Masak Nasi Lemak Guna 4Care Tastifit Cooking Cream

November 11, 2018

Masak Nasi Lemak Guna 4Care Tastifit Cooking Cream | Hujung minggu lepas saya rajinkan diri buat nasi lemak untuk sarapan pagi. Teringin pulak sebab duk terbayang-bayang kerangupan ikan bilis mata biru yang Nada bawak balik dari Sabah tempoh hari bila digoreng. Cumanya, stok santan takde. Saya pulak hajatnya memang nak cuba guna 4Care Tastifit Non-Dairy Cooking Cream yang saya dapat masa Sabai-sabai Thai Food Festival tak lama dulu. Sebab tu, tak beli siap-siap pun santannya.

Nasi Lemak Derhaka

Tadaaa. Ini lah hasil nasi lemak dari cooking cream tu. Masak macam kita nak buat nasi lemak dalam rice cooker lah. Komen saya, nasinya cantik elok berkilat dan peroi dah. Tapi rasa lemak tu takde. Wangi dia pun bukan wangi nasi lemak, tapi wangi macam kuih muih pulak. Masa nasi tengah dimasak pun takde bau nasi lemak sangat. Bau sikit aje, 0.01%. Kahhh!

Saya lengkapkan nasi lemak tu dengan sambal belacan, hirisan timun jepun, ikan bilis goreng dan ayam goreng. Ayam tu saya goreng pertama kali guna air fryer. Nanti saya ceritakan dalam entri yang lain ya! Uik, kiranya sihat jugak la nasi lemak ni sebab kurang berlemak. Hahaha!

4Care Tastifit Cooking Cream

Ini lah rupa cooking cream tu. Buatan Thailand. Mungkin kalau nak masak lauk-pauk, sesuai la kot sebab macam susu sejat yang pekat sedikit kan. Untuk penambahbaikan pada masa akan datang, kalau-kalau ada yang terbuat nasi lemak emergency, boleh lah nak try guna cooking cream ni, cuma tambah garam lebih sikit dari buat nasi lemak biasa. Boleh baca kat label dia tu, saturated fat dalam cream tu dikurangkan. Sebab tu agaknya nasi jadi kurang berlemak.

Atau, mungkin kita boleh panggil nasi minyak aje!

P/S: Seorang Sunah sekarang memang sempat buat entri pendek-pendek aje.

You Might Also Like

2 Comments

  1. Sabai-sabai hahaha...
    Sis ko pun lupa ada santan ni, nanti nak test gak laaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com