BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, July 1, 2012

Jangan Salahkan Cermin Bila Tudung Senget

Gambar sekadar hiasan. Model: Nisa Kay

Tak kisah perempuan ke lelaki ke...

Semua mesti tengok cermin kalau nak bersiap-siap kan? Ye, memang perempuan rata-ratanya lebih lama berdepan dengan cermin berbanding lelaki kalau bab-bab menghias diri. Tapi ada jugak tau lelaki yang 'bersolek' lagi lama daripada perempuan. Tu tak kisah lah kan~

Bagi yang perempuan, bila pakai tudung depan cermin, mesti nak tengok sama ada tudung tu senget atau tak kan? Kalau senget sikit, mesti nak betulkan. Malu la kalau keluar jenjalan dengan tudung senget. Lelaki pun camtu gak, kot ada zip seluar terlupa nak tarik ke, malu kotttt orang luar tegur zip tak tarik haaa. Erk!

Selalu kalau tudung tak betul, zip tak tarik, butang tersilap pasang, kita mesti betulkan kan? Depan-depan cermin tu jugak kita betulkan. Ade tak orang yang bila tudung dia senget, zip tak tarik, butang tersilap pasang, dia salahkan cermin? Punya marah dengan cermin, gi amek tukul, pecahkan cermin tu. Sebab ape? Sebab fikir cermin tu yang salah. Gila ke ape, cermin elok aje orang lain tengok *untuk cermin tak rosak kayyy*.

Macam tu jugak la kita dengan orang lain sepatutnya. Bila rasa ada yang tak kena dengan hubungan sesama manusia, cuba tengok diri sendiri dulu. Koreksi dan muhasabah, mana yang tak betul pada diri kita. Betulkan dulu diri kita sebelum menyalahkan orang lain atas apa yang jadi pada kita. Mungkin ada nilai yang tertinggal dalam diri kita hingga hubungan sesama manusia jadi tak berapa ok. Hubungan kita dengan Pencipta mungkin???

Prof. Dr. Muhaya kata, siapa yang dapat kasih sayang Allah, akan dapat kasih sayang semuaaaaa manusia~ Fikir-fikirkan~ ;)


23 comments:

senyumSOYA said...

yup2..betul sgt~

muhasabah diri..mulakan dari diri sendiri~ ^^

Alisya said...

cermin diri sendiri sebelum betulkan orang lain...

Cik Fie said...

Dalam Masa 2 Hari , Dah 20++ Orang Join Segmen Ni !! SEGMEN AKU NAK JADI BLOGGER YANG PALING FAMOUS DI DUNIA . Jum Join !! Ada Hadiah Untuk Korang :)
http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/06/segmen-aku-nak-jadi-blogger-yang-paling.html

Kumiko Ryou | Farah Amira said...

betul2..:)...cermin aset penting..:)

Che Rosliza Che mat said...

Yup betul2...akak sokong jugak apa yg di tulis...aka suka duk depan cermin lama2..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

agak metafora bila komparekan dengan cermin ;)

sma sma kita ke arah +ve

Kalamhati said...

hmm betul tu adikku..kdg2 kita terlupa nk cermin diri kita..asyik nmpk kekurangan org je..sepatutnya kita cermin diri kita supaya semuanya kemas dan elok..

dan jadi cermin kepada org lain supaya sama2 dpt mencapai keredhaan Allah..

peringatan yg sgt baik utk diri kita semua..syukran

Nisa Kay said...

Thank you so much sebab feature kite kat sini ^.^

Iffah Afeefah said...

agak rindu ngn akak sunah kite

sbb lme die mnyepi ngn entry2 begini

misshannajr said...

terima kasih sebab buat N3 ni..ada terasa sesuatu..yer kena tengok diri dulu..tQ

FasiHaH SupiaN said...

^___^

Misz Mieza said...

Nice entri! Sama2lah kita bermuhasabah diri & jangan terlalu cepat meletak hukum atas kesilapan orang lain.. Perbaiki kelemahan sendiri dahulu sebelum memperbaiki kesilapan orang lain.. =)

Ida Firdausi said...

betul.. thanks for this entry.

mira maisara said...

betol lah tu..kadang2x kita tak perasan kita salah..

kiera'sakura said...

maknanye Allah tak ckup sayang saya lagi.. wuwuwuwu tau byk lagi yg x betul dlm diri T_T

Eera Shera said...

perumpamaan yg terbaik la! slhkan diri bkn tuding jari pd cermin :)

rosmina samin said...

betul..sangat2 setuju!!!!

Siti Arfah said...

slm ziarah. :) . Menarik artikel ni. Mmg manusia itu sndiri slalu je nk cri kslhn org lain brbnding diri sndiri . Sm2 kta brmuhasabh diri.^^

ahsfantasy24 said...

lama tak jenguk sini. Huu..
tapi perempuan ni kalau tak nak menilik,
lalu tepi cermin, mesti nak tengokjugak cermin, hee ^^

maszull said...

assalamualaikum sunah....betul tu kenalah kenali diri kita sendiri dulu baru boleh menilai org lain...:)

Nini Hartini said...

setuju sgt...mmg hbgn dgn manusia tu ibarat cermin. peringatan diri sendiri gak. thanks sunah

IBU GEBU said...

klik2 dari tweet nisa kay

entry yg bermanfaat dik... syukran

Noraim said...

akak, sy copy ayat akak yg last sekali.

mintak izin eh.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.