BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, October 28, 2014

Takut

dua tiga kali
sejak akhir-akhir ini
soalan-soalan itu
kembali menujah-nujah
akal fikiran

dan terus
aku buntu
aku, dia, dia...
tidak punya jawapan
yang benar-benar
jitu
yang aku dengar hanya
"kau terlalu tertekan dengan dunia"

Allah...
benar kadang aku takut
dan takut itu buat aku menangis
sendiri
kehidupan yang membuatkan aku takut
hidup sebagai manusia
buat aku rasa takut
menangis

sampai bilakah agaknya
aku akan terus di sini
memikul jawatan "manusia"?

dan bagaimana kelak
jika sepatang mata
yang aku gunakan ini
akan tamat "kontrak"nya
di dunia?

dan bilakah masa itu
akan tiba?
bukan...
ADAkah masa itu AKAN tiba?

Allah...Allah...Allah...

3 comments:

Amanina said...

kata orang; kalau kita kejar akhirat, dunia akan ikut sekali. cuma itulah, manusia, susah nak buat yg pertama tu. :(

Diana Rashid said...

selalu jugak terpikir macam tu..lepas tu mula pikir anak2 cemana?sapa nak jaga kan nanti..Bunyi macam tak bersedia..kan?tapi memang lah yang sebenarnya kita hidup untuk mati.

ewanthology said...

stress ada dimana mana.... yg penting cara kita mengatasinya.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.