PASTI-PASTI kan Berjaya~ - Sunah Suka Sakura dot com

Post Top Ad

Saturday, June 26, 2010

PASTI-PASTI kan Berjaya~

Hari terakhir.


"Minggu depan, ustazah da takde."

"Kenape???" Izzuddin bertanya, mengangkat wajah memandang ana. Tangan berhenti menggubah lego.

"Ustazah nak sambung belajar..."

"Ala..saya nak dengan ustazah. Sedih la saya nanti..." Izzuddin menunduk.

"Iya, ustazah pun sedih. Nanti ustazah rindu pada Izzuddin..."

"Dekat mana ustazah sekolah? Saya tahu, dekat Sungai Pelan."

"Eh, bukan...ustazah sekolah kat Johor."

"O..nanti saya naik belon~~"






Ana bakal merindui mujahid-mujahid kecil ini. Srikandi-srikandi agama ini juga bakal menjadi bayangan di fikiran pada masa hadapan. Ana hanya bersama mereka 10 hari. Cuti penggal selama tiga minggu yang lepas mengurangkan masa ana untuk bersama mereka. Namun, tempoh masa yang singkat itu telah merapatkan kami. Ana sayang mereka semua, keletah mereka yang menghiburkan hati dan kadang-kadang membingungkan kepala. Ya ALLAH, moga mereka membesar menjadi pejuang-pejuang agamaMU...ameen.

4 comments:

  1. Ustazah, nak sambung master ke? ('o,')

    ***membayangkan kak sunah yang comel melayan kerenah anak-anak kecil yang kecik-kecik ini... sweet..

    ReplyDelete
  2. Tahniah ye mustazah..sbb dapat sambung master..hehe

    ReplyDelete
  3. > Mohd Amin Bin Mohd Hamami

    mustazah?

    > Cik Sara

    insya'ALLAH, in process..

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi? Terima kasih sebab tinggalkan komen~ ;)

Post Bottom Ad