Pengalaman Bercuti ke Jogjakarta - Hari Kedua - Sunah Suka Sakura dot com

Tuesday, May 8, 2018

Pengalaman Bercuti ke Jogjakarta - Hari Kedua

Entri Sebelum:
Hari Pertama


Hai, assalamualaikum!

Saya dah janji kan nak share gambar homestay pada hari kedua?

Haaaa. Ni gambarnya.

Rumah Roso Homestay, Jogjakarta

Rumah Roso ni menyediakan pelbagai jenis bilik, dengan kemudahan bilik air peribadi dan kongsi, wifi, dapur, tv kongsi, tempat bersantai, tempat jemur baju hahaha. Pekerja-pekerjanya muslim, kalau malam-malam, diorang akan pasang ayat al-Quran kat ruang penyambut tetamu tu. Di Rumah Roso ni, sarapan pagi juga disediakan tapi bukan jenis macam kat hotel tau. Menu dia 1 jenis je setiap hari. So, kita hanya boleh makan apa yang disediakan. Contohnya, macam gambar kat bawah ni.

Sarapan pagi adalah nasi putih berlauk yang simple

Ok, hari kedua ni kami ke Goa Pindul pagi-pagi. Di Goa Pindul, aktiviti utamanya adalah cave tubing. Untuk masuk dan join aktiviti ni, harganya adalah 50.000 rph untuk pelancong asing. Pengunjung akan dibawa menyelusuri sungai masuk ke dalam gua dengan menggunakan tayar besar yang terapung atas air. Goa Pindul memiliki panjang sekitar 350 m, lebar hingga 5 m, jarak permukaan air dengan atap gua 4 m, dan kedalaman air sekitar 5-12 m. Air sungainya yang tenang membolehkan pengunjung dari kalangan kanak-kanak hingga wanita hamil pun join aktiviti ni. Saya dan Ain tak naik sebab Ain uzur. Tak selesa pula nanti kalau basah kan. 

Cave tubing di Goa Pindul, Jogjakarta

Sementara menunggu encik suami dan kawan-kawan meneroka gua, kami duduk-duduk je area depan kaunter tiket masuk ke Goa Pindul tu. Ada kedai-kedai kat depan tu, boleh lah minum-minum dan makan sekejap alas perut. Area depan sungai tu pun boleh ambil gambar apa yang patut untuk dijadikan kenangan.

Goa Pindul, Jogjakarta

Dah smpai Indonesia, kena la lepaskan rindu pada Teh Botol Sosro kan

Bila yang masuk gua dah balik, kami semua gelak besar. Masing-masing dah gelap terbakar kulitnya. Tapi muka semua orang seronok aje, mesti best pengalaman diorang masuk ke dalam gua tu. Encik suami cakap, ada air terjun lagi kat dalam kawasan cave tubing. Wahh! Menarik!

Lepas semua dah bersihkan diri, kami bertolak pula ke Timang Beach. Dalam perjalanan, supir bawa kami ke kedai topup untuk beli kad sim SIMPATI. Kad sim ni sangat berpatutan kalau uols nak pakai data dan update media sosial sepanjang perjalanan.

Kemain semua pakai SIMPATI

Sampai kat Timang Beach, kena tunggu jeep yang akan bawak kami ke tempat gondola. Kami decide untuk makan dulu di Pak Sis Lobster Timang Beach. Makan lobster uolsss, kat Malaysia memang tak pernah makan. Hahaha! Kat restoran ni, kita boleh pilih pakej juga, sama ada nak set lobster sahaja atau set yang ada ikan bawal sekali. Kami pilih set yang ada ikan bawal, harganya 600.000 rph untuk 5 - 6 orang makan. Lobsternya ada dalam 6 ekor, dibahagi kepada dua jenis masakan, dibakar atau dimasak sambal. Sedap gilaaaaaaaaaaaaaa lobster masak sambal dia!! Rasanya sangat fresh, dan baik untuk orang yang ada alahan. Hahaha!

Kedai Lobster Pak Sis Timang Beach...sedap gilaaaa!

Lepas makan, kami tunggu jeep lagi. Drag banyak masa kat situ sebab perjalanan ke tempat gondola agak jauh juga. Dalam 15 - 20 minit dari restoran depan ni. Perjalanan naik jeep ke tempat gondola dikenakan harga 350.000 rph pergi balik dan boleh memuatkan sehingga 5 - 6 orang. Jalan dia sangat berliku-liku dan mencabar ya. Pegang kuat-kuat ape je yang ada dalam jeep tu. Hahaha.

Sempat group photo dulu sementara tunggu jeep

Jeep yang kami naik untuk ke tempat gondola, ada juga ojek @ motor, tapi kami kan ramai gila

Amboi, team LuigizCollection pocket tee ni..sempat juga kan. Hahaha!

