BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, December 26, 2010

Thanks Bloggers~


Hari yang memenatkan. Subhanallah. Menemani sahabat dan meraikan sahabat yang datang dari jauh seharian...Singgah tiga mall kat area Skudai dan Johor Bahru (macam dah tak ada tempat menarik yang bukan shopping mall je kat Johor ni nak lawat cik Sunah oi~), tapi jangan salah anggap~ balik tak bawak baju-baju atau aksesori-aksesori menarik, tapi bawak buku... Erm..memang macam ni lah selalunya. Keluar dengan sahabat-sahabat, bershopping buku, bukan bershopping macam orang lain bershopping.
http://www.emocutez.com

Balik rumah, rasa macam dah nak tidur sangat, sungguh-sungguh penat. Tapi sebab rasa sayang sangat dengan yang datang berkunjung kat blog ni, maka ditunaikan hajat hati untuk menjenguk blog (sebelum keluar tengahari tadi sempat jeling kejap je kat Cbox, tak sempat nak menjejak balik...huhu).  Alhamdulillah, terima kasih bagi yang datang berkunjung dan yang sudi follow...yang menyapa kat Cbox jugak...dalam kepenatan, ana pergi jugak jenguk semula blog blogger yang datang buat blogwalking, membalas kunjungan sambil meninggalkan bau sakura~...mana-mana yang terlepas pandang tu, ana minta maaf ya, nanti-nanti ana berkunjung lagi, insya'ALLAH...
http://www.emocutez.com


Dan tak lupa juga kepada Enchek Ben, sahabat-sahabat blogger yang baru ni hasil daripada segmen-segmen beliau~ terutama dari sini~ memang bertambah sahabat dan meningkat trafik~ Terima kasih~

Buat yang datang pertama kali atau baru-baru je jenguk blog ni, jangan salah faham..nama ana bukan 'Ana', tapi 'ana' di sini adalah kata ganti nama diri pertama (ingat tak masa belajar Bahasa Melayu kat sekolah dulu?). Hehe...teringat Cik Qila yang tersilap...:D Okay, untuk makluman semua, ana akan gunakan antara 'ana', 'saya', 'saye', 'kamek' atau mana-mana yang ana nak guna masa tu. Harap semua boleh terima ya~
http://www.emocutez.com

Alhamdulillah...hari yang membahagiakan~ ^_^

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang." [Maryam: 96]

~bahagia melihat orang lain bahagia~



2 comments:

violet biru said...

kenapa aku bila bukak aje statik ni dia tak kuar eh? kata kena refresh..

Sunah Mohammad said...

@vb
hee..kadang2 blogspot ni pening sikit...ade time dia tengah bizi..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.