"Encik Suami"

"rajin betul dia taip encik suami encik suami...kaki slot akasia la nih"

"Admin tolong kurangkan sikit tengok drama tibitiga. Banyak sangat "encik suami" dalam karangan post ni."

"ahahahahah aku suka komen kau! aku yang menyampah nak baca encik suami encik suami."

Itu antara komen-komen mengenai "encik suami" di post fanpage FB Wujud (Paranormal Team) yang copy & paste entri Pengalaman Seram di Lebuhraya Pagoh.

Tergelak saya membacanya. Unexpected. Orang lain pun boleh tergelak sama. Pandai betul dia buat punchline. Daripada rasa seram sejuk, jadi ketawa berguling-guling dibuatnya. Memang ramai pelapis pelawak kekunci di Malaysia ni kalau rajin baca komen-komen kat page FB terkemuka seperti Sukan Star TV, Siakap Keli, Himpunan Cerita Lawak dan sebagainya. Kalau nak berhibur sekadarnya, boleh la ya. Jangan sampai jadi mengumpat, udah ler. Peringatan untuk diri sendiri yang selalu saja terdetik di hati nak join komen mengarut. Kui kui.

Berbalik kepada "encik suami". Mungkin sebab mereka hanya membaca entri tersebut di fanpage, dan tidak mengikuti blog saya dari awal (malah bukan pembaca blog saya pun tu...haha), maka terlahirlah komen-komen macam tu. Penat agaknya lidah diorang nak buat pengulangan frasa dalam kisah tu. Agaknya penulisan kisah seram tak sesuai kalau terlalu indah bait-bait katanya. Tak apa lah, saya tak kisah, saya faham mereka hanya bergurau. Tapi kaki slot akasia tu tak berapa betul. Dah lama saya tak tengok drama akasia tau. Geli tengok iklan Manjaaaaaaaa Kasih! XD

Semua ni buat saya terfikir, agaknya silibus Sastera Bahasa Melayu sekarang sama tak macam zaman-zaman kita dulu? Sastera itu indah sebenarnya. Tapi, semakin lama, semakin kurang yang menghargainya.

Demam gadget. Banyak perosak bahasa daripada pengamal bahasa.


3 comments:

  1. ohhhh ada fan page yang copy cerita seram akak ke tu ke? nak pegi skodeng la hihihihihi

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. done folo, folo me back :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.