Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah 1 Syawal Kami

Assalamualaikum dan salam 6 Syawal.

Apa kahabar semua? Ada yang dah start puasa sunat ke? Tabik spring kat uols yang dah start puasa tu. Saya belum mula lagi, insya'Allah dalam beberapa hari terdekat nanti baru start.

Hari ni saya nak sambung kongsi pengalaman tahun ni beraya di Pokok Sena, Kedah. Tahun ni saya dan encik suami tak pergi solat sunat hari raya pun. Tak sempat sebab pagi tu ada banyak juga lagi benda kena setelkan kat rumah. Saya pulak diserang gastrik sejak hari last puasa. Aduhai. Sakitnya tak tertahan bila angin gastrik tu menyapa. Pukul 3 pagi saya bangun ke dapur telan charcoal pill. Sekejap je reda, lepas tu angin datang balik. Sampai Syawal ke 3 tau, saya gastrik. Memang tak merasa sangat lah makan rendang, ketupat, lemang semua tu. Huhuhu. Nikmat sihat yang ditarik sebentar; hikmah gastrik, baru nak beringat jaga makan kan.

Pagi tu lepas orang balik sembahyang raya, semua dah bersiap-siap nak ambil gambar. Macam biasa, encik suami bawak balik kamera DSLR. Gambar raya kena la cantik kan? Hahaha! Walaupun pagi tu tak semua ahli keluarga ada, kami tetap ambil gambar keluarga beramai-ramai. Itu pun, dah nak dekat tengahari baru dapat ambil gambar sebab jenuh tunggu semua ready nak masuk frame. Sorang da siap, sorang lagi hilang. Sorang da sampai, sorang lagi keluar. Macam chipsmore. Sempat lagi tetamu dari kawan-kawan adik ipar datang beraya. Ahahaha! 

Team Raya Purple, kurang dua keluarga

Tahun ni, tema raya kami purple. Tak kisah la purple muda ke, purple tua ke, purple pink ke, asalkan purple. Boleh lah! Hihi. Sebenarnya, sejak kahwin baru lah saya ada tema-tema warna ni. Kalau family kat Sarawak, kami pakai warna-warni, ikut baju raya masing-masing aje. Siap bunga-bunga ok! Bila masuk dalam keluarga encik suami, baru lah belajar mengikut tema. Menarik juga macam ni, baru la ada koleksi baju tradisional yang kosong tanpa corak. Hihihi.

OOTD 1 Syawal adalah baju kebarung dengan kain songket Sarawak, encik suami pakai Kurta KACAX

Lepas bergambar, encik suami pun memulakan aktiviti cabutan bertuah dia. Riuh rendah jadinya dengan anak-anak buah yang dapat hadiah mercun bola, ada yang dapat duit 50 sen, paling gembira yang dapat duit RM5 dan RM10 lah. Bukan setakat anak buah, sampai ke ayah mertua pun teruja nak cabut jugak nombor hadiah. Dapat lah RM1 dan sebiji belon. Hahaha! 

Dapat mercun bola adalah kebahagiaan bagi budak-budak kat sini

Bila semua dah buat cabutan, kami pergi beraya rumah sedara dan jiran tetangga sebelah rumah. Sebelah petangnya pulak, saya keluar beraya dengan kawan-kawan degree dulu yang duduk kat Kedah. Encik suami pulak, saya dah ajak, tapi dia tak nak ikut. Penat mungkin. Dalam tak join tu, dia tanya juga, nanti saya drive seorang ke atau ada sesiapa temankan. Alhamdulillah, kawan saya yang duduk kat Bukit Payung ada temankan. Tapi masa dah nak gerak dari rumah, saya angkut juga adik ipar saya temankan. Risau pulak kalau sesat nak ke Bukit Payung! Hahaha!

Ambil Pijoh kat Bukit Payung, kami gerak ke Alor Setar. Beraya di rumah Hanisah sambil tunggu lagi dua orang kawan. Bila Raimi dan kawannya, Amin, dah sampai, tu diaaaaaa jejak kasih. Ye lah, dah lama tak jumpa kan. Macam-macam cerita keluar. Masa ni la baru nak tahu masing-masing tengah buat apa sekarang, family masing-masing sihat ke tak, dah ada calon ke tak. Eh. Hahaha.

Lama jugak kami kat rumah Hanisah, baru lah kami bertolak ke rumah mertua saya. 40 minit juga dari rumah Hanisah tu. Apa lah agaknya Raimi fikir sepanjang mengikut di belakang kereta saya. Hahaha. Sebenarnya Raimi ni orang Sarawak juga. Saya kenal dia dari matrikulasi lagi. Masa degree, kami sekelas, lepas degree dia pun menyambung juga sampai PhD. Dia dah kerja kat Penang sekarang sambil siapkan PhD. Tahun ni dia tak balik beraya kat Sarawak sebab tiket flight mahal katanya. Merasa lah beraya di perantauan kan, kat Kedah negeri yang cantik pulak tu! Kena lah ajak jalan jauh sikit tengok kampung dan bendang kan. Ewah. Sukahati aku aje.

Dari kanan: Encik suami, Amin, Raimi. Belakang: Pijoh, saya & Hanisah. Selebihnya anak buah Hanisah.

Nak tau apa ayat dia bila dah sampai di halaman rumah mertua saya?

"Setahun sekali...., tapi tak nak datang dah."

Ahahahahaha! Dia bergurau aje tu. Faham-faham lah. Memang jauh masuk ke dalam kalau dari Alor Setar ke Kg Kenanga, Pokok Sena ni. Tu belum menyambung ke Bukit Payung lagi. Tapi kalau dari Bukit Payung ke Alor Setar, jalan dia tak banyak belok sangat. Lagi mudah dan masa perjalanan jadi lagi cepat.

Raya kat rumah Pijoh. Itu kereta, bukan rumah Pijoh tau.

Paling menarik, rumah Pijoh ada pokok buah mata kucing jenis rare. Sedap manis buahnya.

Selepas destinasi terakhir kami, iaitu rumah Pijoh, kami ambik gambar kenangan beraya bersama-sama tahun ni. Mudah-mudahan ada rezeki lagi untuk beraya bersama pada masa akan datang, insya'Allah.

Bergambar di tepi bendang itu wajib...mekasih uols!

Sebelah malamnya, semua ahli keluarga mertua dah berkumpul. Sebabnya, pada 2 Syawal ayah mertua nak sembelih kambing dan buat kambing golek untuk anak cucu dan sedara mara yang datang beraya. Alhamdulillah. Semoga semakin murah rezeki ayah dan keluarga mertua. Ameen.

Apa pula kisah raya uols?

Post a Comment

6 Comments

  1. Menarik idea cabutan bertuah tu sunah.. seronok dapat beraya dgn kawan2 lama.. selamat hari raya, maaf zahir & batin sunah.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal & dalam ziarah aidil fitri :)

    Meriahnya beraya dgn kawan-kawan ye..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sunah...selamat hari raya mohon maaf jika ada salah silap mama yer...

    ReplyDelete
  4. Bestnya. Gastrik juga ya? Charcoal tablet biasanya untuk diarrhea kan? HU HU HU. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari Mak Lin sekeluarga - www.ceritamak.com

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com