Penginapan Bajet di Air Papan Chalet, Mersing

October 10, 2018

Air Papan Chalet, Pantai Air Papan, Mersing | Pernah jalan-jalan ke Air Papan, Mersing? Untuk yang nak cari penginapan bajet di Air Papan, Mersing, boleh lah merujuk entri ni. Seperti yang saya ceritakan di entri pesta layang-layang Mersing semalam, saya dan dua orang sahabat ke Air Papan pada hari Jumaat lepas.

Kami bertolak dari Skudai pada pukul 2 petang. Berhenti sekejap solat Asar di Masjid Kg. Sri Lalang sebelum meneruskan perjalanan ke Air Papan. Dalam 2 jam lebih juga perjalanan dari Skudai ke Air Papan. Saya cuba untuk tahan mata mengantuk, kesian pulak Kak Ila yang tengah drive. Bila dah nampak signboard Kg. Air Papan, terus teruja dan hilang rasa mengantuk. Haha.

Signboard Kg. Air Papan

Untuk pengetahuan uols, kitorang tak book penginapan awal pun. Main redah je uols. Tanya lah satu per satu sampai jumpa yang ok. Yang first kitorang tanya, agak mahal. Dalam RM200 lebih semalam. Yang second lak RM160++. Uik, datang sini semalam aje lah, nak tido aje. Takde nak tengok TV ke, Astro ke. Huhu. Kitorang pun cari lagi. Kalau dapat bilik berkipas aje pun dah bersyukur.

Akhirnya jumpa satu chalet ni. Namanya Air Papan Chalet. Tengok-tengok harga, macam ok sebab RM100 aje semalam untuk hari biasa. Perghh, chalet ni je yang kira Jumaat tu hari biasa. Yang first tadi, dia kira Jumaat tu da weekend oi. Geram kita, da la receptionist kerek nak mampuih, tapi tak mampuih lagi. Eh! Ape ko merepek ni Yan.

Harga Air Papan Chalet untuk satu malam, kami ambil Standard B

So, kitorang decide nak duduk kat chalet ni aje. Chalet dia ada dua jenis, sama ada nak papan atau batu. Kami ambil yang papan aje sebab cantik dan harga pun murah lagi. Biliknya ada 1 katil queen dan 1 katil bujang. Ada TV biasa, bukan Astro. Bilik yang ada Astro harganya mahal sikit. Toilet dalam bilik, bukan share dengan orang lain. Takde peti ais. So, ok lah kan? Ape, breakfast takde? Ade...tapi diorang caj asing. Kitorang tak amek pun caj asing tu, sebab kedai makan kat depan aje uolss.

Air Papan Chalet, Mersing

Dalam bilik ade 1 katil bujang, 1 katil queen

Petang tu kitorang ke Pantai Bandar Mersing tengok pesta layang-layang. Balik lepas Maghrib, kitorang makan malam kat kedai Kak Rock Slamber, tapi bukan yang tepi pantai. Sebab yang tepi pantai tu, kedai makannya tak bukak malam-malam. Belah pagi baru lah kedai Kak Rock Slamber yang kat situ bukak. Jadi pada malamnya, kitorang makan kat kedai depan rumah dia. Jenuh juga nak cari kedai makan area kampung ni sebab tak banyak yang bukak malam-malam. Memula ingatkan nak makan kat restoran tepi bendang, tapi masa kami sampai dan masuk ke dalam restoran, orangnya cakap dah tutup. Alahai. Ha, pening kan baca pasal kedai makan ni?

Kedai makan tepi Pantai Air Papan, Mersing

Pagi-pagi, kitorang terus ke pantai sebab nak mandi laut. Sebelum mandi laut, kitorang sarapan dulu sebab nanti dah basah susah pulak nak duduk-duduk makan. Biar setel makan dulu, baru mandi. Breakfast kat kedai Kak Rock Slamber, ambil nasi lemak telur dengan kuih muih 5 biji dua hengget. Alhamdulillah, sedap juga, sambalnya agak pedas untuk seorang Sunah. Hahaha! Oh, kenapa Kak Rock Slamber? Sebab suara dia rockkkk, bebeh!

Sarapan pagi dan kudapan tengahari

Mandi laut kat Air Papan ni kalau pagi-pagi, airnya masih pasang lagi. Pantainya jenis cerun ke dalam. Jadi, untuk budak-budak kecik agak berbahaya sikit. Tak perlu pergi jauh ke tengah, memang tinggi dah paras airnya. Kalau berjalan kaki ayam kat pantainya, tapak kaki boleh sakit-sakit sebab banyak sangat kulit kerang. Ombak pun deras pagi Sabtu tu, seronok la untuk yang suka meluncur ombak. Tapi kat pantai ni macam tak berapa ramai sangat yang mandi laut. Mungkin sebab pagi lagi kot.

Bye, kita check out dulu!

Lepas puas mandi laut, kami balik ke chalet dan bersihkan diri. Bersiap-siap nak checkout. Lepas checkout pukul 12 tengahari, kami ke pantai semula sebab nak sambung shoot gambar Susu UHT Fernleaf. Wah, dah ramai orang kat tepi pantai Air Papan. Kami pilih salah satu tempat duduk yang dekat dengan buaian depan deretan kedai.

Buaian yang jadi tumpuan pengunjung ke Pantai Air Papan

Mula-mula datang takde orang. Dah amek gambar kat buaian, ramai pulak yang datang. Minum air kelapa dengan makan keropok lekor dan pisang goreng kat situ kejap sebelum meneruskan perjalanan. Keropok lekor dia sangat sedap ok! Very recommended! Siap tapau lagi RM4 bawak balik. Hahaha.

Alhamdulillah, puas hati! 

Kalau ada apa-apa pertanyaan atau nak tempah bilik di Air Papan Chalet, Mersing, boleh lah hubungi nombor kat bawah:

Air Papan Chalet
Pantai Peranginan Air Papan Laut
Jalan Endau, 86800 Mersing, Johor

No. Telefon:
013-7447070
013-7067676

You Might Also Like

3 Comments

  1. salam perkenalan follower #2725
    bestnya dapat bercuti..pernah dgr gak nama chalet air papan ni.. nnt leh lah Liez kesana

    ReplyDelete
  2. Cantiklah chalet dia, nanti bolehlah cuba gak menginap di situ..
    Lama gile tak gi air papan, last pergi waktu arwah abah ada, makanya dah hampir 20thn uiii...

    ReplyDelete
  3. menarik juga ni. air papan dah dekat dengan rumah nenek saya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com