Kiki - Kucing Kurang Upaya

April 24, 2018

Saya dan kucing tak dapat dipisahkan.

Pada 19 Julai tahun lepas, seekor anak kucing datang ke rumah kami. Kucing tiga warna (calico) yang sangat comot dan kotor. Boleh tengok video tu kalau tak percaya.


Yang memeranjatkan kami, kaki kiri belakang anak kucing tu hampir-hampir terputus. Tapak kakinya dah terkulai, menampakkan tulang kaki. Aduh! Ngeri betul. Anak kucing tu datang juga ke rumah jiran sebelah. Jiran tu minta tolong bawak ke klinik sebab kesian tengok, dia janji akan bayar berapa pun.

Esoknya, saya bawak dia ke klinik. Masa tu belum ada nama lagi budak ni. Cakap kat vet baru jumpa dia semalam, takde kasi nama pun sebab belum decide nak bela lagi. Vet belek kaki dia, then tarik keruping kat bahagian tapak kaki yang dah terkulai. Tu dia nanah terkumpul kat dalam. Vet tu panggil vet yang lain dan berbincang. Kaki anak kucing tu mesti dipotong untuk elakkan kuman merebak. Amputation. Istilah perubatannya. Saya tanya berapa harga untuk surgery tu. RM150. Masa tu memang saya bawak cukup-cukup aje. Tapi, vet risau sebab dia terlalu kecik lagi, takut tak tahan dengan bius. Vet seorang lagi cakap, boleh suntik local bius je, so tak sakit sangat.

Ok, boleh doc.

Then, saya keluar tunggu surgery selesai. Terdengar bunyi dia menjerit-jerit dari luar. Huhuhu. Vet kata, dia jerit sebab bius tu sakit sikit. Sian anak kucing tu. Dah siap surgery, vet pesan untuk tanggalkan balutan kakinya lepas sehari. Aduh, saya ke yang kena tanggalkan? Berani ke tak berani? Hadap je lah, nak harap sape lagi?

Ngeri ke tak, kena beranikan diri jugak!

Saya bawak dia balik rumah. Laporkan pada jiran sebelah dan housemate yang lain. Tengah berborak-borak sambil share gambar kaki dia, kami decide namakan dia Kiki, sebab dia takde satu kaki. Related ke tak? Kejadahnyeee. Hahaha! Tapi memang tu la nama dia sampai sekarang.

Kiki comot yang belum mandi

Dalam sebulan lepas kaki Kiki kena potong, saya tak pernah mandikan dia. Takuttt! Takut luka tu basah dan dijangkiti kuman. Ya, lukanya belum kering sepenuhnya. Kadang-kadang akan berdarah balik sebab kaki tu tak dipotong sampai ke pangkal peha. Vet potong tulang betis saje. Jadi, Kiki akan kerap hentak kaki tu ke lantai bila berjalan dan berlari.

Tak sampai sebulan, da jadi satu family dengan Anje & Mumu

Kiki yang dah mandi...comel kannnn!

Sampai sekarang, kadang-kadang dia akan berhenti dan jilat kaki yang kena potong tu. Sakit agaknya bila terhentak tulang tu. Tapi kulitnya dah tertutup sepenuhnya sekarang, jarang-jarang berdarah balik, means ada jugak la luka balik tempat dipotong tu. Nak sentuh kaki tu, jangan. Dia sensitif gila dan akan marah.

Masa ni, hujung kaki yang dipotong tu nampak elok je lurus potongannya kan

Kiki bekerja sebagai pustakawan, tolong jaga buku kakak

Bulan lepas, housemate bawak dia ke vet untuk pemandulan. Kerana kondisi Kiki yang kekurangan kaki belakang, tak sesuai untuk Kiki bunting, dikhuatiri dia tidak mampu menampung berat badannya nanti. Lepas dimandulkan, kena jaga makannya juga supaya tak jadi obesiti. Haa, rumit juga tau jaga kucing kurang upaya ni.

How time flies. Kiki da besar sekarang, tiap malam tidur dengan kakak

Last-last, kami bela jugak dak Kiki sampai sekarang.

Sayanggggggg Kiki!

You Might Also Like

3 Comments

  1. Alahaiii dah besar KiKi sekarang yer ..
    Moga bertambah rezki Sunah memelihara anak kucing OKU macam KiKi ..
    KiKi pun doakan Sunah juga tu ...

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar!! Terima kasih Sunah jaga Kiki

    ReplyDelete
  3. alalahi siannya kiki.. byk pahala sunah..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com