Karipap Cinta Felda Sungai Sayong - Karipap Frozen Paling Sedap

July 04, 2018

Assalamualaikum dan salam 20 Syawal.

Wah, dah nak habisss bulan Syawal! Sekejap je kan, tinggal berapa hari je lagi. Itu pun masih banyak lagi jemputan open house raya sana sini. Hihihi.

Saya nak share something ni. Benda baik, kena lah share kan. Saya kalau ke Felda Sungai Sayong jumpa kak Ayu, mesti nak bawak balik ke Skudai karipap frozen daging dari sana. Sebab apa, dari first time saya rasa karipap daging ni, saya dah tak jumpa yang lebih sedap dari ni. Sumpah sedap sangat.

Karipap Frozen Felda Sungai Sayong

Karipap frozen ni diberi nama Karipap Cinta oleh pengusahanya, Puan Zana. Ada banyak perisa yang ada, tapi saya paling suka karipap inti daging. Harganya sebungkus RM5, ade 10 biji karipap frozen dalam sebungkus tu. Memang berbaloi-baloi dengan rasanya.

Karipap Cinta nama diberi
Mula-mula dulu, saya aje yang rajin membeli. Sekarang, housemate saya pun tumpang kirim juga kalau saya balik ke Sungai Sayong. Dah terjebak dengan kesedapannya yang tak terhingga tiap kali saya gorengkan kat rumah. Kih kih kih.

Saiz karipap frozen, ok la kan?

Goreng pagi petang siang malam

Nak goreng karipap, encik suami ajar guna api kecil - sederhana. Minyak jangan banyak sangat sebab nanti susah nak balik-balikkan kalau karipap menggelembung. Encik suami kan dulu pernah jual kuih-muih dengan kakak ipar saya kat Kodiang. Uols yang duk Kodiang boleh lah singgah ke gerai kakak ipar saya kat depan Car Wash Jalan Changlun. Eh, terpromote sekali pulak. Hahaha! 

Karipap daging paling sedap

Tengok tu, isi dia yang basah-basah, kulit dia yang rangup bila makan panas-panas, walau dah sejuk pun masih sedap dimakan. Susah nak jumpa kat tempat lain. Buat sendiri pun belum tentu sesedap ni. Huhuhu.

Ok, kalau uols nak cari karipap ni kat Felda Sungai Sayong, boleh hubungi Puan Zana: 011-27727536.


You Might Also Like

7 Comments

  1. woww..nampak ssedap ni sunah.. mcm karipap fav yg dilah selalu beli kat gerai kat kempas.. mcm ni la bentuk dan rupanya.. kalau dekat boleh jugak order.

    ReplyDelete
  2. Peberet Sis karipap sardin..sedapnyaaa lahaiiiii...

    ReplyDelete
  3. pagi2 ni buat meleleh air liur..hihi

    ReplyDelete
  4. sg sayong macam kampung makcik saya. sedap nampak tu sunah

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com