Melawat Taman Buaya Terbesar di Teluk Sengat

September 11, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam, saya dah share tentang pengalaman kami mandi-manda dalam kehujanan di Pantai Batu Layar, Desaru. Lepas puas mandi, saya ada bagitau, kami ke Teluk Sengat pulak, kan?

Haaa, ini lah aktiviti kami kat sana.

Bergambar di depan pintu masuk @ Taman Buaya Teluk Sengat

Kami melawat Taman Buaya terbesar di Semenanjung Malaysia. Taman Buaya Teluk Sengat ni menempatkan lebih daripada 1000 ekor buaya. Buaya tertua kat sini berumur 155 tahun, dan sesetengahnya dah berusia lebih dari 100 tahun! Haa, bayangkanlah berat dia berapa? Ada yang mencecah 800 kg tau!

Sekawan buaya jantan @ Taman Buaya Teluk Sengat

Masa kami sampai tu, penjaga taman buaya tu tengah guide pengunjung yang datang sambil bagi penerangan tentang buaya-buaya yang ada kat situ. Kami pun menyelit la sekali. Agak mengagumkan bagi kami bila buaya-buaya kat situ mendengar kata penjaganya. Dipanggil makan ayam, datang. Disuruh diam, terus diam tak berkutik macam patung dengan mulut ternganga. Haha!

Kenapa buaya sering terlihat membuka mulutnya besar-besar? Haa, benda ni menjadi persoalan kepada kami masa tu. Rupa-rupanya, buaya perlu menstabilkan suhu badannya bila berada di daratan. Buaya kan haiwan reptilia berdarah sejuk. Bila dalam air, ia dapat hidup dengan suhu air yang dingin. Tapi bila suhu badannya terasa makin menurun, buaya akan naik ke daratan untuk panaskan badan. Tapi kalau terlalu panas, buaya akan mula buka mulut untuk turunkan balik suhu badan dia supaya tak terlalu panas. Ooo, macam tu!

Buaya bersantai sambil menganga mulut @ Taman Buaya Teluk Sengat

Lagi benda menarik tentang buaya adalah proses telur buaya menetas. Suhu persekitaran semasa proses telur menetas akan menentukan jantina anak buaya. Kalau telur menetas pada suhu antara 28 - 30'C, semua akan menetas menjadi anak buaya betina. Pada suhu penetasan antara 30 - 32'C, semua telur akan menetas menjadi anak buaya jantan. Manakala jika suhu persekitaran ketika telur menetas adalah pada 32'C, telur akan menetas seimbang antara anak buaya jantan dan betina.

Fakta-fakta tentang buaya ditampal di luar sangkar @ Taman Buaya Teluk Sengat

Di Taman Buaya Teluk Sengat, buaya yang terlalu besar dan dah berusia akan diasingkan dalam sangkarnya yang tersendiri. Buaya yang kelainan upaya juga akan diasingkan, kebanyakannya mempunyai ekor yang tak sempurna atau tiada ekor langsung. Setiap buaya kat sini ditanam dengan mikrocipnya sendiri untuk memudahkan penjaga mengesan keberadaan diorang kat mana dan untuk mengesan buaya yang mati bagi proses pengasingan.

Buaya kelainan upaya, tanpa ekor @ Taman Buaya Teluk Sengat

Penjaga buaya kat sini ada tunjukkan juga macam mana buaya datang untuk menyambar ayam yang disua kat diorang. Mana yang lapar, memang akan datang dan menguis-nguis lantai sangkar untuk mencapai ayam yang disua dari tembok sangkar. Kaki buaya kan pendek, kita tengok dia gerak perlahan aje dan macam susah sebab fizikal kakinya yang gitu. Tapi bila buaya melibas air, tu diaaaaa. Sampai kat kita yang duk tengok dari jambatan kat atas ni oiii tempias air dia! Paling saspen bila ada buaya yang ganas sikit, hampir-hampir aje dia ngap tangan penjaga taman buaya tu sebab penjaga tu bergurau dengan dia. Sampai berbunyi kuat sangat bila buaya tu katupkan mulutnya. Uiii, saya duk bayangkan buaya tu ngap kepala dia aje. -_-"

Haa...nko tengok la besar mana buaya tu oi @ Taman Buaya Teluk Sengat

Mulut anak buaya ditutup sebagai langkah keselamatan @ Taman Buaya Teluk Sengat

Kat depan kaunter tiket ada kedai cenderahati kalau uols nak beli apa-apa buat kenangan. Kalau nak ambil gambar dengan anak buaya pun boleh, pada bayaran RM5. Kitorang tak sempat la nak menunggu giliran ambil gambar tu. Jauh lagi perjalanan ni. Masa kitorang keluar dari taman tu, dah nak dekat pukul 6 dah. So, ambil gambar depan pintu masuk aje, then terus gerak ke destinasi seterusnya.

Kaunter tiket @ Taman Buaya Teluk Sengat

Teluk Sengat Crocodile World

Lokasi:
30, Jalan Siakap, Telok Sengat, Air Tawar 2, 81940 Kota Tinggi

Waktu operasi:
Isnin - Ahad
9 am - 6 pm

No. Telefon:
018-952 7271

Facebook:
https://www.facebook.com/Teluk-Sengat-Crocodile-World-1706829532958611/

Harga Tiket:
Dewasa - RM8
Kanak-kanak - RM4

You Might Also Like

4 Comments

  1. Pernah dah dua kali pergi ke sini..
    Buaya dah makin tua juga agaknyaa..
    Ada tak jumpa yang dah berjanggut ? Hahahaha oppsss

    ReplyDelete
  2. boleh lawan boyak di sawak tok.. hehe

    ReplyDelete
  3. terkenang tmn buaya kat ayer keroh tu, sunah.
    lama tak gi. tak pernah bwk anak2 pun lagi.

    ReplyDelete
  4. pernah tengokk dekat majalah tiga taman buaya ni. belum pegi lagiii... nak pegi lahh cm gini.hahahha..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com