Sibuk Dengan Tempahan Raya Selera Sakura

May 31, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua lepas separuh bulan Ramadhan berlalu? Moga-moga semuanya baik-baik aje ya.

Dalam seminggu ni saya sangat sibuk. Nak berblog pun curi masa sekejap. Sepatutnya pagi tadi saya keluar ke kedai cetak dan pejabat pos, tapi lepas Subuh saya lelap pulak dan bateri handphone kong. Alarm tak berbunyi lah maksudnya. Ke laut semua rancangan pagi saya hari ni.

Tapi tak apa, esok boleh ke kedai cetak. Lepas Zohor nanti kalau sempat, boleh ke pejabat pos. Kalau tak sempat, hari Sabtu boleh ke sana. Nak beli sampul dan kotak prepaid poslaju sebenarnya. Rutin saya setiap tahun kebelakangan ni, dua minggu nak raya, saya banyak berkampung di pejabat pos. Standby barang-barang yang perlu untuk pos tempahan raya.

Kek Lapis Oreo @ Selera Sakura

Setiap tahun, saya ambil tempahan Kek Lapis Sarawak untuk raya puasa dan raya haji. Tahun ni, jenis kek lapis saya kurangkan kepada 10 jenis sahaja berbanding tahun lepas 18 jenis. Saya ingatkan, bila kurangkan jenis, tempahan mungkin akan berkurang juga. Tapi tak sangka, sambutan tetap di luar jangkaan. Alhamdulillah, lebih 50 loyang kek lapis yang menanti tuan. Sampai hari ni, baru 12 loyang yang siap. Ada 30 lebih lagi yang saya perlu bertungkus-lumus membakarnya seorang diri.

Ya, seorang diri saja. Marilah kita berhuhuhuhu.

Kek Lapis Coklat Butterscotch @ Selera Sakura

Kek Lapis Rempah @ Selera Sakura

Dalam sehari, saya bole buat 4 - 6 loyang kek lapis kalau cukup tenaga. Kalau tak larat, dan banyak benda lain menyelit, saya hanya boleh buat 3 loyang sahaja. Setiap kek lapis perlukan masa lebih kurang 4 jam untuk disiapkan dari mengadun hingga membakar. Oven ada dua buah je, itu pun oven elektrik yang biasa tu je. Bukan oven industri tau. Haa, ko bayangkanlah hakak ni nak melapis dari pagi sampai malam di bulan puasa ni. Sakit lutut memang da masuk dalam senarai pada usia 30-an.

Kek Lapis Asam Manis @ Selera Sakura

Kek Lapis Buah @ Selera Sakura

Ada juga yang cakap kat saya, carilah pekerja. Memang ada terfikir nak cari kitchen helper. Tapi tak reti lah saya nak upah. Pernah jugak terfikir nak upah orang kisar biskut marie, bagi la RM5 untuk setiap bungkus. Tapi ada ke yang nak. Hahaha. Adoi. Malah, ada antara sahabat-sahabat baik saya pernah menawarkan untuk menjadi pelabur dalam perniagaan saya. Mungkin saya kena cari manager dulu kot, yang reti handle benda-benda ni semua, baru lah saya boleh betul-betul fokus pada pengembangan empayar Selera Sakura. Eceh.

Apa pun, mohon doanya ya. Moga-moga semua tempahan berjaya disiapkan dalam tempoh masa dua minggu je lagi nak raya. Dan moga-moga dimurahkan rezeki untuk kembangkan lagi perniagaan saya ni satu hari nanti. Insya'Allah.

You Might Also Like

5 Comments

  1. amboi menggodanya kek dia..alala..bronis pun belum rasa dia dah tunjuk kek lapis pulakkkkk

    ReplyDelete
  2. Perghh Sis bangga tabik spring oi dengan ko Sunah, muda-muda dh pandai melapis dan bisness..memang jarang jumpaa..
    Moga bertambah rezkimu Sunah..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah rezeki sunah.terliur tengok lapis asam manis tu.nampak lembap.teruskan usaha.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  4. Boleh open order selepas raya tak.. Tiap kali raya mesti cari kek ni kat rumah orang.. Sebab kat rumah sendiri takde... Hahahah

    ReplyDelete
  5. pandainya sunah buat kek lapis..

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com