TERBAIK DARI ENCIK SUAMI

Sunday, October 7, 2012

Ustaz Sharhan Kongsi Tanda-tanda Terkena Sihir, Saka dan Gangguan Jin

Ceramah Membongkar Rahsia Saka dan Jin

Tajuk macam berita pun ada kan?

Tak kisah lah. Yang penting, nak share banyak benda menarik yang Ustaz Sharhan dan Ustaz Rifki (ganti Ustaz Ismail) kongsi masa ceramah malam tadi.

Bermula dengan sedikit mukaddimah dari Ustaz Sharhan, semua hadirin yang dengar ceramah belajar cara-cara nak scan kalau-kalau ada gangguan. Ustaz kata, selalunya makhluk halus ni duduk antara tulang belikat kita. Tulang belikat tu dekat belakang kita ni ha. So, kalau nak tau orang tu ada gangguan atau tak, ustaz ajar genggam tangan kanan dan baca satu ayat yang sangat mudah ni.

"Bismillahirrahmannirrahim... Bismillahi Masya Allah..."

Tiup dalam genggaman tangan kanan tadi, then tepuk kat antara tulang belikat orang yang disyaki kena gangguan (jangan tiru aksi ini di rumah tanpa ilmu, kang sape nak tolong 'pegang' yang terkeluar].

Subhanallah. Ayat yang pendek dan ringkas tu, kalau kena dengan caranya dan dengan izin Allah, masa tu jugak Allah tunjukkan tanda-tandanya. Macam malam tadi, ada dua orang yang terus tunjuk tanda-tanda ada gangguan lepas kawan diorang tepuk belakang dengan ayat tu. Alhamdulillah, ustaz memang prepare krew dia awal-awal in case kalau jadi camni.

Then, ustaz share tanda-tanda orang tu kena gangguan, yang mana tanda-tanda tu dapat dilihat dalam tidur atau dalam jaga. Antaranya:

Dalam tidur:-

  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
  • Mimpi benda-benda tajam.
  • Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
  • Mimpi salib.
  • Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
  • Susah tidur malam.
  • Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
  • Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
  • Mimpi binatang.
  • Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.


Dalam jaga:-

  • Berdebar tanpa sebab.
  • Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
  • Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
  • Sakit belakang, rasa berat belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mengantuk dalam majlis ilmu.

Ustaz pesan, kalau ada tanda-tanda kat atas ni, cepat-cepat lah tangani. Dan untuk mimpi-mimpi tu, hendaklah berlaku dalam 3 tahun kebelakangan ni, kalau berlaku masa tadika, mimpi tu tak sah. =.="

Ustaz Rifki pulak berkongsi tentang orang yang hantar sihir melalui Facebook. Haa...ada jugak ke??? Maksud ustaz kat sini, ada kes sebelum ni, isteri orang tu terkena buatan orang, tetiba tersuka dengan duda yang dia kenal kat Facebook padahal dia da bersuami da pun dan ada tiga orang anak. Sampai dah nak tinggalkan keluarga dia untuk ikut duda tu, lalu suami dia ajak dia berubat. Kalau betul isteri dia rebah masa berubat, sah lah kena buatan orang. Dan masa berubat tu, isteri dia rebah. Ustaz buangkan, then isteri dia sedar lalu peluk suami dia. Dalam dia kena buatan duda tu, dia sampai tahap failkan mintak cerai dah pun. Tapi dia tak ingat langsung dia pernah buat! Hurmm...

Bila ditanya-tanya, sebab kat Facebook dia ada letak gambar diri dia, Ustaz Rifki bagi soklan kat Ustaz Sharhan, boleh ke sihir dihantar sebab letak gambar kat Facebook?

Ustaz Sharhan cakap, ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Dengan gambar kat Facebook, orang yang nak hantar sihir tu boleh bagi gambar tu kat bomoh. Then jin belaan bomoh tu boleh bayangkan wajah orang yang nak disihir. Naudzubillah. Maka sebab itulah, ustaz pesan, berpada-padalah nak berFacebook, hati-hati bila letak gambar diri sendiri (housemate saya kongsi, kalau nak letak, jangan letak gambar penuh dari atas sampai bawah, then kalau nak letak jugak, kaki kiri biar depan dari kaki kanan. Hurmm?)

