Sunday, April 22, 2018

Cendol Best di Port Dickson, Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan selamat petang!

Dah petang kan, mesti la nak cari juadah minum petang pulak. Bagi yang duduk area Teluk Kemang, atau pengunjung-pengunjung yang datang dari jauh, nak basahkan tekak petang-petang dengan sesuatu yang sejuk, boleh lah terus baca entri ni. Haha!

Sepanjang jalan persisir pantai Teluk Kemang tu ade banyak tempat makan. Tumpuan kami petang hari pertama tu adalah kedai yang dari jauh dah nampak gah dan meriah kalernye.

Kedai ape tu?

PD Famous Cendol Coconut Shake Power

PD Famous Cendol & Coconut Shake Power. Memula kitorang berniat nak makan cendol. Tapi cancel sebab da agak petang time tu. Jadi, kitorang take away je Coconut Shake, bawak minum tepi pantai. Gambar Coconut Shake lupa nak save dari IG story, kejadahhhhh sangat! -_- 

Jadi kalau nak tahu rupa dan rasa dia, boleh lah datang kedai ni ye. Waze aje! Haha!

Petang hari kedua pulak, kami jejakkan kaki di Cendol Bakar Cawangan Teluk Kemang. Haa, gerai ni kan famous kat Melaka. Ni cawangan dia kat PD pulak. Yang kat Melaka tak pernah pergi, kat PD menggedik nak rasa. Hahaha!

Cendol Bakar cawangan Teluk Kemang, Port Dickson

Gerai ni agak ramai, kena berbaris panjang juga untuk order cendol. Cendol dia ada macam-macam jenis dari yang biasa sampailah ke cendol durian. Yang menariknya, gerai dia ada macam-macam stall lain jugak berkumpul kat situ. Jadi, boleh lah makan pisang goreng cheese, keropok lekor dan roti john juga selain daripada makan cendol. Rasa semua makanan tu memang sedapppp, alhamdulillah! Berbaloi-baloi berbaris, ok!

Cendol pulut @ Cendol Bakar Cawangan Teluk Kemang

Roti John sedap masya Allah

Ada jugak gerai cendol yang letak tepi pantai Teluk Kemang tu, tapi tak sempat pula nak singgah sebab petang hari ketiga da balik JB. Hahaha! Uols boleh lah tolong merasakan cendol kat tepi pantai tu ya. Tapi, kalau tak silap, dia PD Famous Cendol & Coconut Shake juga, cuma gerai kecik aje. Kira cawangan lah.

Ok, selamat minum petang!

3 comments:
Write Comments
  1. sedapnyeee.. so tempting the roti john

    ReplyDelete
  2. Ishh ishhh PD gak ek .. tak bole menahan ne gok cendol huhuhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com