La Gourmet Desserts, JB - Sunah Suka Sakura dot com

Post Top Ad

Monday, May 28, 2018

La Gourmet Desserts, JB

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya da beberapa hari lepas pergi, baru hari ni nak update pasal ni. Hahaha. Saja nak bagi uols terliur tengok makanan pada siang hari bulan Ramadhan ni. :p

Snow White Green Tea & Black Pearls @ La Gourmet Desserts, JB

Ok, alkisahnya begini. Lepas selesai misi mencari Kurta KACAX hari Selasa tu, saya dan housemate pergi mengisi perut. Masa tu dah pukul 9 lebih malam. Saya kan baru je sampai dari Sarawak dan KL lepas Maghrib hari tu. Sempat telan roti Gardenia dengan air masak aje. Kurma dapat percuma dari Stesyen Minyak PETRON Skudai. Mesti staff kat kaunter tu perasan saya baru turun dari bas ekspress dan menarik beg troli. Muka macam musafir dalam perjalanan jauh agaknya kan. Hahaha.

Bila sampai Skudai malam tu, kami terus ke Plaza Angsana, JB untuk ke butik KACAX. Lepas dah jumpa kurta yang diidamkan, barulah keluar soalan "nak makan tak?" Sebab semua pun tak berbuka dengan proper. Housemates saya pun memasing kena bergegas nak ambil saya masa berbuka tu sebab saya sampai betul-betul lepas Maghrib. Kesian diorang buka karipap pun tak habis cerna lagi. Mekasihhh uols!

Maka, housemate mencadangkan untuk makan bingsoo. Bingsoo ni sejenis macam ais kepal jugak. Tapi perisanya lebih kepada perisa buah-buahan. Kenal nama bingsoo ni dari K-Fry sebab pernah makan bingsoo Green Tea dia yang sedap amat. Rupanya ada lagi bingsoo kat kedai lain. Haa, tau tak?

Mango Bingsoo kemain tinggi @ La Gourmet Desserts, Taman Pelangi, JB

La Gourmet Desserts nama restorannya. Kami pergi ke cawangannya di Taman Pelangi, JB. Restoran ni ada juga di Taman Mount Austin, JB.

Tapi restoran ni bukan jual desserts je tau. Western food pun ada. Saya yang kelaparan ni, takkanlah nak makan bingsoo je kan. Maka, saya order lah Mushroom Spaghetti dan Snow White Grean Tea and Black Pearls. Haa, classss kau jah! Nama kemain comel lagi. Housemates pulak order Kiwi, Honeydew & Mango Bingsoo masing-masing. Eh, saya pulak yang tak order bingsoo. Hahaha.

Mushroom Spaghetti @ La Gourmet Desserts, JB

Haa, ni la yang kami order, saya punya paling special kan? :p

Alhamdulillah, sedap makanan kat sini. Saya tak sempat pula ambil gambar depan kedainya sebab dah kelaparan sangat. Kat depan kedai ada tulis, No Pork, No Lard & No Alcohol. Jadi, jangan risau ya. Kalau uols nak try, ha..boleh lah datang ke La Gourmet Desserts, JB ni nanti!

Alamat: 11, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-336 1911

Opening hours:
Sunday 1PM–1:30AM
Monday 3PM–1AM
Tuesday 3PM–1AM
Wednesday 3PM–1AM
Thursday 3PM–1:30AM
Friday Closed
Saturday 1PM–1:30AM

4 comments:

  1. Aiahhhh ngencess uiii terliur masuk sini..
    Nasib le mendung je cuacaaa...
    Lama x gi makan sini, suka yg besau punya ais buah tu..hehehe

    Sunah, kat blog list Sunah tu, link Sis tu kena masuk yang baru, yg tu masa guna https, skrh dh guna http.. sbb tu dia x naik feed ..

    ReplyDelete
  2. akak tak pernah try bingsoo..teringin nanti blh terjah la..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tau ada cafe ni, sesekali boleh pi terjah

    ReplyDelete
  4. menarik juga ni.tak pernah makan lagi.
    Janji Kita

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi? Terima kasih sebab tinggalkan komen~ ;)

Post Bottom Ad