Nafas yang sesak masa naik jeep tadi akhirnya menjadi tenang bila nampak destinasi yang dituju. Aduhai, perasaan masa tu memang rasa terharu sangat tengok keindahan alam ciptaan Allah. Laut lepas membiru yang berombak, bunyi deruan angin dan pemandangan Timang Beach kat depan mata. Masya Allah. Cantik sangat! Rugi lah kalau dah sampai sini, tak naik gondola ke seberang laut. 

Welcome to Gondola Timang Beach for Runningman. Gituuu!

Timang Beach, Jogjakarta

Untuk naik gondola, harganya adalah 200.000 rph pergi balik, tapi kalau tak berani naik gondola, ada juga jambatan gantung yang harganya 100.000 rph pergi balik. Bila da pilih salah satu, tak boleh tukar masa nak balik semula ke tebing sini ya. Sebab ia dari pengusaha yang berbeza. Saya pilih naik gondola, dan naik berdua dengan Ain sebab dia tak berani naik seorang diri. Hahaha. Bila da naik tu, orang duduk depan akan lebih terasa goyangnya tali yang menarik gondola tu. Orang duduk belakang memang rileks je. Saya dah rasa dua-dua. Haha.

Pengalaman naik gondola Timang Beach, terjerit-jerit kecil ok

Jambatan gantung, Timang Beach, Jogjakarta..seram ke tak seram?

Gondola ni dulu asalnya adalah kenderaan yang digunakan oleh nelayan untuk ke seberang laut, demi mencari seekor dua lobster. Pakcik yang menarik gondola tu adalah orang yang turun berenang ke dalam laut untuk bina gondola ni. Perghh, hebat kan diorang ni? Lama-lama ia menjadi tarikan pelancong dan siap masuk dalam rancangan realiti TV Korea, Runningman. Bendera Runningman pun ada lagi dekat gondola tu. Hihi.

Group photo di seberang Timang Beach

Pemandangan dari seberang Timang Beach

Ambil gambar kat sign Timang is a must..yang naik gondola je boleh bergambar kat sini

Lama juga kami luangkan masa dekat sini sebelum bergerak balik ke homestay. Sebelah malamnya, kami buat aktiviti sendiri tanpa supir. Kami naik Grab ke pasar Malioboro. Lalu kawasan Alun-alun Kidul, tempat kereta berhias dengan lampu lip lap. Tapi kami tak naik pun kereta tu. Just lalu je.

Kereta berhias lampu Alun-alun Kidul, Jogjakarta

Kami makan malam dulu di salah sebuah kedai makan yang sangat banyak sepanjang jalan Malioboro tu. Orang kata, kalau datang Jogja, kena cuba makanan popularnya, Nasi Gudeg. Nasi berlaukkan nangka, telur rebus, sambal kulit sapi dan ayam masak kunyit, disebut Nasi Gudeg Komplit. Haaa, gitu. Rasa gudeg atau nangka yang masam-masam manis tu macam tak berapa kena dengan tekak saya. Tapi, uols boleh cuba tau kalau datang ke Jogja. Wajib!

Nasi Gudeg Komplit

Lepas makan, kami berjalan-jalan sekitar pasar Malioboro, survey barang cenderahati yang boleh dibawa balik. Ain pulak ajak kami semua ke kedai Bakpia Pathok 25, kedai ole-oleh khas Jogja berupa makanan Jogja. Bakpia ni kuih berinti, katanya berasal dari China yang disebut Kuih Kacang Hijau. Rasanya sangat sedap, kita boleh rasa dulu mana-mana perisa, baru beli. Saya sangat sukakan yang berinti kacang hijau, bakpia Maju gelarannya. Dalam sekotak tu ada lebih kurang 15-20 biji bakpia, boleh juga dicampur-campur perisanya. Harganya 40.000 rph sekotak untuk bakpia kering yang boleh tahan sehingga 10 hari. Untuk bakpia premium yang berinti tebal dan berkulit basah, harganya 55.000 rph, boleh tahan sehingga 4 hari sahaja. Kami order siap-siap untuk pihak kedai tu hantar ke homestay pada malam hari sebelum kami pulang ke Malaysia.

Bakpia Pathok 25, gambar bakpianya nanti saya kongsikan dalam entri hari keempat  ya!

Bila dah penat, kami pun balik semula ke homestay.

Jumpa lagi hari ketiga ya!


Entri Seterusnya:
Hari Ketiga

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnyaaaaaaaaaaaa

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

waduh10XX, gilaan gondola itu!!

Siti Rohaida Yusof said...

Naik gondola tu rasa macam nak tercabut nyawa jek.ngeri..hahah

Sis Lin said...

Bestnyaaa oii...
Boleh jadi panduan Sis nanti he he he

Mar Mansor said...

cantik homestay.kereta berhias pun ada yek.
Janji Kita