Budak Hilang Tiga Hari Akhirnya Balik Rumah

July 19, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aduhai.

Ade seekor budak ni hari tu tetiba hilang. Tak balik rumah, keluar entah ke mana. Masa tau dia hilang tu, rasa ralat juga. Rasa sedih sebab pagi tu marah-marah kat dia. Kita nak masuk bilik, dia pun nak ikut masuk bilik. Kita nak buat kerja, dia pun nak memanjat naik atas meja. Aduhai. Stress tau. Tapi bila dia hilang tak balik-balik sampai berapa hari berlalu, timbul rasa terkilan. 

Budak yang baru balik rumah kena mandi

Sesiapa yang pelihara kucing, confirm faham apa yang saya rasa tu. Tipu la kalau tak pernah gaduh dengan kucing. 

Bila dah hilang tu, macam biasa, untuk kucing-kucing saya yang hilang sebelum ni pun saya akan berdoa supaya Allah bagi petunjuk kat kucing-kucing tu balik ke rumah kalau masih ada rezeki saya menjaganya. Kalau memang bukan rezeki saya, moga-moga ada orang lain yang baik menjaganya. Kena belajar redha untuk hal kucing hilang ni.

Saya pernah dah redha bila seekor kucing yang paling saya sayang tak balik rumah lepas raya. Kalau raya kan kita akan balik kampung lama. Biasanya kucing-kucing kat rumah memang kami tinggalkan macam tu aje. Sediakan satu bekas makanan automatik yang keluar sendiri makanan kucingnya bila bekas makanan tu kosong. Sediakan air minuman banyak-banyak. Sediakan bekas pasir banyak-banyak. Kadang-kadang ada kawan-kawan yang duduk area JB tolong juga datang tengokkan bila kami semua tak ada di rumah.

Tapi raya tahun lepas, Allah takdirkan kucing kesayangan saya tu keluar rumah sebelum housemate terakhir balik kampung. Pernah juga dia tak balik sampai sebulan, tiba-tiba muncul mengiau-ngiau depan pintu rumah. Allahu, perasaan masa tu sukar digambarkan. Rasa nak menangis pun ada. Kita dah nak berputus harap dah. Raya tahun lepas, bila dia hilang lagi, saya berharap dia akan balik walau lepas sebulan.

Malang tak berbau, masa beraya rumah jiran, jiran cerita ada kucing cantik warna oren ekor kembang kena langgar hari raya ke berapa entah. 

Ya Allah. Mulan.

Redha yang saya cuba bina hancur berkecai. Sedih yang tak tertanggung. Dekat rumah jiran tu juga, saya berhenti makan dan bangun masuk ke dapur. Saya menangis semahu-mahunya. Sedih mengenangkan Mulan sedang berusaha berjalan pulang ke rumah tapi tak kesampaian. Sedih sebab tak melihat sendiri bangkai Mulan dan menanam sendiri jasadnya.

Allahu. Sekarang masa menaip ni pun air mata saya mengalir deras. Allah Allah.

Mungkin Mulan kucing yang hidup paling lama dengan saya. Yang saya jaga sendiri dari dia kecil sampai dah besar dan beranak-pinak. Yang ikut saya ke mana sahaja dari saya masih bujang hingga saya berkahwin, berpindah randah dari Johor ke Kuala Lumpur, kemudian ke Kedah dan kembali semula ke Johor. Mulan lah yang selalu bersama saya.

Tak apa lah. Mungkin Mulan tengah berlari-lari riang di dunia sebelah sana sekarang. Tunggu kakak tau!

R.I.P Mulan Iyang Jameela

Berbalik kepada cerita budak yang hilang tiga hari ni, semalam lepas Subuh, tiba-tiba terdengar suara kucing mengiau-ngiau dekat pintu belakang rumah. Bila buka pintu, tu dia Oreo anak Mumu. Tahu pun balik rumah. Menyusup dia masuk dari bawah grill pintu belakang. Tak menyempat saya nak buka. Masuk je dalam rumah, mengiau-ngiau dia mencari maknya. Tapi malang bagi Oreo, Mumu dah tak kenal bau dia. Adiknya si Cookie pun dah tak kenal dia. Kiki dan Anje pun. Kesian Oreo.

Sibuk nak tido atas meja yang sempit ni...adohhh

Tak tahu lah apa yang dia alami sepanjang tiga hari dia hilang tu, sampai sekarang ni, dia asyik mengiau-ngiau aje. Terlampau clingy dan manja yang melampau-lampau. Aduhai. Stress.

Hahaha!

You Might Also Like

1 Comments

  1. Hahaha jumpa pakwe le tu..
    Hahaha jgn-jgn hahahahaa opsssss

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com