Susu Fernleaf Dari New Zealand, 100% Mmmmm

October 07, 2018

Susu Fernleaf Dari New Zealand, 100% Mmmmm | Pernah dengar Fernleaf? Mustahil tak pernah! Sejak dari kecil, iklan susu Fernleaf selalu keluar di kaca TV. Tapi yang saya biasa tengok tu, iklan susu tepung. Uols pernah nampak susu Fernleaf dalam kotak?

Kalau tak pernah, meh sini nak tunjuk supaya senang uols nak cari nanti.

Susu Fernleaf dalam kotak

Haa, familiar tak dengan kotak susu ni? Kalau uols nak tahu, susu Fernleaf ni merupakan 100% susu dari New Zealand! Kau bayangkan lah susu tu terbang dari sana. Jangan bayangkan lembu pulak terbang. Confirm tak sampai Malaysia. Lembu tu rilek-rilek je oi kat ladang dia! Bebas meragut dengan gembira di padang rumput yang subur dalam ladang semulajadi. Jadi, tak hairanlah kalau susu yang diperah dari lembu-lembu ni kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ditambah pulak dengan protein berkualiti tinggi, vitamin A dan vitamin D.

Susu Fernleaf adalah 100% susu dari New Zealand

Uols tahu tak, tak semua lembu tenusu diberi makan rumput?

Ada beza antara lembu yang terkurung dalam kandang dengan lembu yang dibiar lepas bebas mencari makanan. Lembu kat New Zealand sangat bertuah sebab tanahnya yang subur, kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak. Rumput yang tumbuh kat sana berkualiti tinggi dan terbaik dari alam. Bila lembu meragut rumput-rumput kat sana secara bebas dari pagi sampai ke petang hari yang cerah, secara tak langsung, lembu tu dapat vitamin D. Hasilnya? Tentu lah susu berkhasiat yang lebih berkualiti dan mengandungi tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu yang dikurung dalam kandang. Haa, gitu. Faham tak?

Lembu tenusu di New Zealand dilepas bebas di padang rumput yang subur

Lagi best, lembu-lembu tenusu ni tak perlu dah nak guna penggalak susu disebabkan oleh environment padang rumput dia yang bersih dan selesa tu. Susu yang dihasilkan adalah secara semulajadi 100%. Nah, tak ada yang perlu diragukan lagi dengan bahan-bahan campuran yang ada dalam susu ni. Nak bagi budak-budak kecik minum selalu pun tak risau.

Rumput yang subur + iklim yang selesa + udara dan air yang bersih = susu semula jadi

Tapi kan, ada lembu tenusu saje tak akan bermakna tanpa pakar tenusu yang mahir. Kat New Zealand, lembu-lembu tenusu dijaga dengan baik oleh peladangnya, hasil dari pengalaman lebih daripada 140 tahun dalam perladangan tenusu. Warisan dan kepakaran diorang ni lah yang menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu hari ni. Perasan kan, kebanyakan susu yang diimport oleh negara kita adalah dari New Zealand? Peladang-peladang kat sini memang komited dengan kerja diorang, kualiti tertinggi diutamakan pada setiap peringkat pengeluaran susu start dari makan minum lembu sampai lah ke produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.

Patut lah susu Fernleaf ni 100% Mmmmm, sedap!

Nampak tak nikmatnya susu Fernleaf tu sampai tutup mata?

Kalau orang dewasa macam saya ni pun suka, mesti anak-anak uols pun suka!

Susu Fernleaf UHT datang dalam tiga perisa yang enak: krim penuh, rendah lemak dan coklat, serta dua saiz, iaitu pek 1 liter dan 200 ml. Nah, kalau uols nak try susu Fernleaf, boleh lah cari susu ni kat pasaraya berdekatan, ya!

Pelbagai jenis susu Fernleaf telah pun ada di pasaran

Dah minum kang jangan lupa hashtag #100Mmmmm

Hahaha!


#FernleafUHT #100Mmmmm

You Might Also Like

8 Comments

  1. Ms g NZ tak nmpk plk lembu berkeliaran kt sana.. yg byk kambeng je.. heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat ko sama dengan ayat kawan aku, susah nak nampak lembu, kambing banyak hahahahaa

      Delete
  2. Sedap sangat susu fernleaf dari New Zealand ni...mooooo

    ReplyDelete
  3. Waaa dah siap ek entri dia..
    Belum ada mood nak kayuh ni hahahaha

    ReplyDelete
  4. wow..sunah pakai la straw hipster..hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com