Selamat Pengantin Baru, Adikku

August 07, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat pengantin baru, adikku

Ini cerita balik kampung hari tu. Adik saya, si Chokie dah pun selamat menjadi suami orang. Hihihi.

Majlis nikahnya petang Jumaat 27 Julai, majlis walimatulurus pagi Sabtu 28 Julai.

Disebabkan kat rumah kami ni majlis sebelah lelaki, tak banyak sangat kerjanya. Mamak pun kurang stress berbanding persiapan majlis saya dan adik perempuan saya beberapa tahun lepas. Majlis sebelah lelaki dan sebelah perempuan dibuat pada hari yang sama dan waktu yang sama. Mudah, sebab jarak antara kedua-dua kampung hanya sepuluh minit perjalanan naik kereta.

Sebelum masuk ke pejabat agama, kita wefie dulu dengan bakal pengantin

Hari Jumaat, majlis nikah selepas solat Jumaat di pejabat Majlis Agama Islam Sarawak, Bintulu. Seawal pukul 3 petang kami dah sampai kat pejabat agama. Tunggu jurunikah sampai, sekejap aje. Lepas tu da masuk dewan majlis nikah. Dalam dewan tu siap ada pelamin lagi. Boleh la ambil gambar pengantin dekat pelamin, kan.

Chokie sah menjadi suami kepada Fafaa dengan dua kali lafaz

Kedua-dua mak bapak pengantin lelaki dan perempuan

Hari Sabtu, majlis start pukul 9 pagi. Kat Sarawak, memang majlis sebelah pagi dan habis sebelum Zohor. Jangan pelik tau. Pernah terjadi, masa majlis saya, kawan-kawan blogger dari semenanjung datang dah tengahari. Orang dah susun kerusi dah. Hahaha. Degil sangat, dah bagi kad & dah whatsapp suruh datang cepat pun nak datang tengahari jugak macam kat semenanjung. Padan muka uols. :p

Kawan-kawan Chokie datang awal, bos Korea pun ada. Annyeonghaseyo!

Masa majlis Chokie, kami buat majlis aqiqah dak Aisyah sekali. Anak buah pertama family kami, anak adik saya si Syim. Sembelih la kambing seekor dan dibuat masak kicap oleh Mak Wa kami. Sedap dan tak ada langsung bau kambing. Sape yang tak makan kambing, kalau tak bagitahu lauk tu lauk kambing, mungkin akan tertipu dan telan aje. Ekekeke.

Dari kiri: Aisyah, Iris & Faiha

Kumpulan hadrah mengiringi kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Dari rumah pengantin perempuan, kami balik bawak pengantin ke rumah kami pula untuk bertemu saudara mara dan sahabat handai yang datang. Selesai majlis kat sebelah lelaki, diorang balik semula ke rumah pengantin perempuan untuk upacara nasi temuan dan outdoor shooting.

Mamak & bapak bergambar dengan pengantin

Adik-beradik pun nak bergambar juga dengan pengantin

Alhamdulillah. Urusan majlis berjalan lancar.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang majlis.

Buat Chokie dan isteri, tahniah dan selamat mengharungi bahtera rumahtangga bersama-sama dalam susah dan senang. Semoga masjid yang terbina diberkati Allah. Jadilah suami yang baik buat isteri mu, kerana sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik kepada isteri dan keluarganya [HR. Tarmidzi].

You Might Also Like

7 Comments

  1. alhmdulillah selesai walimatulurus adik sunah..semoga pasangan pengantin kekal bahagia menjadi keluarga sakinah, mawardah, warahmah smpai ke jannah..aminn

    P/S: Buat sunah pula lps nie dh boleh la belai2 badan g berurut.. penat tau dari awal bz uruskn majlis..sesekali mnja kan diri best nya..😊🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh best jugak tu kalau pergi berurut..da lama gila tak berurut sejak kecik dulu..

      Delete
  2. Baru tahu kendurinya sebelah pagi ye...maaf tanya, makanannya nasi kenduri jugak ke? Macam kenduri sebelah semenanjung ni...

    BTW selamat pengantin baru buat adik sunah. Moga berkekalan hendaknya aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..makanannya sama aje macam kat semenanjung..hihi

      Delete
  3. Alhamdulilah..
    Selamat pengantin baru untuk adikmu Sunah..
    Sama juga kat pejabat agama sini, nikah kat pejabat siap ada pelamin lagi..
    Tapi kena ikut turn seba ramai yang nikah serentak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..tu lerr..hari tu pun ade 3 pasangan kata adik, tapi time kami datang tu macam dia dengan wife dia je..boleh la segera nikahnya..

      Delete
  4. alhamdulillah selesai. selamat pengantin baru untuk adik akak! :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com