BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, October 25, 2012

Kerna Tidak Sempurna

Cherry Blossom by ~Jez92 on deviantART

Menyorot kisah di sebalik kata-kata dia, membuatkan air mata menitis.

Kerna diri juga begitu. Kadang-kadang hadir rasa benci tanpa sebab. Benci hingga sosok tubuh yang melintas pun langsung tidak mahu dilihat, apatah lagi pada wajah yang langsung tidak mahu ditatap. Benci yang kadang-kadang menyebabkan kasih sayang terbahagi-bahagi tidak sama rata.

Mungkinkah kerana tingkah dan laku yang kurang disenangi, atau mungkinkah kerana laluan perjalanan yang tidak sama, atau mungkinkah tanpa sebab, benci itu hadir tanpa diminta.

Benci itu kadang-kadang membuatkan diri berfikir panjang. Kenapa sampai begini sekali rasa benci hadir? Kenapa hanya pada sesetengah manusia, benci ini meluap-luap hingga kadang-kadang rasa berat untuk melayan kata-kata?

Kala duduk berteleku sendiri, muhasabah menginsafi diri, terdetik rasa belas dan kasihan pada yang dibenci-benci. Teringat akan kisah hamba Allah yang ditanya di akhirat tentang saudaranya yang tidak sempat mendapat hidayah. Sedang dia yang faham dan sentiasa bersama saudaranya, tidak pula pernah berusaha untuk mendekati dan membawanya bersama-sama ke jalan yang benar. Membiarkan saudaranya terus terkontang-kanting dalam kegelapan, dan akhirnya menemui Tuhan tanpa sempat mendapat keampunan. 

Naudzubillah!

Tidak mahu lagi membenci, mohon jauhkan dan hapuskan terus segala perasaan itu.

Kerna diri ini tidak sempurna, dan sedang berusaha menjadi yang terbaik.

Maafkan... Maafkan...


5 comments:

Anum said...

SAMA-SAMA LA

kiera'sakura said...

huuuu kira da benci sorg nie. benci sbb tanpa sebab dia membenci kira, cari pasal dengan kira, bermasam muka, lepas tue dok jeling2 kira, kata mcm2, sedangkn sebelum nie ok je blh sembang mcm besa.. kira pun mlas nk ambik port biar je ikut dia la nk buat cane pun.. tp lama2 perasaan benci dtg bila dh selalu diperlakukan mcm tue.. smpi klu dengar dia gelak pun kira naik meluat.. hurmmmm

*muhasabah

Muhamad anuar Marsib said...

harap nersabar yer Sis.. Kalau kita boleh memaafkan seseorang, cubalah maafkan.. Manusia sememangnya tidak ada yang sempurna..

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidil Adha.. Saya kirimkan koleksi ucapan hari raya sms sebagai tanda ingatan dari jauh..


Koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha pilihan Anuar

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

susah kalau dah membenci, sebab kadang2 ada yg kita tak bole nak maafkan. tapi try untuk positifkan minda.. kena terima apa jua baik buruk..dan cuba memaafkn dan mberi peluang.

maszull said...

assalamualaikum sunah...benci tu yg paling susah nak lupakan tapi kena juga redha akan dan berusaha kikiskan perasaan benci tu...benci tapi sayang hehehehe...;)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.