BLOG ENCIK SUAMI

Monday, June 11, 2012

Dia dan Dia Sudah Selesai...

Alhamdulillah.

Seminggu yang lepas, sahabat baik masa degree dulu dah selesai mendirikan masjid pada 1 Jun 2012. Saya dan beberapa orang sahabat bertolak dari Johor ke Alor Setar pada Khamis malam Jumaat. Masa perjalanan 12 jam. So, sampai sana pagi Jumaat la~ Duk kat rumah kawan kat Alor Setar, Hanisah, sebelum ke Sg. Petani esoknya. Sahabat yang comel tu, Asma Abdul Ghani, selamat diijabkabulkan dengan pasangan dia, senior kolej kami jugak, akhi Nazrulazlan, pada petang Jumaat yang HIJAU di Kedah~ #Eh!

Walimah Asma & akhi Nazrulazlan pada hari Sabtu di Sg. Petani, Kedah

Dan pada Sabtu malam Ahad pulak, saya dan kawan-kawan ke Kota Bharu, Kelantan. Gi naik bas lepas bersungguh-sungguh mencari tiket. Bayangkan lerr masa cuti sekolah camtu, banyak tiket da habis. Tu la, beli lagi last minute. =.=

Perjalanan ke Kota Bharu amek masa 7 hingga 8 jam jugak. Lalu Grik, dan driver sangat berhati-hati memandu sepanjang jalan yang berliku-liku. Rasa macam naik bas kat Sarawak pun ada sebab asyik belok-belok aje. Saya sendiri rasa tak senang nak tidur dalam keadaan macam tu sebab risau jadi ape-ape, naudzubillah. Alhamdulillah sampai juga kat Kota Bharu dan Subuh pertama kat negeri Serambi Mekah sebelum bakal pengantin menjemput kami kat Stesen Bas Kota Bharu.

Majlis akad nikah kak Azlieyna dan pasangan, akhi Fazli di masjid, 3 Jun 2012.

Dan malam tu, terus balik Sg. Petani pulak (tiket ke Alor Setar da habis). Pergi Kota Bharu reramai's, balik sengsorang~ Wuwuwu. Dan masa nak balik tu, entah dari mana entah adik Jiji Yu moncol kat Stesen Bas Kota Bharu, nak hantar kakak dia yang comel ni balik Sg. Petani. Jiji kata, "kuat nkoo ni, pagi tadi datang dari Kedah sampai Kelantan, malam ni dari Kelantan nak balik Kedah pulak...malam ni dinner kat Kota Bharu, pagi sok breakfast kat Kedah..." (banyak membebel la budak ni... =.=")

Apapun, tahniah buat Asma dan kak Azlieyna yang dah selesai mendirikan baitul muslim. Moga keberkatan Allah memayungi hidup dengan keluarga baru lepas ni. Ameen...


P/S: Tahniah juga buat blogger sis Laily Qaisyirah dan kak Niena Muhammad yang sudah selesai mendirikan masjid. :)


14 comments:

JIJI YU said...

haha..kang aku tak membebel kang tak sama gak kang mcm dlm blog..tp tu la aku

Iffah Afeefah said...

awak bila pulak haha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

nak tanya soalan sama ngan iffah..

kak sunah bila lagi??

=P

Munnafendy said...

suka tengok pakaian pengantin...sopan =)

efa nur said...

selamat pengantin baru buat pasangan tersebut.. :)

nk tanya jugak...
kak Sunah bila lagi??hehe ;D

kiera'sakura said...

ok lepas nie kte ke sarawak pulak gi kenduri akak.. wehuuuuuuu :p

qasehraihan said...

ehem..ehem bila lagi???hehehe

http://www.qasehraihan.blogspot.com/2012/06/dedikasi-istimewa-untukmu.html

maszull said...

assalamualaikumsunah...selamat pengantin baru buat pasangan pengantin...

p/s awk bila lg ek...?

fazitaismail said...

aha...jom kita pakat tnya sunah lak 'bila lagi ek'..?? hikhik

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

untung la jiji dpt jmp sunah

moga semua pengantin baru berbahagia menjalani keindahan hidup berkeluarga

Rozuan Ismail said...

akak punya turn dah tak lama lettew..huhu

aDisH.sHidA said...

selamat pengantin baru kpd 2rakan sunah tu...

insyaAllah lepas nie kita makan kenduri d sarawak pulak kan

Cik Z@i Pen@nG said...

Selamat pengantin baru pada rakan2 sunah...

Sunah plak bl?

Solihin Zubir said...

Nak tanya soalan sama mcm org atas2 ni..

Sunah bila pulak? ;-p

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.