Ticker

6/recent/ticker-posts

Jumaat Terakhir

Jumaat terakhir.

Hari penuh barakah. Dalam bulan penuh mulia.

Dan aku sibuk sendiri di rumah. Menyiapkan segala tempahan kek dalam masa yang terlalu suntuk. Sambil-sambil menyiapkan juga penjilidan thesis dan e-thesis. Ya, aku mahu hantar hari ini. Paling lewat, petang nanti. Itu saja pilihan yang aku ada. Tidak mungkin untuk aku menghantar thesis yang sudah dijilid paling lewat 14 Ogos kalau sudah aku membeli tiket pulang ke sini 17 Ogos. Kan? Lebih baik selesaikan semuanya sebelum pulang ke kampung halaman. Boleh lah menyambut hari raya dengan hati yang aman.

Sedang aku pening-pening dengan e-thesis, jari-jemariku menekan tetikus, membuka satu blog yang selalu aku singgah. Walau jarang benar dikemaskini entrinya, tapi aku tetap selalu masuk. Sekadar melihat-lihat kalau ada entri baru, tak pun, aku akan belek entri-entri lama. Tiba-tiba saja, mata aku tertancap pada satu link entri di bawah entri paling atas.

Entri lebih kurang setahun yang lepas.

Aku klik link tersebut. Membacanya dari awal hingga akhir. Untuk kali ini, aku pun tidak pasti sudah berapa kali aku membacanya. Namun tidak pernah pula aku rasa jemu. Ayat yang tertulis di dalam entri itu, aku dapat rasa benar-benar dari hati. Rasa syahdu menyapa hatiku. Dan tika itu jugalah air mata aku sudah tidak dapat ditahan lagi.

Aku menangis. Menangis bukan kerana manusia. Tetapi menangis kerana aku sedar aku lemah. Aku tidak berdaya. Aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kerana aku hanya hamba. Siapalah aku hendak mengubah ketentuan Allah. Jika Dia telah mentakdirkan sesuatu, sebagai hamba aku harus redha. Qada' dan qadar telah lama Dia tentukan, dan aku tahu qada' muallaq itu boleh aku, kau dan kau ubah dengan usaha.

Tapi tetap, aku, kau dan kau hanyalah hamba yang tidak punya apa-apa.

Dan di hujung tangis itulah aku hanya mampu berdoa. Moga-moga Allah mendengar isi hati aku, kau dan kau.

Mudah-mudahan barakah bulan mulia ada tempiasnya pada aku, kau dan kau. Ameen.

Post a Comment

6 Comments

  1. MS doakan semoga Allah mendengar isi hati awak, sama seperti MS mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku..setiap kali nak berbuka MS sentiasa berdoa semoga Allah memakbulkan doa2 MS tu sempena bulan ramadhan ini.

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  2. As-Salam

    Semoga segala urusan dipermudahkan. Insha Allah.

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri dari Blog Uncle Zuan :)

    ReplyDelete
  4. dah terlambat baca..tapi mlm ni malam jumaat jugak...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com