Zero, Hero PASKAL Yang Kurang Didendang

October 02, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kecoh beberapa hari ni tentang filem PASKAL yang telah mencecah kutipan melebihi 7 juta ringgit di pawagam. Alhamdulillah, rakyat Malaysia memang mendambakan filem yang berkualiti tinggi macam ni. Tidak kurang yang mengharapkan supaya ada filem kedua selepas PASKAL. Saya pun harap macam tu. Mana lah tau, Jeb tak mati lagi kan? Jeng jeng jeng. Kalau uols belum tengok PASKAL dan masih tertanya-tanya nak tengok ke tak, boleh baca review PASKAL The Movie

Watak utama PASKAL

Dalam ramai-ramai hero dari anggota PASKAL, semua sedia kenal Leftenan Komander Arman @ Jerung, Bintara Muda Imran @ Yan, Bintara Muda Adam @ Gagak, Leftenan Khairil @ Ustat, Shaleish @ Misi, Joshua @ Girang dan Zariff @ Jeb. Tapi ada satu nama yang tak ramai sebut lepas tengok filem ni. Saya pun hampir-hampir tak perasan kewujudan watak yang satu ni sebab media pun kurang mempromosikan dia. Menontonnya kali kedua malam tadi, barulah saya teliti betul-betul watak ni.

Watak siapa tu?

Zero.

Ingat nama ni? Zero sudah sedia ada dalam scene merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011. Dia merupakan anggota PASKAL yang menaiki helikopter bersama-sama dengan Yan dan Gagak, menjadi peneliti jarak bagi memudahkan Gagak mensasarkan peluru sniper ke dada lanun yang sedang mengemudi bot induk mereka. Namun watak Zero tiada semasa anggota PASKAL yang lain menjalani latihan untuk menjadi PASKAL. Mungkin saya tidak perasan kalau dia ada.

Zero meneropong bot lanun Somalia di sebelah Gagak

Zero juga ada dalam misi menumpaskan penakluk pelantar di hujung sempadan Sabah. Dia sentiasa berada di samping Jerung yang merupakan Alpha leader. Wataknya menuju peleraian apabila diserang dengan tembakan bertubi-tubi dari gatling gun oleh Jeb. Ketika dalam dilema hendak memilih antara Zero yang tercedera atau mengejar Jeb, Zero menyuruh Jerung meninggalkannya dan meneruskan misi.

Di hujung cerita, Zero diusung di atas stretcher, Jerung sempat berhenti dan memberi isyarat kepadanya terlebih dahulu sebelum terus dibawa pergi untuk menerima rawatan.

Zero. Pic: Sam Loo

Nah, ingat tak watak ni?

Kalau tak ingat, kena tengok lagi sekali gamaknye. Haha.

Saya cuba mencari siapa yang melakonkan watak Zero ni. Ye lah, masa habis cerita kat panggung, tak sempat nak tunggu sampai habis kredit. Semua dah ajak balik. Bukan mudah ya, nak cari siapa dia, sebab saya bukan mengikuti perkembangan penggambaran ni dari awal. Pelakon-pelakonnya pun saya tak pernah follow di media sosial. Jadi, beberapa hari ni saya belek update mereka ketika membuat penggambaran. Akhirnya saya jumpa siapa Zero.

Pic: IG Story @sam_sora

Pelakonnya adalah Sam Loo yang berasal dari Pulau Pinang. Seorang model dan juga duta produk. Tak banyak yang boleh dicari tentangnya. Walaupun hanya pelakon tambahan, tetapi bagi saya watak ini pun tidak kurang hebatnya dan harus diberi penghargaan kerana menjadi orang kanan kepada Jerung pada misi terakhir.

Salute to Zero.

Salute to all PASKALs.

Selamat Hari Ulangtahun ke-36 PASKAL Malaysia!

You Might Also Like

7 Comments

  1. Esok akk bawa 31 student tonton paskal. Akk ingat Zero tu, smpi keliru sbb dia mcm Joshua

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for you support I’m Zero & my name is Sam Loo

      Delete
  2. Thank you for the write up ~ appreciate from the bottom of my heart

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome, Zero..thanks for coming by..good job on PASKAL..hope for more high quality movies from you guys in the future 😁

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com