Larian Hari Jantung Sedunia KPJ Johor 2018

October 01, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Larian Hari Jantung Sedunia KPJ Johor 2018

Dua hari lepas, saya dan Ibah join run yang dianjurkan oleh KPJ Johor. Kitorang daftar run ni berbulan-bulan yang lepas. Saya pun dah tak ingat bulan berapa. Yurannya RM40, masa tu tak nampak lagi kategori berapa km. Memang dia ada tulis kat poster, ada dua kategori, 4km dan 7km. Tapi takde maklumat lanjut. Kitorang pun bantai aje register, 4km pun boleh lah lagi.

Bila da register, crew dia reply whatsapp kita, bagitahu yang segala details dan info akan diupdate melalui page FB. Owhhh, ok. Dalam beberapa minggu sebelum run, saya pun search page dia kat FB, cari maklumat tentang run. Erk, untuk dewasa 7km nkoooo. Matilanakkk. Sebelum ni paling jauh pun yang saya pernah join sampai 5km aje. Dalam hati dah pasrah dan redha sebab dah bayar kan. Kena lah teruskan jugak.

Masa tu saya masih blur blur lagi, run ni dekat KPJ yang mana (saya fikir KPJ Johor tu bukan satu nama tapi secara general KPJ di Johor). Saya asyik fikir KPJ Pasir Gudang. Kemain rasa jauhnya nak amek race kit. Bukak booth for kit collection pun tiga hari je. Dijadikan cerita, saya sibuk sangat ketiga-tiga hari tu sampai tak sempat nak amek race kit. Siap minta tolong blogger Sis Lin untuk amekkan kat KPJ Pasir Gudang.

Dua hari sebelum run, saya belek lagi FB KPJ Johor Fun Run untuk confirmkan KPJ yang mana. Masa tu la baru nak tepuk dahi. KPJ Johor tu KPJ Johor laaa, yang dekat Jalan Abdul Samad. Bukan KPJ Pasir Gudang. Nasib baik Sis Lin bagitahu. Kalau tak, dengan Sis Lin sekali malu sebab nak menuntut race kit kat KPJ Pasir Gudang. Hahaha! Akhirnya, saya pun pergi sendiri ambil race kit dekat KPJ Johor, menyelit masa dalam hari yang sibuk juga. Terpaksalah, sebab dah takde hari lain lagi nak ambil. Ibah pun sibuk juga. Alhamdulillah, selesai race kit collection. Dah rasa macam berlari jugak. Hahaha.

Peserta Larian Hari Jantung Sedunia KPJ Johor 2018

Hari larian, kami gerak dari rumah lepas Subuh dalam 6.30 pagi. Sampai KPJ dalam pukul 7 pagi. Ramai peserta da sampai. Kami start dengan briefing dari crew dia tentang larian, kemudian Jrobik dalam setengah jam. Dah start lari. Larian bermula dari KPJ, lalu sekolah dekat dengan KPJ tu, RTM, Thistle Hotel, Restoran Sedap Corner, Petals & Bakes, kemudian kembali semula ke KPJ.

Saya asyik check dekat apps Endomondo aje sepanjang larian. Tengok berapa km dah lari. Saya hanya mampu lari 3km++ yang pertama aje. Lagi 3km++ saya banyak berjalan laju. Makin hujung tu rasa macam dah takde kaki dah. Hahaha! Penat gila oi! Semua pun dah slow down bila da makin hujung. Lari pun kejap je hujung tu sebab nak cepat sampai garisan penamat.

Alhamdulillah, I did it!

My running partner - Ibah. Kau abaikan la pipi hakak yang makin boolat tu ya!

7.02 km, 1 hour and 9 minutes. Personal record bagi diri sendiri. Kalau banyakkan lagi lari, mungkin boleh kurangkan lagi tempoh tu. Orang lain setengah jam dah siap. Hahaha. Alhamdulillah, satu lagi pengalaman yang menarik. Terima kasih KPJ Johor sebagai penganjur.

Next month, Pinktober Run pulak! Ajommm!

You Might Also Like

6 Comments

  1. assalamualaikum sunah...wah !! bestnya...

    ReplyDelete
  2. Hahahaha konpius bila ko kata KPJ Johor, sebab memang tau kalau KPJ Johor yang di Abu Samad hehehe...
    Lawaa seyyy dia punya apa haaa orang panggil, rantai ke? hahahaha..

    ReplyDelete
  3. Ooo baru perasa, di sini yang pipi tembam penuh hahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com