BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, June 14, 2009

Elaun Latihan Industri Dikembalikan!

Naib Presiden Fakulti, Saudara Zaki telah bertemu dengan pegawai daripada Pejabat Bendahari UTM. Tujuannya adalah untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan yuran Latihan Industri (LI) yang dilaporkan mahal dan mengelirukan.

Hasil daripada perbincangan hampir sejam tersebut, beliau telah berjaya mendapat penjelasan tentang beberapa isu kebajikan mahasiswa. Yuran pendaftaran bagi LI dinamakan sebagai Yuran Semester Mei dan ia menggabungkan dua yuran iaitu Yuran Perkhidmatan UTM dan Yuran Kursus LI.

Yuran Perkhidmatan UTM yang sebelum ini dikenakan sebanyak RM110, telah dikurangkan RM20 kepada RM90 berdasarkan keputusan mesyuarat oleh TNC Akademik dan Antarabangsa. Akaun pelajar yang dicaj RM110 akan didebitkan RM20 tidak lama lagi.

Yuran Kursus LI dikira berdasarkan kos RM45 bagi setiap kredit. Dan julat kredit yang diambil oleh mahasiswa adalah antara 3 hingga 8 kredit. Oleh itu, pelajar diharapkan tidak terkejut apabila dikenakan Yuran Semester Mei sebanyak RM 470 kerana LI anda berjumlah 8 kredit.

BERITA BAIK!

Elaun Latihan Industri telah dikembalikan!

Berdasarkan maklumat dan perangkaan yang ditunjukkan kepada pihak MPP, UTM telah pun menerima sejumlah peruntukan elaun Latihan Industri bagi tahun 2009. Elaun ini sedang diproses untuk mahasiswa fakulti FKM, FKSG dan FAB. Pemprosesan elaun bagi pelajar fakulti lain akan menyusul.

Secara umumnya, pelajar akan menerima RM 15 + RM 5 bagi elaun Harian dan Pengangkutan Harian. Beberapa elaun lain adalah berdasarkan keadaan-keadan tertentu mengikut lokasi LI.


3 comments:

myikhwanfiideen said...

Salam..

Nak buat latihan pun kene ade Yuran ke?

Hmmm...

Siti Hasunah Mohammad said...

> myikhwanfiideen

salam. a'ah. masa myikhwanfiideen LI dulu xde yuran ke?

... said...

as salam..
yuran sekadar yang berkenaan.cuma pelik.dengan yuran perpustakaan.kalau pelajar minta di lkasi yang jauh diluar negeri, dan seanjang berkhidmat dalam satu2 sektor tersebut, tak pernah mengunjungi perpustakaan disebabkan faktor jarak dan masa. tetapi tetap dikenakan yuran. seolah2 seperti "menderma'. kalau untuk menyemak maklumat digital dalam talian, takkan kena yuran juga?

orang luar jga boleh mengakses ke pangkalan maklumat digital


o_o"

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.