BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, December 27, 2009

Bubur Asyura dan Laksa Sarawak

Hatta burung-burung, tumbuh-tumbuhan, dan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini, semuanya bergantung kepada ALLAH yang memberikan rezeki. Maha Suci ALLAH, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

10 Muharam 1431H - Hari Asyura, hari yang disunatkan untuk berpuasa, puasa pada hari ini seperti sabda Rasulullah s.a.w, mengampunkan dosa-dosa setahun yang lalu [HR Muslim]. Ramai yang tertanya-tanya tentang Hari Asyura, banyak juga blog-blog yang mengisahkan tentang peristiwa di Padang Karbala hingga terjadinya Hari Asyura, tidak kurang juga yang mengidam-idamkan Bubur Asyura pada Hari Asyura.

Berjalan-jalan di Facebook akhirnya menemukan ana dengan satu diskusi yang sedang membincangkan hal Bubur Asyura. Di situ ana terjumpa pula resepinya untuk dikongsi bersama pembaca.

Bubur Asyura versi KTDI

Bahan-bahannya:

250 gm daging
250 gm santan
100 gm kacang tanah
100 gm kacang kuda
100 gm kacang kidney
2 cawan biji gandum
½ cawan beras
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Sedikit halia
1 sudu kecil biji lada hitam ditumbuk
1 sudu kecil rempah beriani
2 sudu minyak masak
Garam dan air secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Beras, gandum dan kekacang dibasuh dan ditoskan. Kemudian jerangkan dalam periuk dengan air secukupnya hingga menjadi bubur. (Alia cakap, masukkan juga daging yang telah direbus di sini)

2. Panakan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan tumisan ini ke dalam periuk bubur bersama tiga cawan air, garam dan santan. Gaulkan hingga rata.

4. Masak bubur ini selama empat jam. Kacau selalu supaya tidak kerak.

5. Lebih enak jika ditaburkan bawang goreng, daun sadri dan telur dadar.

Terima kasih kepada Nurul Alia M. Rosli yang berkongsi resepi ini di Facebook

Bubur Asyura melakarkan banyak kisah sepanjang ana berada di UTM. Bubur Asyura yang dimasak bersama rakan-rakan JKM Kolej Tuanku Canselor, rakan-rakan Kolej Tuanku Canselor dan rakan-rakan KRU Kolej Tuanku Canselor. Kadang-kadang bubur lambok pun boleh jadi Bubur Asyura..Sebelum ke UTM, ana tak pernah sekali pun makan bubur lambok, tetapi bubur nasi biasa tanpa dicampur segala bahan lain itulah yang keluarga ana makan. Dicampur dengan sedikit gula dan dimakan bersama ikan bilis. Ana pernah nampak sekali sahaja sebelum ana ke UTM, itu pun ketika tukang masak restoran tempat ana bekerja memasaknya untuk seorang tukang masak lain yang sedang demam. Hakikatnya, tukang masak itu kedua-duanya orang Kelantan dan majikan ana memang berasal dari Kelantan dan berkahwin dengan orang negeri ana.

Sebetulnya, beberapa hari yang lepas adik ana meminta supaya ana postkan resepi Laksa Sarawak ke blog. Baru hari ini ana teringat untuk memasukkan entri tersebut. Hai...dik, akak da balik UTM baru nak belajar buat ye? Laksa Sarawak sememangnya antara makanan yang paling digemari oleh keluarga ana, dan di kalangan ahli keluarga, hanya ana seorang sahaja yang tahu membuatnya. Maka, kepulangan ana ke rumah memang sering ditunggu-tunggu semata-mata untuk Laksa Sarawak.

"Ti, 'a ikau betak mi anou ditak nou jikdau inah?"
(Ti, kamu tak buat mee yang kamu buat dulu tu?)

Mak la yang selalu bertanya. Laksa Sarawak menggunakan mee kuning, maka mereka menggelarnya mee sebelum ana mengingatkan bahawa makanan itu adalah Laksa Sarawak. Kalau bukan mak, adik ana - Imah - yang akan bertanya. Kali ini, yang meminta resepi pula adik bongsu ana, Icah. Oklah, dik. Ini resepi yang akak ingat...

