BLOG ENCIK SUAMI

Monday, February 6, 2012

Ramai Yang Baik-baik...

Kita ada ramai kawan.

Kawan-kawan kita ada macam-macam perangai dan sifat. Semuanya berbeza-beza. Ada yang suka buat lawak, ada yang suka mengambil berat, ada yang jenis pendiam, ada yang jenis kecoh, pendek kata macam-macam lah kan.

Kadang-kadang ada yang sangat-sangat indah budi pekertinya. Sangat baik hatinya. Sangat elok akhlaknya. Setiap tingkah dan tutur katanya menyejukkan hati kita. Rasa bersyukur dikurniakan kawan-kawan sebegitu oleh Yang Maha Pemurah.

Buat kita rasa nak jadi macam mereka.

Sampai kadang-kadang timbul rasa gusar dalam hati.

Mampukah kita jadi sahabat terbaik untuk sahabat kita?


P/S: Rasulullah s.a.w tentunya sahabat terbaik kepada sahabat-sahabat baginda.

22 comments:

Rozuan Ismail said...

sama2 perbaiki diri

fRaMe+LenSeS said...

yang terbaik bukan bererti yang memberi terbanyak dalam perhubungan.

Bukankah bila terjalin sesuatu tu bermakna ALLAH yang izinkan. jadi tak salah menghargai semua bukan?

nyawa bukan selamanya, kenapa perlu isaukan nak menerima? Memberi itu ALLAH, yang kita hanyalah saluran pemberiannya. ;)

Iffah Afeefah said...

terima kasih untuk entry ni

ai yakin HAZIQ mencontohi Rasulullah S.A.W

IBU GEBU said...

bermula dengan berfikir perkara yg baik2... positif terhadap diri & sahabat sekeliling

insyaAllah, perkara yang baik juga akan Allah kurniakan buat kita juga sahabat2 kita

Cik Bambam said...

<--- salah sorang BUKAN sahabat yang tebaik.. :')

H.J said...

insya Allah berusaha sampai boleh..

yad'z said...

untuk jadi seorang kawan yang sempurna dengan segala sifat adlah mustahil, tapi berusaha menjadi kawan yang terbaik , itu tidak mustahil.. Insya Allah andai adanya sifat ikhlas dan jujur dalam persahabatan.. =)

mynameismy said...

kan kan kan...:)

rindu pada Rasulullah.... T__T tiada sahabat sempurnya seperti baginda...

Eza Boom Boom said...

sahabat yang baik menegur sahabat yang lain bila dorang buat salah. Bukan mendiamkan kesalahan. ;)

Подтверждаю (fadzli) said...

as salam..
alhamdulillah..
Rasullullah SAW kan ikon kita. tiada ikon paling layak mengisi isi hati kita.
sahabat..mereka yang wujud disekeliling kita bukan diadakan-Nya kerana itu lumrah hidup didunia,.
ada tujuannya. Dia mahu kita belajar dari setiap apa yang makhluk-Nya sandarkan. apa yang kita lihat, kita faham, kita rasakan.

jangan sampai tertipu oleh dunia.
gusar? sukar? teruskan usaha. Dia berikan kita masa untuk mencari jalan pulang kepada-Nya.seperti mana yang iblis dapat. tapi ia bertentangan dengan jalan kita. insya'Allah kita menjadi sebaik-baik sahabat mengikut perintah-Nya..

p/s: tiada jalan pintas/mudah untuk kembali kepada-Nya

Kalamhati said...

Sama2 kita berusaha jadi sahabat yg terbaik..=)

JIJI YU said...

phewwitt..aku kawan yg baik kan

sea_lavender said...

ble kte berteman kte tdak dpat berikan sehebat baginda apabila berteman, namun kte berusaha dgn seseorang dgn penuh ikhlas.. Insya-Allah itu yg terbaik.. ukhuwah filillah..

nuruashia said...

betul tu sys..kak limah sokong.. rmai yg baik tp ramai gk yg sebaliknyee..

ana fatihah said...

Sahabat yg baik boleh menjadi motivasi kepada kita untuk menjadi org yg baik jugak :)

delarocha said...

kumpul kawan ramai ramai.. dan belajar tentang kehidupan dari mereka. yang baik jadikan amalan, yang jahat jadikan sempadan.

maszull said...

assalamualaikum sunah...moga kita akan jadi yg terbaik juga buat mereka...:)

Suhaili Sarif said...

syukur dapat kawan yg baik mcm sunah
nak jadi macam sunah :)

mas saari said...

sahabat yang baik adalah sahabat yang menangis bersama sewaktu kita susah dan ketawa bersama sewaktu kita gembira!

Syafiq Ahadin said...

jarang update ni maksud dia dah beralih ke tumbler ni kan kak sunah. hehe!

~CiK TiNieY~ said...

InsyaAllah...sentiasa lah berdoa agar kita menjadi yg terbaik buat sahabat dan dikurniakan sahabat yang baik...:)

kiera'sakura said...

Alhamdulilah kira dikelilingi sahabat dan teman yg baek, semoga kebaikan dlm diri diorg semua sedikit sebanyak terbias dan lekat dlm diri kira pulak .. Amin

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.