Monday, June 18, 2018

Berjaya Memasang Hos Mesin Basuh

Assalamualaikum dan salam 5 Syawal.

Balik dari kampung hari tu, saya angkut sekali mesin basuh automatik encik suami. Selama ni, kami hanya menggunakan mesin basuh manual di rumah sewa. Itu pun, spinner dia dah tak berfungsi. Sidai baju memang basah-basah lah macam basuh guna tangan. Dua hari baru kering kalau jemur bawah bumbung.

Mesin basuhnya masih elok, tapi agak kotor sebab dah lama tak digunakan. Jenuh juga saya mengangkut dari dalam kereta masuk ke dalam rumah seorang diri. Heret sikit-sikit, naik 3 anak tangga sikit-sikit, akhirnya sampai lah ke tempat mesin basuh. Saya lap sikit bahagian luar dan bersihkan bahagian dalam mesin guna opsyen Tub Clean. Telur cicak tiga empat biji pun boleh jumpa. Hahaha.

Bila dah bersih, haa..nampak tak apa masalahnya sekarang?

Paip mesin basuh cacat..hahaha

Hos mesin basuh takde la pulak. Kena cari kat Mr. DIY. Tapi cuba uols tengok sekali paip air tu. Kepala paip tu macam tak lengkap. Sepatutnya ada muncungnya keluar dari mulut paip tu. Selama ni, kami hanya buka je paip tu untuk basuh secara manual. Air terus jatuh masuk dalam mesin aje. Kalau nak pakai hos mesin basuh, kena la ada muncung keluar dari mulut paip tu.

Sepatutnya pili air mesin basuh yang lengkap macam ni. Kredit gambar: Lelong

Jadi, saya pun memulakan misi mencari penyambung yang sesuai untuk mulut paip tu. Saya mencuba nasib di Mr. DIY. Alang-alang nak cari hos mesin basuh kat situ, kot-kot ada penyambung paip mesin basuh sekali kan.

Hasilnya?

Penyambung hos mesin basuh di Mr. DIY. Harga: RM6.50

Alhamdulillah, jumpa penyambung yang dihajati. Tapi tak tentu lagi boleh pasang pada mulut paip tu. Kita tawakkal aje. Memang boleh beli kepala paip yang baru aje. Tapi malas nak menyusahkan diri pasang paip pulak. Hahaha.

Bila balik rumah, saya try pasang. Alamak, kecik sangat lubang penyambung tu. Saya fikir, boleh potong sikit sebab bahagian yang berwarna hitam tu diperbuat daripada getah aje. Potong bahagian dalam, boleh lah muatkan ke mulut paip. Saya ambil pisau, ehhhh memang boleh ditanggalkan sebenarnya getah bahagian dalam penyambung tu. Kiranya, penyambung tu ada dua lapisan getah, luar dan dalam. Saya tak ambil pula gambarnya. Bila getah bahagian dalam ditanggalkan, jadi luas sikit la lubang penyambung tu.

Lagi sekali, hasilnya?

Berjayaaaaaaa!

Nah...dah terpasang dengan jayanya sekali dengan hos mesin basuh. Alhamdulillah. Dah siap sidai baju. Hahaha!

Sesekali kita ni sebagai suri rumahtangga kena lah belajar membaiki barang-barang rumah. Encik suami kan jauh, kita boleh whatsapp aje minta pandangan. Nak minta tolong pasang, memang tak lah kalau dah jauh kan. Hihi.

Terima kasih encik suami support dari jauh!

2 comments:
Write Comments
  1. Wahhh. . Terror Sunah, sbb org mekanikal kan, dah mengalir darah plumber dlm diri tu. Silap2 repair kete pon boleh

    ReplyDelete
  2. handal hoiii sunah..ehhh mesin basuh kita kembor hehehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com