Teruskan Langkah, Jangan Goyah

August 18, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekadar berkongsi kata-kata motivasi buat diri yang ditulis kala manusia lain sedang nyenyak dibuai mimpi.

Setiap daripada kita punya cita-cita ingin berjaya. Kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Sama ada ia punya matlamat jangka panjang atau pendek. Di akhir perjalanan, kita mahukan sesuatu yang mampu mencambahkan bunga di dalam hati. Suatu penghujung yang menenangkan dan memuaskan. Hasil dari perjalanan yang mungkin semudah mengelipkan mata, atau mungkin berliku-liku penuh ranjau dan duri.

Ya, kadang-kadang kita mungkin rasa perjalanan kita lebih susah dari orang lain yang matlamatnya sama dengan kita. Kita mungkin rasa orang lain lebih cepat mencapai matlamat jangka panjang dalam hidupnya.

Tapi sebenarnya itu lah rezeki masing-masing.

Kita harus percaya, walau perjalanan kita berbeza dengan yang lain, asalkan kita tidak hilang arah, insya'Allah matlamat akhir itu akan tetap kita capai jika Allah telah menetapkan rezeki itu buat kita.

Pic: Google

Jadi, teruskan melangkah, jangan goyah. Jadikan kejayaan orang lain sebagai pemangkin untuk kita bergerak lebih maju ke hadapan!

You Might Also Like

3 Comments

  1. Yeah benar ..
    Hidup harus di teruskan biarpun goyah di tiup angin...angin yg meniu itu seumpama ujian, antara kita kuat atau tidak meghadapi ribut yang mendatang ..
    JIka angin yang meniup pun kita goyah, bagaimana nak hadapai ribut yang menumpas ...

    ReplyDelete
  2. ye teruskan melangkah.jangan lupa ketika melangkah pandang kiri kanan depan belakang supaya kita sentiasa bermuhasabah.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  3. Insyaallah.. semoga dipermudahkan perjalanan hidup.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com