Ada jugak yang tanya macam mana saka boleh diwariskan? Ustaz kata, saka ni boleh diwariskan dalam 7 keturunan, berdasarkan MoU nenek moyang kita dengan iblis. Saka boleh diwariskan dengan mengambil barang-barang si mati, sebab tu kalau orang da meninggal dunia, barang-barang dia elok diasingkan (ustaz buat lawak pasal kedai bundle pulak lepas tu). Dan antara tanda orang tu ada saka, dia akan pilih antara ramai-ramai cucu yang ada, sorang je yang dia nak tinggal dengan dia. Haa...jaga-jaga lah ek kot-kot nenek nak pindahkan saka. Err...

Apepun, ilmu lain yang ustaz bagi, adalah ayat benteng untuk diri dan keluarga, elok untuk diamalkan setiap selepas solat. Ayat ke 57 surah Hud. Baca la untuk memohon perlindungan dari Allah. Untuk penyakit-penyakit hospital macam darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, amalkan baca surah al-Anbiya', ayat 83, bacakan dalam air dan minum.

Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang diperoleh malam tadi. Banyak sebenarnya hikmah Allah turunkan al-Quran ni, ayat-ayat Allah juga lah yang benar dan nyata. Insya'Allah.

33 comments:

Ismi Iman said...

toi2..semlm kwn iman g darussyifa kt bangi nh dia pon d simtom2 gni.tapi dia nh cepat mengelamun xdgr org ckp laz2 smlm g ustaz tepuk2 dia terasa mcm bdn kedepan mcm d benda kuar.bila tny ustaz dia kata d gangguan ckit

IBU GEBU said...

ilmu Allah ini luas

Iffah Afeefah said...

erm kwn2 ai slalu kene

hurmm ai bru test tepuk tdi

mujur xde pe jd haha

bersama kak Es said...

Belikat akak memang sakit sangat.. boleh tolong tepukkan tak?

Nelly The Strange said...

nice sharing
:)

Noraim said...

alhamdulillah byk ilmu yg dapat kak sunah.

Musafir Jalanan said...

assalamualaikum, . . .
nak mintak pendapat tentang mimpi yg aneh, . . . adekah mimpi macam kat link bawah ni boleh jadi petanda jugak ?

mimpi ngeri yg nyata

sekian, terima kasih. :)

kiera'sakura said...

pernah jugak mimpi ular tue kak. mimpi arwah hidup balik pun pernah huuu

Misz Mieza said...

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni.. InsyaAllah akan diamalkan surah2 tu..

maszull said...

assalamualaikum sunah...mekacih yer atas perkongsian yang menarik ni...:)

Wallahua'lam said...

Alhamdulillah..
:)

Ruby Sakinah said...

Saya slalu sakit bdn,. Lengan slalu rs lenguh. Blkg salu sakit tnpa sebab. Klu ms ceramah or majlis ilmu, mst asyik menguap...

QueenB said...

Assalammualaikum WBT..
S'umur hidup sy,sy x pernah mimpi ular..baru2 sy mimpi ada ular yg besar msuk dlm umah sy.pas2 ada lembaga yg xbrapa jelas,angkat ular tu then patuk lengan kiri sy smpai lumpuh.lembaga tu ckp klu nak tngan tu kembali normal,kena sapu2kan dgn air takungan hujan..apa mksud mimpi ni Ustaz?

Yan Wan said...
This comment has been removed by the author.
Yan Wan said...

Assalammualaikum WBT..
apa maknanya kalo seorang suami bila teringatkan istri dia yang jauh badan dia akan rs lemah dan skt kepala????

Azua Hassan said...

Mcm mana ni bgun2 tdur ada kesan cakar

mohd C-Exor said...

Assalam..bagi pandangan dan pendapat sy yg kerdil ini... apa yg dikatakn 7 keturunan tidaklah tepat, mimpi yg di maksud tidak di perincikn sbb mimpi saka dan gangguan sihir hampir sama .menghuraikn sesuatu yg tidak nampak bukan sesuatu yg mudah.

