BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, December 30, 2010

Corakkan Mereka Sebaiknya

Reaching for Spring by ~Udderlymoo

"Adi, jangan nangislaaaa!!!" Nyaring sekali suara wanita itu kedengaran hingga ke bilik belakang ini. Suara tangisan kanak-kanak kecil kedengaran terputus-putus.

"Stop crying! Hee...sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis!" Wanita itu tidak berpuas hati. Kanak-kanak itu masih menangis.

"Adi kenapa ni? Mama nak membasuh laaa!! Mama kata stop crying, stop crying laaa!!!" Semakin nyaring. Yang mendengar dari jauh pula terdiam. Suara tangisan masih kedengaran sayup-sayup.

"Asyik menangis aje!! Kakak tak menangis, adik tak menangis, Adi asyik menaaaaangis aje!!" Geram betul wanita itu. Entah kenapa kanak-kanak itu asyik menangis, yang mendengar dari jauh pun tidak pasti.

Okay, stop teater jap~

Itulah adegan dalam rumahtangga. Satu part je tu, ada banyak lagi part lain dalam adegan rumahtangga. Tak campur lagi part anak pulak bersuara nyaring. Ops, kalau anak pulak bersuara nyaring, itu tanda derhaka! Murka Pencipta! Meninggikan suara kepada kedua orang tua, berdosa tau! Sedangkan sepatah perkataan "ah" pun Allah tak bagi kita keluarkan kat mak ayah kita.


Ya, itulah tanggungjawab kita sebagai anak~ Bagaimana pula tanggungjawab ibu bapa kepada anak? Sejak kecil lagi...anak-anak hendaklah dididik dengan sebaiknya. Selalu orang cakap, anak-anak ni ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya~ Maksudnya, anak-anak ni akan jadi macam mana yang ibu bapa mereka bentuk lah~ Kalau bentuk jadi segiempat, jadi segiempat, kalau bulat, jadi bulat lah...itu analogi, takdelah nak bentuk anak bersegi-segi macam tu~ Bentuk jadi manusia~ Eh, dulu kecik-kecik belum jadi manusia ke? Belum, dulu tu orang je...silap langkah boleh jadi orang-orang kat tengah sawah tu, tak pun, terus jadi orang utan..hurmm~~

Jadi, nak bentuk macam mana? Ikut lah...nak bentuk anak gaya Luqman al-Hakim ke, gaya Nabi Ibrahim ke, gaya Ustaz Hasrizal ke, gaya siapa-siapa lagi lah yang lain tu~ Cumanya, dalam membimbing anak-anak kecil ni, ok ke kalau kita jerit-jerit macam wanita dalam teater tadi? Sampai jiran tiga deret lot perumahan kot dengar~ Erh..macam mana ya nak didik anak? Kita ni pun nanti nak didik anak jugak~ tapi tak naklah gitu...yang mendengar dari jauh pun nak menitis air mata, rasa macam nak menyampuk pun ada...

Beruntungnya mak ayah yang berjaya membentuk anak-anak menjadi soleh dan solehah. Mereka tentunya mendidik dengan sebaiknya. Dan mereka akan mendapat ganjaran di akhirat kelak daripada apa yang telah mereka usahakan itu. Rasulullah pun dulu-dulu pernah ingatkan kita tentang ni.




Alhamdulillah...sejuk perut ibu mengandung bak kat orang ramai..sejuk perut, sejuk mata memandang...

"Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertaqwa."

Jangan tunggu dah kahwin, amalkan doa ni dari sekarang ya~




25 comments:

... said...

as salam..
syukran..
ya.moga2 zuriat kita umat Islam , mengikut jalan-Nya..
generasi muda perlu dibentuk.minda mereka perlu ditanamkan jihad.hidupkan semagat Khalifah dalam diri.

:)

Sunah Mohammad said...

@...
salam~ afwan~ insya'ALLAH..

Pencari Qurratuaini said...

salam..terima kasih ye...suka doa yg terakhir tu

suri solehah said...

salam..perkongsian yg menarik..teruskan

sumimie said...

InsyaAllah saya akan didik amanah Allah yg telah diberikan sebaiknya...

Sunah Mohammad said...

@Pencari Qurratuaini
salam~ sama-sama~

Sunah Mohammad said...

@suri solehah
salam~ syukran.insya'ALLAH..

Sunah Mohammad said...

@sumimie
alhamdulillah...moga dipermudahkan urusan tu..:)

hakima said...

nice post.. =)
anak-anak kecil..nakal mereka itu bonus buat ibu ayah dan saudara2 yang lebih tua..terimalah seadanya diri mereka, raikan mereka sebagaimana usianya.. mereka akan membesar sebagaimana kita corakkan dan kita jangkakan..maka, tanamkan keindahan Islam dan sifat2 yg positif pada diri mereka..insyaAllah mereka akan berjaya di dunia dan akhirat... =)

Sunah Mohammad said...

@hakima
syukran kak..betul tu~ itulah yang saya nak maksudkan dalam entry..raikan mereka seadanya..

Papa Mifz said...

entry berguna....insyallah papa mifz akan amal kan doa tu...

Sunah Mohammad said...

@Papa Mifz
thanks~ amalkan selalu ya~

nazirulhazwan~ said...

corakkan mereka sendiri, jgn bia bibik pulak corakkan:P

Sunah Mohammad said...

@ustaz Ir.nazirulhazwan
ya betul! say no to bibik~ :p

... said...

as salam..
say no? huhu.sahabat kat qatar, bibiknya orang arab.
beliau mbanayk membantu mencorakkan akidah anak sahabat saya mengikut landasan Islam yang diredhai-Nya..lain dari apa yang saya tahu, wallahu'alam.

:)

Sunah Mohammad said...

@fadzli
kena tengok la bibik tu sapa..tapi lebih baik kalau ibu wat sendiri..kalau air tangan yang sepatutnya dari tangan ibu dah berpindah ke tangan bibik, da besar nanti mungkin anak lebih sayang bibik dari ibu..wallahu'alam..

mohd zhafri said...

sukar menjadi seorang anak sukar lagi menjadi ibubapa...
1 perkongsian yg baek...

... said...

betul juga tu.
saya jug ada ibu susuan.huhu..bekerja dibawah satu bumbung dengan ibu saya juga

:)

Sunah Mohammad said...

@mohd zhafri
yup~ betul tu~ thanks~

Sunah Mohammad said...

@fadzli
:)

Semarak Api said...

kalo dididik ngn care kasar/dmaki hamun/dipukul dr kecik,tkut plak tdetik rs dendam n fobia lam dri ank2..tengs 4 sharing..

insyaAllah akn sll aml doa tu :)

Sunah Mohammad said...

@Semarak Api
itu yang kita takut terjadi pada mereka...moga dijauhkan..insya'Allaj..:)

Niena Pengembara Ilahi said...

best tazkirah nie :D senyum2 akak baca.. yer.. ibu bapa sepatutnya mndidik anak dgn cara yg betul... tu amanah Allah.. sejuk parut parents sunah dpt ank cam sunah ni :D

erm.. cecita akak esok nk jadikan anak akak hafiz serta HAfizah.. jdi manusia.. bukan jdi orang2 atau org utan ^^

maszull said...

assalamualaikum sunah...byk la n3 lama2 sunah yg menarik hati mama la...best dpt baca n3 ni...:)

qasehraihan said...

ek??ok akan segera dibaca..hehe

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.