Pengalaman Bercuti ke Jogjakarta - Hari Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari ni teragak-agak nak menulis sebab rasa macam nak share pengalaman bercuti di Jogjakarta bulan November tahun lepas. Tapi, rasa macam malas juga nak share sebab memorinya da tak berapa kuat. Banyak maklumat penting macam harga tiket masuk tempat tertentu dan harga-harga lain yang saya dah lupa. Jadi, saya share apa yang kami buat je lah ya. Mana yang saya ingat harganya, saya akan mention. Hihi.

Saya pergi ke Jogja pada 11 November tahun 2017 yang lepas bersama encik suami, dan lagi 10 orang ahli trip yang lain. Ramai kan? 12 orang jumlah kami, termasuk abang ipar saya dan dua pupu encik suami. Yang lain-lain tu semua kawan-kawan encik suami je, sama ada yang dah lama kenal mahupun yang kenal dekat instagram saja. Encik suami ajak-ajak je, semua on. Hihihi. Sepatutnya blogger Ryo Azhar pun join sekali, tapi dia tak dapat cuti pulakkk pada tarikh kami pergi tu. Erm erm erm.

Wajah-wajah ceria sebelum dan selepas naik flight...hahaha

Efa Nur Travel & Tours Sdn Bhd...adui, gambar pun kabur aje..haha!

Oh, ya, kami gunakan tour agent untuk bercuti di Jogja, Efa Nur Travel & Tours namanya, dari Malaysia. Trip kami adalah trip pertama kali yang Efa buat ke Jogja. Sebelum-sebelum ni dia pernah buat ke tempat lain juga di Indonesia. Kami bertolak dari Malaysia pada pukul 12 lebih tengahari dari KLIA2, tiba di Solo pada pukul 2.45 petang waktu Malaysia. Kami mendarat di Adi Soemarmo Airport, Solo, bukan di Jogkakarta. Sebab ape? Tour agent kami yang beli tiket tu. Hahaha. Mungkin tiket turun ke Solo lagi murah dari turun di Jogja untuk tarikh kami.

Adi Soemarmo Airport, Solo, Indonesia

Masa kami sampai tu, hujan sangat lebat. Agak lambat juga kami nak bergerak dari airport ke destinasi seterusnya. Kena tunggu hujan berhenti. Van yang supir kami bawak adalah van 15 tempat duduk termasuk pemandu. Ha, panjang ke tak van ni? Siap ada 2 pintu kat bahagian penumpang. Memang tak pernah jumpa kat Malaysia, tapi saya takde ambil pulak gambarnya. Hahaha. Nama supir jangan tanya ya, saya dah tak ingat! Teruk nau!

Wefie kejap sementara tunggu hujan reda

Perjalanan dari Solo ke Jogjakarta mengambil masa lebih dari 2 jam juga. Trafiknya lebih kurang sama macam dekat Lombok, jammed lah jugak sikit. Adegan hon pun ada. Paling special bila terdengar hon bas "om telelet om". Hihihi. Bandarnya memang pesat membangun. Tak mustahil orang Indonesia ni kaya-kaya, sebab ternampak satu kedai emas yang sangat ramai orang kat dalam tu. Ehhh.

Toko Mas Semar Nusantara, Indonesia

Destinasi pertama kami adalah kedai makan. Baleroso namanya. Menu utama dia adalah Gurame Bakar. Gurame ni dalam bahasa Malaysia adalah ikan bawal. Hihihi. Ada pakej untuk makan beramai-ramai, ada juga menu individu kalau nak. Kami ambil pakej sebab lebih berpatutan dan boleh rasa macam-macam makanan. Sementara tunggu makanan sampai, kami solat dulu di musholla yang disediakan di restoran tu.

Gurame bakar di Restoran Baleroso..sedap makanannya.

Selepas makan, kami dibawa oleh supir ke Hutan Pinus Pengger, di Pergunungan Kidul. Hutan ni adalah hutan pokok pine, ada banyak tempat menarik untuk bergambar, yang dibina dari ranting dan dahan pokok pine. Bayaran masuk sebenarnya percuma, tapi mereka menggalakkan sumbangan minimum 2.500 rph. Untuk ambil gambar di lokasi istimewa di sini, kena ambil nombor giliran ya, sebab pengunjung sangatlah ramai. Nombor dia dari 1 sampai 20 je kebanyakan lokasi. Jangan terkejut kalau nombor orang yang sedang ambil gambar kat depan uols tu nombor 6, tapi uols tengah pegang nombor 2. Sebabnye uols boleh posing infinity jumlah gambar dengan bantuan jurugambar khas mereka. Ambil lah gambar sampai puas, tapi jangan lupa orang lain tengah menunggu. Hihihi.

Saya, encik suami, dua pupu suami, abang ipar

Binaan istimewa dari dahan dan ranting pokok pine

Binaan berbentuk tangan yang menadah ke atas, ramai kan tunggu turn? Haha..kami tak posing kat sini

Gambar paling cantik 2017..ehhhh

Gambar yang dah siap diambil, diorang akan transfer dari laptop ke andoid phone. Tak pasti pula kalau boleh transfer ke pendrive. 1 keping gambar yang korang pilih, harganya dalam 4.000 rph. Jadi, pandai-pandailah ya pilih gambar paling elok. Kalau ambil semua posing uols time bergambar tadi, rabak jugak poket. Hihihi.

Lepas beberapa jam kami kat situ, kami pun gerak balik ke homestay. Sempat pula singgah makan sekejap dekat Warung Bakmi Jowo Mbah Gito. Nama je warung, tapi besar betul restorannya. Orang pun sangat ramai, tapi servis tak berapa ok. Makanan lambat sampai. Lama gila kami tunggu, padahal semua dah kepenatan. Sabar je lah. Nasib baik ada persembahan tradisional untuk pengunjung yang datang ke restoran, boleh la reda sikit ketidaksabaran tu. Haha!

Warung Bakmi Jowo Mbah Gito, Kota Gede

Usai makan, kami pun balik ke homestay. Kami tinggal di Rumah Roso Homestay tak jauh dari Malioboro. Malam-malam, dah gelap. Tak banyak gambar dapat ambil. Tunggu siang esok hari kedua lah ya, saya share gambar homestay nya.

No stupid people >_<

Ok, jumpa lagi!


Entri Seterusnya:
Hari Kedua

2 comments:

  1. Teringin nak pergi Jogja.
    Patut tahun ni awal bulan 3 haritu ke Jogja, tapi tak jadi atas sebab yang tak dapat di elakkan, nsb tiket tak beli lagi .

    Dan hujung tahun ni plak, dah plan ke lain plak hahaha...
    InsyaAllah satu hari mesti sampai Jogja..

    ReplyDelete
  2. belum pernah sampai.baca jelah buat rujukan akan datang.
    Janji Kita

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi?

Terima kasih tinggalkan komen~ ;)

Powered by Blogger.