Muhammad Hazim said...

Assalamualaikum..
Sy just nk tnya, sy tak tau sama ada sy ni disihir atau tak. Sy di ugut oleh sorg hamba allah ni. Mcm2 dia ugut sampai nk santau family sy. skrg ni dia tau ke mana je sy pergi. sampai kdg2 sy kluar rumah kejap nk g kedai kt bwh pn dia terus msg sy ckp sy kluar nk g mana. Seram pulak bila jd mcm ni. So dlm kes sy ni sy ni dh disihir ke? Atau dia ada pasang or ltak ape2 bnd kt umah sy spya dia tau ke mana sy pergi?

MOHD SYAFIG said...

assalam.
bole dapatkan x alamat atau contact number Ustaz Sharhan dan Ustaz Rifki.
Nak bawa abang berubat.

Mohon bantuan. tq

Shaf Aril said...

Klu nervous melampau smpi xdpt dkawal walaupn nk beli rokok pn tketar2....tanda saka jgk ke?

Shaf Aril said...

Klu nervous melampau smpi xdpt dkawal walaupn nk beli rokok pn tketar2....tanda saka jgk ke?

PjaPjotPuteh said...

tu nikotin addict dah namanya. haha. :P

faizul badri said...

Salam...
Antara ikhtiar untuk elak sihir ialah dengan menggunakan kasturi syifa, yg didoakan...
http://www.muslimchoices.com/?p=kasturi_syifa_assyafi

wanita solehah said...

Mohon bantuan

wanita solehah said...

Mohon bantuan

wanita solehah said...

Terima kasih, kongsian yg bermanfaat

muhamad asri said...

Kekasih saya dia kena sihir buatan org.. dia dah sedar dia terkena dan dia dah yakin sapa yg hantar sihir dekat dia. Dia pernah cakap dekat saya jgn bagi tahu sesiapa hal ni.
Soalannya perlu ke saya beri tahu ibu dia? Sebab dia masih tanggungan ibu..
Dia ckp kalau saya bagi tahu ibu dia, saya dah jatuh kan maruah dia..betul ke?
Adakah kalau saya cerita dekat ibu dia bermaksud saya cerita keburukan dia dekat orang lain? Adakah saya perlu rahsia kan?

Harap dapat jawapan...

Eqa Ajib said...

Sblm kawin slalu mimpi kne kejas ular.. Kene lilit ular.. Dok tmpt yg byk ular... Pas kawin x pnh mmpi.. Bru2 ni je ade mmpi skali.. Skang ni telinga kanan selalu bedesing.. Kadang terbau busuk cm nanah

Eqa Ajib said...

Sebelum kawin sy slalu mmpi ular,nk kne patuk,kne lilit,kne keja,dok tmpt yg pnuh ular.lps kawin dh x mmpI cme bru2 ni ade mmpi blk.. Skang ni bdn sy mmg slali rase skt kt blakang.. Ble petg telinga kanan slalu bdesing.. Kadang2 dok sje2 akan bau busuk mcm nanah.. Adakah tu tanda tkena sihir

faiz rapi said...

Aq slalu mimpi ular..aq msa tu ada kt sungai..pstu ada ular besa kejar aku dlm air sambil ular tu buka mulut dy nk tlan aq..slalu mmpi ular..kdg2 tempat yg penuh dgn ular..nk kta ular tu penah belit aq atau patuk xla..tp ada stu mmpi anjing gigit aq..slalu gk mmpi anjing..klu anjing ggit tkna shir gk ka?mohon bantuan..

akmaeyma raudah said...

Klu pyakit mta mcm d cucuk2 guna jarum...ubun kpla d tarik...sakit smpi hilang ingatan..2 sihir k????

akmaeyma raudah said...

Klu pyakit mta mcm d cucuk guna jarum...ubun kpla d tarik...sakit smpi hilang ingatan...2 sihir k????

Cik Gadis said...

Thanks sharing .

Blogger Rajin Komen

Get this widget
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.