BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, December 17, 2013

Alhamdulillah, Saya Isteri Dia


Alhamdulillah.

Selesai sudah majlis pernikahan dan walimatulurus saya dan suami, encik Mohd Soleh Ahmad.

Terima kasih kepada mak, bapak, adik-adik, sepupu, semua sanak saudara serta sahabat handai yang telah banyak membantu untuk kelancaran majlis. Terlalu banyak yang telah saya susahkan, harap Allah gantikan usaha semua dengan balasan yang lebih baik di dunia juga di akhirat kelak.

Kepada yang datang dari jauh, sahabat-sahabat blogger dari Semenanjung, sahabat-sahabat Facebook, sahabat-sahabat dari Miri, sanak-saudara dari Brunei, Saratok, Kuching, juga yang dari kampung sendiri, terima kasih atas kesudian untuk sama-sama meraikan pernikahan kami. Mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, terkurang layan mahupun tak sempat bertemu mata.

Alhamdulillah, terima kasih semuanya atas doa kalian. Masjid yang baru dibina ini perlu akan doa yang terus-terusan dari kalian agar binaannya kian kukuh dan tegap berdiri dari hari ke hari, insya'Allah. Bagi yang tak sempat dan tak berpeluang untuk hadir kenduri di Bintulu tempoh hari, jemput datang ke majlis sebelah lelaki di Kedah pada 2 Februari 2014. :)

Moga Allah redha.


32 comments:

Nurzakiah Hanum said...

tahniah

Kira Sakura said...

Selamat pengantin baru akak dan abg ady

Ida Firdausi said...

alhamdulilah dan tahniah untuk kalian berdua.. sunah dan ady.. (dah biasa sebut ady budika.. so nama soleh ahmad tu buat2 tak kenal).. hehehehe.. :)



amirahramli said...

Tahniah kak.Moga jodoh kekal hingga ke syurgaNya InsyaAllah

Siti Asiah said...

Tahniah Sunah...moga masjid yang dibina diredhai Allah swt...bahagia hingga ke syurga...;)

MR & MRS MAKMUM said...

selamat pngantin baru

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Selamat pengantin baru, Sunah & Soleh, semoga berbahagia hingga ke syurga... harap2 bolehlah hadir ke kenduri di pihak lelaki, cuti CNY tukan...

Cik Sara said...

Barakallahulakuma wa barokah..

Selamat Pengantin baru kak Sunah Sakura dan Ady Budika.. Hehehe..
Kedah tu dekat mana sis?

p/s: Yeay! Another sister become part of Kedahanaannnn.. Welcome to Kedah!

Efa Nur said...

Barakallah :)
tahniah kak sunah & abg ady..
semoga kekal bahagia hingga ke syurga..aminn :)

Munnafendy said...

Tahniah sunah n ady... :)

Smoga sentiasa dilimpahi rezeki n rahmat Allah SWT

Oh Oeya said...

Assalamualaikum Sunah.
Selamat pengantin baru Sunah dan suami.
Moga kekal hingga ke syurga, diberkati dan dilimpahi kebahagiaan berpanjangan, Amin.
Terima kasih atas undangan dan mohon maaf kerana tidak hadir.

Yan Ty said...

Tahniah & Selamat Pengantin Baru buat Kak Sunah + Abang Ady.

Nice meeting u guys in Bintulu.

aDisH.sHidA said...

tahniah dan selamat pengantin baru SUnah dan Ady Soleh..

in sha Allah di kedah nanti nak jugak pegi..

Cik Asma BLuppy said...

barakallah kak sunah & abg ady budika. semoga bahagia hingga syurga. amin

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

Tahniah sunah & ady... maaf tak dpt gi majlis kt bintulu. InsyaAllah akan cuba hadir yg kt kedah..jika ada teman nnt :) barakallah, semoga rumahtangga yg dibina diberkati, berkekalan dunia akhirat..dan hingga ke syurga :)

mas saari said...

tahniah sunah.. sweet sangat!

moga ikatan yang dibina kekal hingga hujung nyawa.. amin!

Maria Firdz said...

alhamdulillah.. tahniah... moga berbahagia hgg ke syurga...

Mas Zull said...

assalamualaikum sunah....selamat pengantin baru dan semoga alam rumahtangga yg dibina akan membawa kebahagiaan dan kasih sayang moga jodoh kalian kekal hingga hujung nyawa dan diberikan anak2 yg soleh dan solehah inshaALLAH amin..:)

Mummy LiYzA ^^, said...

mabrukk kak sunah dan abg ady~

nabila azmi said...

tahniah awak...happy for u..

Gee GTG said...

tahniah..^^

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

alhamdulillah selesai semua...

insyaallah cuba menghadirkan diri kenduri kak sunah nanti...

=)

Cik Diana said...

barakallah sunah n pasangan. :)

Teena Tna said...

Alhamdulillah, tahniah kak :)

KyLe RiL said...

CONGGRAT!!!!! utk kali ke brape tah hehehehe ...semoga bahagia sokmo2

Rozita said...

sukanya tengok org kawin.. berseri2.. tahniah sunah n ady budika.. (lainnya nama betul kan.. ;) hehe..)

logorithm said...

Tahniah Sunah dan Soleh beribu-ribu tahniah! Semoga berbahagia ke anak cucu cicit. :-)

risa said...

tahniah adik...moga kekal hujung nyawa ye

Z@i Z@mR33 said...

Tahniah...selamat pengantin baru =)

Faarihin said...

Alhamdulillah.. tahniah!.. =)

Ummi said...

Assalamualaikum buat keduanya...Selamat Pengantin Baru ya Soleh dan Sunah...semoga kalian menjadi pengantin hebat, mendambakan kehebatan kasih sayang suami-isteri dan menghasilkan zuriat-zuriat yg hebat disisiNya Yang Esa.

Salam kasih sayang dari akak, ada kelapangan jemputlah ke Kuantan yea.. :)) **tp akak x pandai buat kek cantik mcm CMG tu...hehe

Syahir Ramli said...

Dah lama tak berblogwalking ke blog kak Sunah disebabkan terlalu bz dgn final year. Taw2 2 fevret blogger sy ni dh jd suami isteri. Tahniah kak Sunah & Bro Ady. :)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.