Chill Out di Tsujiri Mount Austin, Johor Bahru

September 17, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Balik dari dinner di Eye's Steak hari tu, saya dan housemate dah plan dari pagi lagi nak ke satu kafe kat Taman Mount Austin, Johor Bahru ni. Semua suka green tea, saya pulak memang dah lama aim nak ke kafe ni sejak tengok blogger Kim share kat IG dia gambar-gambar menu kat sana. Tapi baru Sabtu lepas lah dapat ke situ bila ada geng yang minat green tea pun teringin nak ke sana jugak. Hahaha.

Tsujiri Mount Austin, JB

Tsujiri Mount Austin adalah kafe yang mengetengahkan menu dessert dari teh hijau Jepun, Matcha dan Houjicha. Kalau tengok instagram @tsujiriaustin, peminat green tea mesti tergugat iman tengok menu-menu yang ada. Paling menarik hati saya bila tengok IG Tsujiri adalah warabimochi dia yang rare gila tu. Sebelum-sebelum ni, saya biasa makan mochi yang bulat-bulat ada inti dekat restoran Sedap Corner tu aje. Teringin jugak nak rasa mochi versi lain. Sebab tu la nak sangat datang ke sini.

Senarai menu @ Tsujiri Mount Austin, JB

Kami ke Tsujiri lepas Maghrib, sampai kat sana dalam pukul 8 lebih, jalan agak jammed sebab ade event tak jauh dari Mount Austin Waterpark tu. Ade macam banyak booth jualan kat situ. Jadinya, agak sukar jugak nak cari parking malam tu. Berkat doa pada Allah sebab nak makan, alhamdulillah dapat jugak parking betul-betul depan Tsujiri lepas buat round kali kedua. Wehuuu!

Masa kami sampai tu, kafe takde orang. Memang milik kami la satu kafe tu. Hahaha! Kat sini, uols kena order kat kaunter dan bayar dulu baru dapat makanan. Sebab tak tahu nak makan apa, kita tanya lah pada cashier apa yang sedap dan recommended kat Tsujiri ni. Setelah menimbang tara dari segi kekenyangan perut lepas dinner tadi dan harga, akhirnya kitorang pilih Sunrise Uji dan Matcha Warabimochi yang saya idam-idamkan tu. Hahaha. Jumlah harga kedua-dua ni adalah RM38.60.

Order & pay first @ Tsujiri Mount Austin, JB

Cashier akan bagi sebiji alarm yang akan berbunyi bila order kita dah siap untuk diambil. Ala, macam kat Amphawa Paradigm Mall tu. Sesambil menunggu tu, sempat la kitorang ambil gambar sekeping dua. Tak lama lepas tu, alarm tu berbunyi. Yahooo! Kita amek gambar dulu!

Hahaha! Pic: Nada

Sunrise Uji & Matcha Warabimochi @ Tsujiri Mount Austin, JB

Alhamdulillah, boleh tahan sedap juga dan sangat kaw green tea dia. Sunrise Uji tu, kat bawah dia ada red beans dan mochi 3 biji. Nasib baik tak payah berebut. Masa memula menarah bukit ais tu, macam tak rasa apa sangat, bila dah makin gondol baru lah rasa green tea yang pekat tu. Mochi 3 biji kat dalam tu takde inti pun, memang rasa tawar aje. Untuk Matcha Warabimochi, bentuknya segiempat, tak ada inti juga, hanya kat luar mochi tu disalut dengan serbuk matcha powder, dan bila nak makan, tuangkan dulu air gula perang yang disertakan bersama. Rasa dia? Perghhh pekat gila green tea dia, ok! Tapi sedap oiii, lembik-lembik macam mochi biasa tu.

Acah-acah hipster @ Tsujiri Mount Austin, JB. Pic: Nada

Masa tengah habiskan makanan, ade customer lain datang. Dia keluar bawak aiskrim green tea. Alamak, macam kena beli jugak. Hahaha! Tunggu habis makan nanti! Kitorang gerenti beli punya, beli satu je pun dah ok buat rasa-rasa kan.

Wajah gembira sebab overdose green tea. Hahaha!

Eh, sedap gila ok aiskrim gerenti dia. Macam menu-menu yang lain, sangat rich dengan green tea dan tak terlalu manis! Itu paling penting! Memang tak manis ok, sebab da ditelan oleh rasa pahit-pahit green tea tu. Ni kalau orang yang memang tak suka green tea, agaknya boleh benci green tea selama-lamanya. Bahahaha! Eh, tak jugak. Saya dulu tak suka green tea, tapi sekarang da jadi hantu green tea, macam mana?

Alhamdulillah, dah tertunai keinginan nak ke Tsujiri. Kalau uols teringin nak rasa juga, boleh lah ke Tsujiri Mount Austin ni ya! Oh ya, Tsujiri ada surat pengesahan halal ya, jangan risau!

Halal statement @ Tsujiri Mount Austin, JB

Tsujiri Mount Austin

Lokasi:
29, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu perniagaan:
Setiap hari
1 pm - 11 pm

No. Telefon:
014-374 2729

Facebook:

Instagram:

Website:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Suka warabimochi tu.. Sejuk je lalu dekat tekak

    ReplyDelete
  2. memang sedap ais tu. tinggi menggunung kan. warabimochi lak memang sedaplah.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak iye iyee, memang Sis tak boleh masuk Green Tea ni..kecuali air aje..hehehehe kalau anak dan Suami ya, hantu GT..

    ReplyDelete
  4. perghhhhh,, kak sunahhhh hipsterrrr nampakkkkk..hahahhaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com