Promosi 'Eat All You Can' @ Qing Palace, Pulai Springs Resort

September 30, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau semalam, saya kongsikan tentang Cantonese Cuisine di Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru, malam ni saya nak share pula tentang promosi 'Eat All You Can' di Qing Palace Chinese Restaurant, Pulai Springs Resort, Pulai, Johor. Mungkin sekarang ni memang tengah musim chinese food agaknya ya?

Bermula 1 hingga 31 Oktober 2018, Pulai Springs Resort akan menawarkan hidangan 'Eat All You Can' pada harga promosi RM65 bagi dewasa, dan RM32.50 bagi kanak-kanak di Qing Palace Chinese Restaurant yang terletak di Pulai Pavilion. Promosi ini terpakai setiap hari untuk waktu makan tengahari dan makan malam.

Sampai sahaja di hadapan restoran, pengunjung pasti akan tertarik dengan konsep rekaan pintu gerbang dan rekaan dalaman restoran yang menerapkan kemegahan dewan makan diraja zaman dahulu kala. Dekorasi restoran ini diinspirasikan daripada dinasti Qing, dilengkapi dengan perabot antik, lukisan-lukisan lama, ukiran dan tanglung sutera.

The food is served according to Muslim requirements @ Qing Palace, Pulai Springs Resort, Pulai

Qing Palace Chinese Restaurant terkenal dengan menu makanan Szechuan. Melalui promosi ini, pengunjung boleh memilih menu lebih daripada 80 jenis hidangan signature, termasuk Szechuan Hot & Sour Soup, Camphor Tea Smoked Duck, General T'zo Chicken, Oatmeal Prawn, Wasabi Prawn, Peking Duck, Oni/Yam Pudding dan banyak lagi. Hidangan disertakan bersama Chinese Tea dan nasi putih.

Jom tengok antara menu yang boleh uols pilih kalau bercadang untuk makan di sini bersama keluarga dan kawan-kawan!

Szechuan Hot & Sour Soup @ Qing Palace, Pulai Springs Resort, Pulai. Pic: Kak Mia

Indonesian Style Curry Fish @ Qing Palace, Pulai Springs Resort, Pulai

Champor Tea Smoked Duck @ Qing Palace, Pulai Springs Resort, Pulai

General T'Zo Chicken @ Qing Palace, Pulai Springs Resort, Pulai

Wasabi Prawn, Butter Prawn and Cuttlefish with Chef's Special Sauce @ Qing Palace, Pulai Springs Resort, Pulai

Fried Rice with Salted Fish @ Qing Palace, Pulai Springs Resort, Pulai

Broccoli with Black Mushroom @ Qing Palace, Pulai Springs Resort, Pulai

Honeydew with Sago and Mango Pudding @ Qing Palace, Pulai Springs Resort, Pulai

Ikan siakap dimasak kari cara Indonesia tu memang terbaik! Pertama kali saya makan menu ikan siakap masak macam ni. Biasanya kan ikan siakap akan dimasak tiga rasa, masam manis atau stim. Tak sangka, masak kari pun sedap juga. Cicah pulak roti mantou dengan kuah dia, perghh! Rasa nak mintak roti lagi. Hahaha!

Ok, kalau uols nak try promosi yang berbaloi-baloi ni, jemput datang ke Qing Palace Chinese Restaurant kat Pulai Springs Resort, ya!

'Eat All You Can' Promotion

Adult: RM65.00 per person
Child: RM32.50 per person (3 - 11 years)
(Price inclusive of 6% service tax)

Terms and conditions:
Promotion available for Lunch (12 pm - 2.30 pm) and Dinner (6.30 pm - 10.30 pm)
Minimum 4 persons required
Not applicable with other discounts and promotions
Other terms and conditions apply

Suka dengan ingatan ni, jangan membazir makanan, ok?

Qing Palace Chinese Restaurant
Pulai Springs Resort
20km, Jalan Pontian Lama, 81110 Pulai, Johor, Malaysia.

Website:

Facebook:

Instagram:

Tel:
+607 521 2121

Fax:
+607 521 1818

Email:
enquiry@pulaisprings.com

You Might Also Like

4 Comments

  1. Akak pon cicah mantao ngan kari siakap, hehe

    ReplyDelete
  2. itikkkk dann roti tuhhh sedappppp , dessert honey dew diaa ain makan 2 mangkuk sebab sedapppp , general tzo chicken diaa ponnn thorbaikkk...conclusionnya,, makan dekat sini sangat berbaloiii uolls. paling pentingg makannn berjemaah ye gaisss..

    ReplyDelete
  3. Nanti boleh cuba siakap kari indon tu kat restoran todak, pun sodap gak selain udang kari heheheh..
    Tapi citarasa berbezalah kan. Berlainan tempat dan tukang masak hehehe

    ReplyDelete
  4. Lepas ni boleh belanja akak pulak ea sunah :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com