Suami, Hati-hati Dengan Li'an!

September 16, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar." [an-Nur: 6]

Pic: Peguam Syarie

Dalam Islam, perhubungan seorang lelaki dan wanita bukan mahram menjadi halal melalui ikatan perkahwinan yang sah. Dengan perkahwinan, rumahtangga yang dibina diharap dapat disemai dengan kasih sayang dan keharmonian antara anggotanya. Kehangatan dan ketenangan yang diharapkan dapat diperoleh dari hubungan suami isteri dapat dilihat dalam ayat 187 Surah al-Baqarah di dalam Al-Qur'an yang menyamakan isteri sebagai pakaian untuk suami, dan sebaliknya.

Namun, tak semua perkahwinan tu membahagiakan hingga ke akhir hayat. Panas tak selalunya sampai ke petang, kadang-kadang ada hari yang hujan di tengahari. Macam tu jugak halnya dengan perkahwinan. Ada rumahtangga yang harmoni sampai ke anak cucu, ada rumahtangga yang berantakan hingga akhirnya memaksa suami isteri ke arah perceraian. Salah satu daripada punca yang boleh menyebabkan rumahtangga bercerai-berai adalah li'an.

Apa itu li'an?

Kalau ada yang belum tahu, li'an dari segi bahasa bermaksud berjauhan, dipetik dari perkataan "laknat Allah" - Allah melaknatkan atau menjauhkannya. Dinamakan li'an sebab suami isteri tu tak dapat rahmat Allah atau sebab kedua-duanya tak boleh hidup bersama-sama lagi buat selama-lamanya.

Dari segi syarak, li'an bermaksud satu sumpah dengan ungkapan tertentu yang diucapkan oleh suami bahawa isterinya telah berzina tanpa dapat menghadirkan empat orang saksi atau dia menolak bayi yang lahir dari isterinya sebagai anak kandungnya dan kemudian isteri pulak turut bersumpah bahawa tuduhan suaminya tidak benar.

Kata-kata sumpah ni dinamakan li'an sebab suami atau isteri menyebut: "Allah melaknat ke atasnya sekiranya dia berbohong." [Buku Ajarkan Wanitamu Surah Al-Nur - Nafisah Tahir & Kamal Ashaari]

Macam mana boleh jadi li'an?

Dalam Islam, sesiapa yang menuduh seorang perempuan berzina (qazaf), hendaklah dia membawa empat orang saksi untuk membuktikan tuduhannya. Yang dimaksudkan dengan saksi kat sini adalah saksi yang boleh melihat dengan mata kepala diorang sendiri waktu berlakunya peristiwa zina tu. Kalau kita fahami hukum qazaf ni betul-betul, kita akan nampak bahawa Islam agama yang cukup teliti dalam menjatuhkan sesuatu hukuman, apatah lagi hukuman yang melibatkan sebat ataupun rejam sampai mati bagi mereka yang berzina.

But, dalam ayat keenam surah an-Nur kat atas sekali tadi, ada pengecualian dalam kes tuduhan zina kalau tuduhan tu adalah daripada seorang suami ke atas isterinya sendiri. Biasanya seorang suami tak akan menuduh isterinya melainkan dia benar-benar jujur dalam perkara tu. Seorang suami yang bertanggungjawab, tentulah sangat berhati-hati dalam hal macam ni. Sekali tersebar berita keji dalam rumahtangga pasti akan menjatuhkan martabat, kemuliaan dan kehormatan anak-anaknya. Sebabnya, sumpah li'an yang berkait dengan nasab anak akan memberi kesan pada masa depan anak-anak. Disebabkan benda ni lah syariat menentukan hukuman yang khusus untuk kes macam ni.

Apa kesan li'an?

Suami dan isteri yang melafazkan sumpah li'an, TIDAK BOLEH LAGI BERSAMA SEMULA UNTUK SELAMA-LAMANYA. Tak boleh kahwin semula langsung. Anak yang dikaitkan dengan sumpah li'an pulak, tak ada ikatan apa-apa lagi dengan suami yang melafazkan li'an. Oleh sebab tu, berhati-hatilah sebelum uols memutuskan untuk melafazkan sumpah li'an ni.

Kalau uols ada kemusykilan dan perlukan khidmat nasihat mengenai li'an atau apa-apa perkara dari pengurusan hal-hal berkaitan fasakh, talak, hak penjagaan anak, harta sepencarian dan lain-lain, boleh lah rujuk kepada Peguam Syarie Faiz Adnan Associates. Insya'Allah diorang sedia membantu.

Faiz Adnan & Associates,
No 10-3 Tingkat 3, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar Utama,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.

WEBSITE:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Assalamualaikum sunah...perkongsian yg baik ni...buat ingatan kita semua..

    ReplyDelete
  2. Kena amik tau dan kena berhati² kann ..
    Terima Kasih Sunah ..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com