atau starter: Sup cendawan, salad ketam kulit lembut, sup tomato - memang meningkatkan selera! 

Salmon Rice Bowl - sihat kan? 

Say Cheese Chicken Burger untuk peminat burger. Kredit gambar: Sis Lin

Seafood Aglio Olio - pedas bagi saya...hahaha!

Swedish Meatballs - sedap gila! Roti dua biji tu rare, ok! Serius sedap yang ni!

Pilihan pencuci mulut - comel kan? Sayang nak makan!

Haa, terliur ke tak?

Sabor je lah ye bulan puasa kena baca blog ni.

Hahaha!

Muka-muka gembira berbuka puasa @ Passionfood Cafe & Bakery, JB

Ok, untuk korang yang teringin nak berbuka makanan western dengan suasana yang menenangkan, boleh lah datang ke kafe ni ya!

Ramadhan Dinner Menu @ Passionfood Cafe & Bakery, JB

Passionfood Cafe & Bakery
71, Jalan Serampang, Taman Pelangi
Price: RM50 per head
Tel: 07-331 5330
CLOSED on Monday
*tiada surau disediakan, ada masjid berdekatan (sebelah CALTEX)



6 comments:

  1. arghhhhh tekanan perasaan masuk sini pagi2 hahaha.. menarik blh try nanti..

    ReplyDelete
  2. Waaa lajuu update..
    Betul, spageti olio tu pedas juga bagi Sis..
    Semua menu sedap kann..

    Tak tau plak ada mesjid dkt caltex tu. Sis singgah yng mesjid dekat tepi jalan luar nk ke Permas. usai Mahgrib terus masuk isyak. nsb sempat.
    Kelam kabut juga semalam kann..

    ReplyDelete
  3. Akak masih tak boleh move on lagi makan di sini. Semuanya sangat sedap & menyelerakan.

    ReplyDelete
  4. air belang tu sedap. mushroom soup pekat.tempat yang nyaman.

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi?

Terima kasih tinggalkan komen~ ;)

Powered by Blogger.