Thursday, April 19, 2018

Chicken Wrap Untuk Dinner

Chicken Wrap untuk makan malam

Assalamuaikum dan selamat petang?

Dah makan malam?

Setelah dua minggu berusaha untuk mengamalkan pemakanan sihat, hari ni saya bergembira dengan penurunan angka pada penimbang. Dua minggu kurangkan pengambilan nasi, kurangkan minuman manis, kurangkan minyak, kurangkan processed food dan kurangkan segala perasa dalam makanan. Memang rasa pelik makanan tu, kadang-kadang rasa tawar, paksa jugak masuk dalam mulut sampai habis. Kata nak kurus di hari raya kan? :p

Tapi saya tak la strict sangat jaga sampai bersih semua tu. Kadang-kadang saya makan jugak kek, makan setiap hari pulak tu! Makan jugak ayam gulung goreng, karipap goreng, brownies, minum air teh, air pepsi dan banyaaaaaaaaaaaaaak lagi. Kalau dah suka makan, macam ni laaaa! Hahaha!

Hari ni tetiba teringin nak makan chicken wrap. Beli wrap jenama Onions perisa Wholegrain dekat Maslee Express, rega dalam RM7.70 sebungkus, ade 8 keping wrap dalam tu. Tengahari lagi saya da perap ayam dengan bawang putih, halia dan minyak bijan. Saya bubuh jugak sikit sos lada hitam Sarawak yang boleh guna untuk perap ayam tu. Sikit je tau. Tak perlu garam dah. Bila petang, da bole bakar. Dah siap bakar, cincang kasar. Susun daun salad atas wrap yang dah dibakar sekejap atas api dapur, letak ayam, letak potongan tomato ceri, picit sos cili sikit. Haaa...kan dah kata, takde la clean sangat. Hahaha!

Ye, hari ni banyak makan yang bukan-bukan.

Esok lusa ganti balik! :p

10 comments:
Write Comments
  1. Shedap, dah lama tak membuatnya ...

    ReplyDelete
  2. akak pun dah start beberapa bulan ni sediakan makanan sihat sebab penimbang dah nak meletop.. tapi bulan ni beso sikit dugaan banyak food review.. mak tak kuattttt!! hahahaha

    ReplyDelete
  3. Kenyang dapat makan chicken wrap..kena jaga makan jugak sekarang ni..nak buat menu ni,tak terbuat..

    ReplyDelete
  4. Rasa semalam dah komen, apsal tak keluar komennya haaa Sunah? ha ha ha

    ReplyDelete
  5. berkhasiat dan sedap..nama kedai tu tak penah dgr

    ReplyDelete
  6. @Hernee Nazir: hahaha! masa food review kena pilih makanan jugak tu..tapi wajib rasa semua...acaneeee

    ReplyDelete
  7. @Siti Rohaida Yusof: dia renyah nak buat inti tu kan kak..hahaha..kalo rajin je bole buat ni.. XD

    ReplyDelete
  8. @Sis Lin: sebab tak publish lagi..bahahahah...nampak sangat semalam tak bukak blog langsung XD

    ReplyDelete
  9. @Kumbang Jingga: Maslee Ekspress tu macam tak banyak cawangannya di negeri lain..ke ade kat Johor je ek..tak ingat lak..

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com