Laksa Sarawak versi Keluarga Pak Mat

Bahan-bahannya:

Dada ayam (dipotong dadu)
2 cawan kacang tanah (dikisar halus)
1 sudu perahan limau nipis
1 bungkus mee kuning (dicelur)
Santan kelapa (2 biji kelapa)
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak masak

Bahan-bahan untuk dikisar:

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
2 cm lengkuas
2 cm halia
1 biji bawang besar
2 batang serai

Bahan-bahan lain:

Hirisan ayam (direbus)
Hirisan tauhu (digoreng)
Hirisan timun
Tauge (kalau mahu)
Hirisan sengkuang

Cara-cara membuatnya:

Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan ayam yang dipotong dadu dan biarkan hingga ayam masak atau empuk. Kemudian masukkan santan kelapa. Biar 30 minit. Setelah itu, masukkan kacang tanah yang telah dikisar dan perahan limau nipis. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa. Biar lagi 5-15 minit. Bila masak, hidangkan bersama mee kuning dengan hirisan ayam, tauhu, timun, dan sengkuang. Kadang-kadang ada juga yang menambah bijan ke dalam Laksa Sarawak. Ada juga yang menggunakan udang, tetapi kerana beberapa orang di dalam keluarga ana alah kepada udang, maka ana tidak pernah menggunakan udang di dalam laksa.

Senang je dik, cuma penyediaannya agak mengambil masa.

Ini pula resepi Laksa Sarawak daripada Chef Wan Ismail di Resepi.net

Bahan-bahan:

Minyak untuk menumis
8 cawan santan daripada 1 1/2 biji kelapa
1 ekor ayam anggaran 2 kg dipotong mengikut suka
Garam dan gula
500 gm udang basah
1/2 cawan kacang tumbuk
Mee secukupnya, dicelur
Telur, direbus dan dibelah dua
1 tangkai daun ketumbar, dicincang halus
Timun, dihiris nipis

Bahan-bahan kisar:

1/4 cawan bijan
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
20 tangkai cili kering, direndam air panas
1 cm lengkuas
4 batang serai

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan dikisar hingga wangi.

2. Masukkan santan dan ayam. Masak hingga ayam empuk. Masukkan garam dan gula.

3. Keluarkan ayam dari kuah lalu disiat-siat isinya.

4. Masukkan udang dan kacang tumbuk di dalam kuah, kacau sebari dan padamkan api.

5. Bubuh mee di dalam mangkuk dan tuang kuahnya. Letakkan telur rebus, daun ketumbar dan timun. Hidangkan panas-panas.

Pilihlah resepi mana yang disukai. Dah selesai makan, jangan lupa pula untuk mengajar sahabat lain. Ilmu bukan untuk disimpan, tetapi untuk dikongsi. Apa yang kita dapat di dunia ini, semuanya milik ALLAH jua.


8 comments:

Kamal Zharif said...

pergh siap ada resepinya skali

Siti Hasunah Mohammad said...

> Kamal Zharif

salam..mesti la..

Muhammad Salim bin Azham said...

Salam...selama bertahun ana duduk sini...ana fikirkan hasunah ni adalah sorg lagi muslimat yang ana kenal...rupanya lain...Apapun terus menulis yang bermanfaat (^_^)

Siti Hasunah Mohammad said...

>Muhammad Salim bin Azham

salam...ada hasunah yang lain kah di UTM? kalau ada, sila kenalkan kepada ana..syukran singgah ke teratak ana yang tidak seberapa, harapan yang sama juga buat nta..

Muhammad Salim bin Azham said...

Ntahlah, ana rasa cam salah orang dengan nama sekali kot...ana ingatkan yg muslimat MPP yg lepas tu Hasunah....apapun ana linkkan blog nti boleh?

Siti Hasunah Mohammad said...

>Muhammad Salim bin Azham

muslimat MPP yang lepas? er, ana la tu kot...bakal meletakkan jawatan 20 Januari ini..subhanallah, amanah berat bakal dilepaskan, namun amanah ALLAH ntuk gerak kerja Islam tidak akan berhenti sampai bila-bila..

silakan letak link...

Muhammad Salim bin Azham said...

Salam.. bukan nti..muslimat lain..MPP jugak, mungkin nama dia pun ana salah kot...

Benar, amanah Allah adalah lebih besar dari amanah apa pun..maka ketahuilah, amanah Allah yang pertama perlu kita tunaikan adalah Ilmu mengenal-Nya...

Sebagaimana Sabda Nabi SAW lebih kurg maksud hadis "Awal-awal yang dituntut pada agama ini adalah mengenal akan Allah".

Jangan saudari sekali-kali meninggalkan pelajaran mengenal-Nya atau lebih dikenali sebagai Ilmu Tauhid, Ilmu Aqaid, ilmu kalam.

Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan kebaikan, diberikannya kefahaman tentang agama ini.

Berkata Tuan Guru Hj. Yusoff bin Awang Al-Fathani yang tinggal di Bukit Ajiya', Kampung paku, Mekkah Al-Mukarramah "bahawa siapa yang nak berjuang mesti ada 3 perkara, pertama cerdik iaitu berilmu, kedua suara didengar orang dan ketiga luas kemampuan sehingga tidak bergantung atas orang lain".

Maka utamakanlah apa yang lebih utama...Dan Allah Maha Mengetahui

Niena Pengembara Ilahi said...

bubur asyura ni brbeza ngan kelantan punye

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.