Review Filem: Hunter Killer

October 29, 2018

Review Filem: Hunter Killer | Siapa dah tengok PASKAL The Movie? Hunter Killer adalah versi US filem PASKAL. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab ia tentang battle di laut oleh pasukan khas US, cumanya filem ni lebih detail tentang battle menggunakan kapal selam. Kalau tengok IG movie ni @hunterkillermovie, ada satu benda yang sama dengan trailer PASKAL. Part dia sebut dari darat, udara dan laut. Navy SEALs. Baru saya tahun SEAL tu maksudnya S = Sea, A = Air, L = Land. Means diorang macam PASKAL jugak, cover darat, udara dan laut sekaligus.

Pic: Trailerlist

Saya tengok filem ni dua hari lepas dengan Ibah. Sepatutnya Zana ada sekali, tapi dia terpengsan lepas Pinktober Run 2018 di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri. Masa kami masuk ke dalam panggung, filem dah pun bermula. Kami lewat masuk sepuluh minit. Tak pasti banyak mana yang tertinggal. Mungkin sikit aje sebab dah tentu ada iklan sebelum filem bermula.

Cerita ni bermula dengan Kapten Joe Glass mengemudi kapal selam US yang diberi nama Hunter Killer dalam perairan Russia untuk mengesan kapal selam yang hilang dari radar. Bila kapal selam tu dah dijumpai, dengan tanpa diduga, diorang terjebak dengan battle dalaman negara Rusia. Ada komplot rampasan kuasa yang sedang berlaku kat negara tersebut. Kapten Glass mendapat arahan untuk menyelamatkan presiden Rusia demi mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga. Jadi, beliau bekerjasama dengan Navy SEALS untuk menyempurnakan misi tu.

Bagi saya, awal filem agak perlahan. Namun penonton diberi pengenalan suasana sebenar di dalam kapal selam, terutamanya kapal selam perang, betapa sempitnya ruang untuk berjalan dan semaknya dalam kapal tu dengan macam-macam peranti elektronik pada dinding kapal. Penonton juga dapat melihat macam mana kapal selam dipandu dari permukaan air ke dasar laut dengan lebih teliti. Grafik scene yang ni lebih saya sukai berbanding grafik kapal selam masuk ke dalam air dalam PASKAL. Saya juga kagum dengan scene krew-krew kapal menahan diri untuk berdiri 50° semasa kapal selam turun dengan lajunya ke dalam laut. Cool gila, okey!

Dan satu scene yang betul-betul mendebarkan dalam filem ni adalah ketika Hunter Killer mengharungi perairan Rusia di pangkalan tentera Polyarny. Baru saya tahu, sampai begitu sekali ya langkah keselamatan yang diambil oleh tentera laut untuk menjaga perairan negara. Penuh periuk api dan sonar sensor di dasar laut yang bila-bila masa akan menjahanamkan musuh yang datang. Dengan kami-kami sekali tutup mulut masa scene ni, takut mengeluarkan bunyi. Kang meletup pulak panggung tu. Kahhhh!

Kurangnya filem ni adalah pada bahagian tactical combat. Mungkin memang director nak lebihkan pada cara Kapten mengendalikan kepercayaan krew-krew kapal selam yang baru pertama kali terlibat dengan battle dalam laut berbanding di darat. Aksinya tiada di dalam kapal selam, lebih kepada penyusunan strategi untuk mempertahankan diri. Memang ada tentera darat seramai empat orang di pangkalan Polyarny tu yang menjadi mata dan telinga Navy SEALs, tapi director tak membawa plot ni lebih ke dalam. Pergerakannya juga nampak kurang kemas berbanding PASKAL.

Tapi kalau uols suka Gagak dan Yan PASKAL, uols mesti suka Martinelli dalam Hunter Killer. Dia punya karekter adalah gabungan kedua-dua orang tu. Clumsy, but a sharpshooter.

Saya bagi 7.5/10 untuk cerita ni. Rottenntomatoes bagi 4.7/10 nkoo. Sabor je le. Hahaha!

Hey, uols pergi la tengok sendiri macam mana, okay? Sebab saya tak spoilkan banyak benda, dan ada yang saya tak sebut langsung demi menjaga kesucian cerita. Hahaha.

Ada part yang uols pasti akan rasa "whoa, macam tu eh?"

Anyway, good job untuk pengarahnya, Donovan Marsh. I wish kalau ada PASKAL 2, Adrian Teh akan masukkan komplot yang lebih besar macam Hunter Killer. Fuhhh!

You Might Also Like

4 Comments

  1. wishlist ni, tapi tak taw bila nak pegi, kena tggu rabu la, selasa esok mesti tak sempat nak kejar tiket murah

    ReplyDelete
  2. mcm best je citer nie..akk layan online je la..ada bby xleh dh nak tgk wayang..tunggu bby besar cikit..🤣🤣

    ReplyDelete
  3. kita nak tgk dgn member asyik tak jadi je. tapi trailer mmg gempak cerita pun mesti best. 👍👍

    ReplyDelete
  4. Sunah, ko bagus masuk pertandingan blogger contest tu laaa..
    Nanti ko baca klik kat blog Sis tu..
    Dia ada berkaitan dengan cite macam ni dan juga Paskal..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com