Ticker

6/recent/ticker-posts

FAME... Rahsia Wanita Anggun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penat betul saya hari ni. Bertungkus lumus siapkan kek lapis tempahan raya haji. Dalam masa yang sama, nak kena update blog juga. Kalau tak update, basi nanti ceritanya. Hahaha. Dah lah entri Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang Resort City belum habis lagi. Banyak entri bersusun tunggu nak publish. Eh eh, cukup sampai situ bebelannya.

Dalam entri ni saya nak share BB Cushion best. Jujurnya, dah lama saya nak miliki BB Cushion, tak kisah lah dari jenama apa. Teringin nak try sebab selalu tengok kawan pakai, tepek-tepek, siap. Nampak light aje kat muka. Akhirnya, dapat juga saya rasa macam mana BB Cushion ni berfungsi. Pilihan saya buat kali pertama adalah FAME BB Cushion. Siapa baca entri pagi tadi, mesti tahu saya berada di Taman Safari Bukit Gambang dari tengahari sampai ke malam semasa bercuti di BGRC tempoh hari.

FAME BB Cushion dan FAME Matte Lip Cream

Bila dah tengahari, dah berjalan ke sana-sini sampai berpeluh-peluh, risau jugak muka dah jadi entah macam apa. Agaknya kalau tapir tengok muka ni pun terus lari. Hahaha. Over kau! Jadi untuk kembalikan balik seri muka yang nan hado ni, saya bawak siap-siap FAME BB Cushion dalam beg. Duduk sekejap kat Predator Arena sambil tunggu ahli-ahli JDT Blogger lain sampai, curi masa untuk touch up muka.

Pakai FAME siang dan malam, kak Juju pun pakai FAME Matte Lip Cream dalam gambar tu!

Memang mudah pakai FAME BB Cushion ni, tekap-tekap aje kat muka, terus glowing. Selain daripada FAME BB Cushion ni, saya pakai juga FAME Matte Lip Cream yang bila pakai, terlupa kita ada lipstick kat bibir. Hahaha. Maksudnya tekstur dia sangat ringan dan kekal tahan lama. Saya pilih warna Fuschia. Barulah anggun kan? Macam tagline FAME tuuuu - Secret of Stylish Woman, gitu!

Untuk yang ingin dapatkan produk FAME, boleh kunjungi:

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

3 Comments

  1. Muka glowing wuiii..
    Kita punya lipmatte DIVA pun best!

    ReplyDelete
  2. mok makei juak tok kelak.. haha

    ReplyDelete
  3. mudah dibawa ke mana-mana kan bb cushion tu. suka sangat lip matte sebab rasa soft kat bibir.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com