Selamat Pengantin Baru Aisyah dan Amirul!

November 19, 2018

Selamat Pengantin Baru Aisyah dan Amirul! | Tanggal 17 November 2018, tarikh keramat yang menyaksikan seorang Aisyah menjadi isteri yang sah kepada seorang Amirul. Tuuuudiaaa ayat! Haha!

Ko kenapa Aisyah? Nak jadi PASKAL?

Alhamdulillah, mabruk buat dua mempelai. Tahniah buat ahli keluarga kedua-duanya. Sempat juga saya datang semasa majlis nikah dan majlis bersanding. Tapi tak dapat bersama-sama turut serta untuk outdoor shooting pengantin. Risau kalau melarat demamnya. Padahal malam tu memang melarat jugak akhirnya.

Ok lah, tak payah cakap panjang-panjang sebab baru je balik dari klinik ni. Dah telan ubat dan perlu rehat sekejap sebelum ke UTM semula petang nanti ada meeting. Jadi, kita tengok beberapa keping gambar majlis Aisyah dan Amirul aje ya!

Usai nikah, suami membacakan tanggungjawabnya kepada seorang isteri

Suami membaca doa sambil memegang ubun-ubun isteri

Majlis bersanding sebelah petang, Ayen, Kak Ajan dan Kak Di pun ada

Teruja tengok kek pengantin cantik sangat

Apa lagi, kita potong la kasi ngapppp

Terima kasih Aisyah bagi makan kek pengantin. Hahaha!

Uols kalau nak order kek, boleh tanya Aisyah ya dia beli kat mana. Saya tanya, dia tak jawab-jawab. Rahsia kerajaan. Hahahaha! Nanti kalau dia da update saya, order kat mana, saya update sini juga, ok!

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fii khair!

You Might Also Like

4 Comments

  1. suka giler tengok kak sunah pakai tudung kaler cerah2 gitu... so syantikkszzzz.. i liokeee..hahhahaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... Nampak berseri2. Pembawakan org demam kut

      Delete
    2. ada ehh kak seri pembawakan org demam?? kahkahkah.. memang sunah nampak lain pakai tudung cerah camtu.. syantikkk

      Delete
  2. Duk tengok Sunah, shembamnya pipi Sun hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com