Alhamdulillah, Kek Buah Kukus Moist Sangat! - Sunah Suka Sakura dot com

Sunday, May 6, 2018

Alhamdulillah, Kek Buah Kukus Moist Sangat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hahaha! 

Alhamdulillah, menjadi juga kek buah kukus yang saya buat siang tadi. Berdebar betul masa nak bukak aluminium foil tu. Saya ikut betul-betul tips kak Yatie Memories untuk keluarkan kek dari pengukus tu. Memang betul buahnya tak mendap ke bawah, serata je ke semua bahagian kek.

Kek buah kukus baru siap dalam pengukus

Pakai loyang 8 x 8" pun tinggi dah, resepi asal pakai loyang 7 x 7"

Nampak tak buah dia spread evenly...gembira betul rasa hati tau!

Kek buah kukus ni sangat moist dan lembut, sedap rasanya dan tak terlalu manis. Kalau saya simpan semalaman, tentu akan jadi lebih moist. Saya dah potong siap-siap untuk bawak bekal naik bas malam ni. Tak sabar nak kasi family kat kampung esok. Hihi

Kalau uols nak try juga buat kek buah ni, boleh lah belek resepinya kat SINI ya!

Selamat mencuba!

2 comments:

Sis Lin said...

Gile sedap sangat tengok..
Nak buatlah, test dulu kan, kalau jadi raya nanti bole buat banyak-banyak he he he

Maceh Sunah ..

Mar Mansor said...

huuihh jeles tengok kegebusannya.
Janji Kita